Friday 30 August 2013

jangan sia-siakan akal yang dianugerahkan. Fikir! :)

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar semua? Sihat? Hari ni nak cerita apa ek? Hmmm okay la. Hari ni nak kongsi sedikit cerita (kejadian yang berlaku baru sebentar tadi).

Tempat : Jaya Jusco AU2/Setiawangsa

Episod 1

Tadi waktu kami nak lintas dekat zebra crossing, ada sebuah kereta nak lalu dihadapan. Saya terus tanya mak saya :-

Saya : Kita lintas dulu ke kereta yang lalu dulu
Mak : Hah Malaysia. Kereta la!

Haha. Memang betul pun, kami yang berdiri tercegat nak lintas ni terpaksa memberi penghormatan tertinggi memberi laluan kepada kereta untuk jalan terlebih dahulu. Kenapa ek kebanyakan orang Malaysia berperangai macam ni? (haha dia mula dah nak cakap pasal etika pemanduan). Okay okay. Saya rasa anda semua bijak untuk menilai apa yang sepatutnya dilakukan. Fullstop.

Episod 2

Waktu beratur di kaunter pembayaran, ternampak seorang budak memakai seragam sekolah Al-Amin bermain-main dekat palang besi. Nampak macam budak darjah satu. Lepas main pusing-pusing dekat palang besi tu, dia pergi jumpa dengan ibunya. Secara zahir ibunya free hair, baju pun cukup-cukup muat badan persis orang kaya.

Kalau dilihat zaman sekarang memang ramai ibu-bapa yang nak anak mereka menjadi anak soleh dan solehah. Hantar pergi sekolah agama, masukkan ke sekolah tahfiz. Tapi pernahkah kita terfikir kecelaruan yang dialami oleh anak tersebut. Yela, dekat sekolah belajar fiqah, sirah, akhlaq, aqidah. Cikgu suruh pakai tudung tutup aurat elok-elok. Ustaz suruh jaga solat 5 waktu. Jaga pergaulan lelaki & perempuan.

Tapi bila balik rumah, dia melihat ibunya tidak memakai tudung, bersembang sambil bertepuk tampar dengan lelaki bukan mahram. Ayah pula kejap solat kejap tak. Macam mana persepsi anak ketika itu? Semestinya bercelaru!

Saya terkilan dengan sikap ibu-bapa seperti ini. Niat sudah bagus. Mahukan anak mereka jadi insan berguna, anak soleh. Cuma caranya tak kena. Ingatlah, budak kecil lebih mudah belajar dengan cara memerhati, melihat apa yang ada disekelilingnya berbanding belajar duduk diam-diam mendengar didalam kelas.

Bagi saya, pengaruh paling besar terhadap anak adalah ibu bapanya.

Okay terpanjang pula. Fullstop.

Selamat berfikir dan beramal :)

Wallahu A'lam

Wednesday 28 August 2013

disebabkan kita orang lain ditimpa musibah


Saya rasa 90% pemandu di Malaysia kena masuk kelas memandu semula la. Belajar semula apa yang boleh & apa yang tak boleh dibuat ketika memandu.

~ pakai seatbelt (tak kira lah seat depan ke belakang ke, asalkan ada seatbelt sila pakai)
~ cek air & minyak kereta sebelum bergerak
~ gunakan signal untuk membelok (raaaaamai orang skip yang ini. Memang sohih kena masuk kelas memandu semula)
~ lampu hijau untuk jalan, lampu kuning bersedia, lampu merah sila berhenti
~ sebelum belok pastikan tiada motor @ apa apa kenderaan disebelah
~ gunakan cermin kanan, kiri & belakang (ni pun sama, main hentam je nak masuk lane sebelah. Pi masuk kelas belajar semula)
~ FOKUS !

Peraturan dah ada. Belajar pun sudah. Cuma tak dipraktikkan saja. Itu la masalah kita!

' hek elehh sakina. skema betul '

Saya memang skema. Jadi apa masalah anda? Selalunya bila seseorang itu ikut 100% peraturan yang ditetapkan terus dilabel 'skema'. Mmmm macam mana pula kalau ikut peraturan yang Allah S.W.T tetapkan 100%? Agaknya dilabel apa ya?

Post kali ni bahasanya agak kasar sedikit (atau mungkin cara penyampaian sama macam post sebelum sebelum ni kot, saya kurang pasti) disebabkan incident yang berlaku di Melawati. 

*********************************************

Traffic light merah.

Kami berhenti betul betul belakang kereta yang duduk dihadapan sekali (kira nombor dua la dari depan ^^ )

Ada sebuah kereta (Proton Preve, baruuu rasanya) dipandu oleh seorang perempuan memakai seragam tentera berhenti dibelakang kami.

Traffic light hijau.

Kereta dihadapan sekali tidak bergerak (mengelamun @ tercari-cari barang @ fikir masalah yang terlalu besar @ sedang membuat percaturan samada nak pergi kerja atau tak @ sedang telefon orang @ ada masalah untuk fokus). Ini juga saya kurang pasti.

Walaupun traffic light hijau, kami masih tidak bergerak disebabkan kereta dihadapan tidak bergerak.

Tiba-tiba....

Pangggggg ! Agak kuat. Kepala saya terantuk dan saya rasa seperti ada burung yang sedang terbang berpusing-pusing macam dalam cerita kartun. 

Inilah akibatnya bila 'tak skema' dalam memandu. Disebabkan kereta hadapan tidak bergerak, habis kereta ayah saya dan kereta belakang jadi mangsa. Pemandu yang 'bersalah' tu tak tahu menahu pasal apa yang terjadi dibelakang. Terus pecut hilang entah kemana. 

Saya nak tekankan disini kita perlu fokus ketika sedang memandu. Tak kiralah memandu ke, apa ke. Saya rasa skema itu penting dalam kehidupan seharian kita. Jadi para pembaca sekalian, sekali lagi saya tekankan tolonglah fokus ketika memandu. Kadang-kadang kita rasa kita dah bawak okay dah. Cantik punya, tapi disebabkan terdapat golongan yang 'kurang fokus' ini di atas jalan raya, dengan kita-kita terbabit dalam kemalangan. Wal 'iyazubillah....

Masih terasa sakit dibahagian kepala. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

~ pesanan penaja : Sekalipun traffic light bewarna hijau, tidak bermakna anda boleh jalan! Pastikan dahulu kenderaan dihadapan anda bergerak, barulah anda bergerak. 

Wallahu A'lam

Tuesday 27 August 2013

boleh jadi mereka lebih baik amalannya dari kita


Bismillah....


Pelihara 3 jenis pandangan ini :-

1) melihat kepada aurat iaitu apa yang diinginkan oleh nafsu
2) melihat dunia dengan pandangan kebesaran
3) melihat makhluk Allah dengan pandangan kehinaan

Ya muqollibal qulub, thabbit qulubana 'ala deenik wa 'ala to'atik

Ya Rahman..Ya Rahim...

Sunday 25 August 2013

i love baking rather than cooking...boleh ke macam tu? erk...

Assalamualaikum W.B.T

Waktu buat praktikal baru-baru ni boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan singgah kat satu kedai bakery yang terletak berdekatan dengan stesen LRT Setiawangsa. Sambil-sambil tunggu ayah saya, saya akan singgah kat kedai ni demi 2 kotak cream puff !

Ohh cream puff pujaaan hatiku. Waktu first2 makan nak kata sedap, tak la. Tapi bila selalu makan, hati termelekat pulak nak beli setiap hari. Sampaikan hari tu pernah kena sound dengan mak, sudah sudah la tu beli cream puff. Dah la mahal. Pergi google cari resepi buat sendiri. hehehe. Me? Google? Hik hik..Akhirnya mak saya yang google kan untuk saya.

Pernah terjadi satu tragedi yang agak memalukan bagi saya. Apa dia???

Hari tu saya balik agak lewat sikit sebab LRT lambat sampai (boleh pulak salahkan LRT, padahal dia yang jalan lembap..heh). Nak dijadikan cerita bila sampai je stesen LRT Setiawangsa, saya terus berjalan pantas + berlari-lari anak sebab nak beli cream puff. Tapi dari jauh saya nampak kedai tu dah tutup. Saya terus memperlahankan perjalanan dan jalan seperti biasa (berlagak cool la kononnya tapi still menuju ke arah kedai tu, tak puas hati kalau tak tengok dari jarak dekat yang kedai tu memang betul-betul dah tutup).

Bila nak dekat sampai kedai tu, tiba-tiba ada seorang lelaki keluar dari kedai (cashier yang selalu setia menunggu kedatangan seorang budak yang ketagih cream puff) menjenguk ke arah saya. Saya dengan termengah-mengah tanya "kedai dah tutup ke?" Beliau terus cakap "eh bukak lagi" (sambil masuk kedalam kedai semula dan terus ambil 2 kotak cream puff..yang peliknya tanpa disuruh & dia tak tanya pun saya nak berapa) haha...nampak sangat saya selalu datang. Dah macam rutin harian.

Bila saya masuk ke dalam kedai, saya perasan semua lampu dah ditutup, tapi pekerja dalam tu (boleh dikatakan dalam 8 orang macam tu) sudah siap packing barang nak balik setia menunggu. Sanggup mereka tunggu? Waaa...malu beb! malu! Waktu tu muka terasa panas membahang. Tersengih-sengih malu sambil bayar cepat-cepat dan sembang sekejap (cover malu punya pasal) dan cabut !

Sampai je kat rumah terus cerita kat mak tragedi yang bagi saya agak tragis...Tragis nya, saya (>.<)

Tapi lepas habis je praktikal, saya tak pergi ke kedai tu dah. Segannya tak hilang-hilang. Dan semalam lepas je solat maghrib tiba-tiba teringin nak makan cream puff. Terus mesej adik saya minta beli bahan-bahan.

Inilah dia, cream puff..berlakunya tragedi yang membuatkan saya tak nak pergi kedai tu dah ~


Siapa nak buat? Jom! Mudah saja. Begini caranya...

~ Ingredients ~
* Cream puff shells
- 1 cups water
- 1/2 cups butter
- 1 cup all-purpose flour
- 4 large eggs

* Custard Cream Filling
- 3/4 cup sugar
- 1/3 cup all-purpose flour
- 1/2 teaspoon salt
- 2 cups milk
- 4 egg yolks (beaten)
- 2 teaspoon vanilla

~ Instructions ~
* For the cream puff shells
- Preheat oven to 400 degrees F. Set aside a large (12 or more) muffin tin, ungreased.
- Mix water & butter in a boiling saucepan. Stir in flour over low heat. Stirring until mixture forms a ball.
- Remove from heat. Stir in eggs, one at a time, beating until dough is a smooth ball.
- Using tablespoon, drop dough into deep muffin tins.
- Bake shells in 400 degrees F oven for 25 to 35 minutes or until puffed. It is important to make it dry okay.

* For the custard cream filling
- Mix sugar, flour, salt & milk in a saucepan. Cook over medium heat. Stirring constantly. Bring to boil and boil for 1 minute only
- Remove form heat. Stir about half of the mixture into beaten egg yolks.
- Blend this back into remaining hot mixture in the saucepan. Bring just to a boil.
- Add vanilla and stir until combined. Remove from heat. Set aside.

Cut off shell tops and fill puff 2/3 full with custard cream filling

Done ! Yeah very very  very delicious ( i think)...hihi.
Happy baking my friends !

~ i don't like that sweetened whip cream (warna putih topping dia tu). So if you want to know the ingredients, try search it in the internet. Sila rajin-rajin kan diri anda menggogle google okay :)

Wallahu A'lam

Saturday 24 August 2013

Wasiat nabi Muhammad

Assalamualaikum W.B.T

Manusia...manusia...Manusia memang cepat lupa kan? Nama pun manusia, berasal dari perkataan 'nasia', lupa...

* ........................................................................ *

Bacalah, hayati kata-kata Nabi Muhammad s.a.w ini. Inilah khutbah terakhir yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w sebelum baginda wafat....

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-quran dan sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Wallahu A'lam

Friday 23 August 2013

kerana ilmu martabat seorang hamba diangkat melebihi raja


Beliau merupakan seorang hamba berkulit hitam, berambut kerinting, hidung pesek dan pincang. Ketika sedang duduk rupanya tidak ubah seperti seekor gagak hitam!

Dialah Ata' bin Rabah, salah seorang tokoh tabi'in terkemuka suatu ketika dahulu. Beliau merupakan anak didik Ibn Abbas yang paling cemerlang. Kehebatan Ata' berpunca dari dalam dirinya yang sentiasa rendah diri dan tawadhu' dalam mencari ilmu. Kelebihan yang ada pada Ata', apabila tidak tahu mengenai sesuatu perkara beliau akan mencari ilmu tersebut. Tetapi seandainya ada orang lain menyampaikan suatu ilmu yang sudah diketahuinya, beliau hanya berdiam dan mendengarnya dengan khusyuk.

Ata' pernah berkata "seringkali seorang pemuda meriwayatkan hadis kepadaku dan aku mendengar ucapannya seolah-olah belum pernah mendengarnya. Padahal aku telah mengetahui hadis itu sebelum orang itu lahir lagi ".

Khalifah ketika zamannya melarang para ulama' lain berfatwa tentang hukum-hakam haji dan manasik selain Ata' bin Rabah. Jika dikaji tentang kisahnya, dapat kita lihat bagaimana seorang raja sanggup merendahkan martabatnya dan mengangkat kedudukan seorang hamba lebih tinggi hanya kerana ilmu yang dimiliki. SubhanAllah...

Hebat bukan Ata' bin Rabah?

Analogi barang yang paling kita sukai, kita pasti akan selalu menyebut-nyebutnya, ingin selalu melihatnya, mengingatnya. Begitu juga dengan ilmu. Hanya kalau kita benar-benar seorang pencinta ilmu, kita akan ulang-ulang membaca ilmu tersebut malah tidak jemu mencarinya.

Ini tidak,siap kutuk-kutuk lagi ilmu tu "ish tak faham kenapa kena belajar subjek nih, apa kaitan dengan kos yang kita ambil?" ai bukan kah itu pun satu ilmu?

Pappp...terkena sebijik penampar dari kisah Ata'. tak segan segan lagi ke sakina oi?? T______T

Jom berusaha mencontohi akhlaq Ata' bin Rabah dalam mencari ilmu :)

Wallahu A'lam

Tuesday 20 August 2013

Perbezaan pendapat itu suatu rahmat

Assalamualaikum W.B.T

Fitnah dunia kian merebak. Ia ibarat virus yang menular dengan pantas & menyebabkan barah yang sukar diubati. Ada antara para ilmuan yang mengeluarkan hujah-hujah dan berusaha sedaya upaya mempertahankan hujahnya sehingga sanggup memfitnah para ilmuan yang tidak sependapat @ sealiran dengannya.

Perbezaan pendapat itu fitrah. Normal lah ustaz A berbeza pendapat dengan ustaz B. Kebiasaan kita apabila terjadinya perbezaan pendapat, terus menghukum 'ahh kamu mesti di pihak lawan!'. Terlalu cepat melatah. Dalam hal ini sepatutnya kita bersikap berlapang dada. Mana mungkin pendapat saya diterima 100% tanpa sedikit pun yang membangkang. Bukankah Allah S.W.T menciptakan kita berpuak-puak agar kita saling mengenali antara satu sama lain? Pandangan, fikiran, adat resam puak A tidak mungkin sama dengan puak B.

Sebab itu bagi orang awam seperti saya dan anda, dalam kita mencari ilmu belajarlah dengan ramai orang guru. Tujuannya adalah untuk memastikan ilmu yang kita pelajari itu benar-benar sahih dan boleh diamalkan. Masalah kita orang awam apabila 'minat' mendengar ceramah dari ustaz A, habis segala hujah yang dikeluarkan kita terima bulat-bulat. Hujah ustaz B yang bercanggah dengan ustaz A ditolak seratus-peratus dan terus menghukum ustaz tu sesat !

# Belajarlah dengan bermacam-macam guru
# Untuk mengetahui sesuatu ilmu contohnya ilmu fiqah, pastikan guru yang dipilih itu mempunyai latar belakang pendidikan fiqah dan guru kepada gurunya juga mahir bab fiqah (ini yang kita orang awam selalu terlepas pandang)
# Hindarlah rasa 'sudah tahu' kerana itu permulaan penyakit bagi seorang penuntut ilmu
# Jangan terlalu taksub dengan pandangan seorang guru, dengarkan dahulu pandangan guru lain beserta dalil-dalil 'aqli dan naqli yang dikeluarkan
# Buat keputusan berdasarkan dalil-dalil yang sahih
# Beramal lah dengan ilmu yang ada

Saya tertarik dengan satu lagu arab, antara seni katanya ada menyatakan bacalah beraneka buku. Lain orang lain pandangannya. Jangan rosakkan pemikiran kita dengan sifat 'totok' dengan pendapat seorang guru @ seorang penulis. Boleh jadi orang yang dibidas selama ini lebih tepat amalannya dan diterima Allah S.W.T.

~ ini hanya perkongsian dari seseorang yang masih menuntut ilmu
~ sayalah orangnya ^___^

Wallahu A'lam

Wednesday 14 August 2013

Letih adalah satu nikmat :)

Assalamualaikum W.B.T

Sejak hari rabu minggu lepas sampailah semalam
hampir separuh hari (tiap-tiap hari) berada atas kenderaan
Perjalanan dari KL ke Kajang, kemudian ke KL semula, kemudian ke Perak, kemudian ke Kelantan, patah balik ke Perak semula, dan akhirnya ke KL sebagai destinasi terakhir
Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Sebuah perjalanan yang mempunyai matlamat dan tujuan
merentas 3 buah negeri, terasa penatnya
matlamatnya nun jauh tinggi melangit
perjalanan yang masih panjang untuk diharungi
 pelbagai dugaan sedang menanti dihadapan
apa yang penting, usaha dan doa
moga Allah S.W.T permudahkan segala urusan 
InsyaAllah

Doakan....

~ Kullu 'Am Waantum Bikhair. Taqabbalallahu minna waminkum ~

Wallahu A'lam

Monday 5 August 2013

generasi z dan keatas


Generasi Z merupakan generasi yang lahir pada tahun 1994-keatas (boleh try cari maklumat yang lagi sahih tentang range tahun lahir sebab terlalu banyak sumber yang berlainan info).

Dikatakan...generasi Z generasi yang tiada privasi. Hah betul ke?

Bila dikaji, mungkin ada benarnya...

~ Baby yang baru sehari lahir kedunia, mata pun masih tak boleh dibuka, namun sudah terkenal diseluruh dunia. Semuanya disebabkan tindakan para ibu-bapa "zaman moden" yang telah meng'upload' gambar anak mereka ke laman sesawang (facebook dan seangkatan dengannya). 

~ Baby yang baru nak belajar merangkak, berdiri, berlari dirakam segala tindak-tanduk mereka dan dimasukkan kedalam internet.

~ Budak kecik yang berumur seawal 2 tahun sudah diberi  laptop, smartphone untuk main game. 

~ Bila stress je, terus update status meluahkan rasa tertekan 'mengharapkan' orang yang membaca boleh mengurangkan sedikit tekanan tersebut.

~ Pergi ke mana-mana sahaja, contohnya makan diluar terus update status "tengah makan bersama keluarga di restoran sekian sekian", "tengah tengok acara lumba lari", "tengah membeli-belah di shopping mall".

Kalau kita perhati, ibu-bapa zaman sekarang lebih cenderung memberi 'alatan elektronik' untuk 'mendiamkan' anak mereka. Harus diingat, budak kecik yang berumur 2 tahun keatas memang dijadikan dan ditugaskan untuk berlari, memanjat, melompat, terbang. Jangan disekat aktiviti mereka dengan memberi gajet-gajet yang maju ni.

Baby pun dah bercelaru, apa tugas dia sebenarnya...

Tidak dinafikan parents zaman sekarang MAMPU memberi apa saja untuk anak mereka. 
Kalau UPSR dapat straight A's : diberinya blackberry
Kalau SPM dapat straight A's : mungkinkah ferrari?

Kepada mereka yang bergelar @ bakal bergelar ibu-bapa, lihatlah kesannya untuk jangka masa panjang. Yang risaunya mereka dihinggapi sejenis penyakit yang dipanggil 'disorder'. Penyakit kecelaruan. Kalau dibiasakan duduk dengan handphone memanjang, tidak mustahil satu hari nanti mereka tidak tahu bagaimana cara untuk bermasyarakat. Mana tidaknya, asyik bercakap dengan handphone, dengan manusia tak tahu nak bersembang macam mana.

Peringatan buat saya dan kawan-kawan, jangan pula disebabkan kita lahir generasi yang tiada privasi dan perintis kepada penyakit kecelaruan.

Wallahu A'lam