Monday 11 July 2011

Assembly

In The Name Of Allah
The Relenting
&
The Most Merciful


~ perhimpunan yang bermatlamat mencemarkan imej Malaysia itu, melenyapkan pendapatan harian lebih 5,000 keluarga peniaga kecil dan sehubungan itu, khidmat guaman percuma akan disediakan bagi membolehkan perkara itu dibawa ke mahkamah ."Kita nak tuntut kerugian semua peniaga yang hilang pendapatan semalam daripada pihak penganjur," ~ quoted from berita harian

...bermacam-macam usaha yang telah dilakukan bagi mengubah persepsi rakyat terhadap perhimpunan BERSIH yang diadakan pada 9 July lepas.Tidak cukup dengan propaganda yang hebat ditayangkan menerusi iklan,laman facebook,surat khabar dan sebagainya.Semuanya memberi imej negative kepada pihak penganjur dan orang ramai yang menyertai perhimpunan "haram" ini.

Pada pemerhatian saya, perhimpunan ini sebenarnya tidak akan kelihatan terlalu extreme sekiranya pihak polis tidak menyekat perarakan mereka untuk berdemonstrasi....erk mungkin ok

Bagi saya, tidak munasabah sekiranya dikatakan parti pembangkang merupakan dalang disebalik perhimpunan aman ini. It's actually open for those who wants the next election to be clean and free from corruption. Anyone can join it, whether you are pro-establishment or anti-establishment. Jadi sepatutnya tiada pertelingkahan yang berlaku yang melibatkan politik dalam hal ini :)

Another one mengenai kematian salah seorang saudara yang mengikuti perhimpunan aman ini, sungguh tidak patut sekiranya dikatakan bahawa beliau mati dibunuh disebabkan semburan gas pemedih mata yang dilakukan oleh pihak polis. Mari kita ingat semula Firman Allah s.w.t "Kullu nafsin zaaiqatul maut". Setiap yang hidup pasti akan mati. Anyway, from Allah we come, and to Him we shall return. Segala perkara yang berlaku sebelum nyawa kita ditarik itu hanyalah untuk dijadikan asbab kepada kematian. Boleh jadi kamu meninggal ketika hendak makan. Boleh jadi kamu meninggal kerana terjatuh. Boleh jadi kamu meninggal ketika sedang bersembang.

Wallahu A'lam



Sunday 3 July 2011

Generasi Harapan

Dengan Nama Allah
Yang Maha Bijaksana
&
Yang Maha Mengetahui

Pejam celik pejam celik, sudah 3 minggu saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang guru di Tadika Amal. Hehe permulaan kerja yang amat  menyeronokkan apabila dapat berkenalan dengan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 4-6 tahun.

First time kerja memang agak mendebarkan. Walaupun pada dasarnya nampak macam mudah, mengajar budak tadika tapi sebenarnya ia amat menguji kesabaran. Seminggu selepas saya mengajar mereka, anak tekak mula terasa kering. Mana tidaknya, masing masing memiliki suara yang agak kuat, jadi saya sebagai guru harus menandingi kekuatan suara mereka sehingga kadang kadang saya sendiri kena bangun,pergi tempat mereka dan bercakap dengan mereka. Tak larat rasanya menjerit setiap hari. Bak kata kakak-kakak seperjuanganku, "dulu suara akak macam sakina, tapi bila dah lama lama dia pecah, suara pun jadi besar". Haha adakah perkara yang sama akan berlaku padaku suatu hari nanti?ohh tidak :)

Hari pertama yang tidak dapat dilupakan..ada seorang budak ni, nama dia Haleef. Dia sangat suka berlari dan main kejar kejar. Malangnya hari tu tiada seorang pun kawan yang dia dapat tangkap, tiba tiba dia datang pada saya, pegang tangan saya sambil berkata "teacher jadi". Saya pun apa lagi, kejar la diorang . Habis semua lari lintang pukang. Hehe yang pastinya senang saja tangkap mereka. Bergerak beberapa langkah dan panjangkan sedikit tangan anda, terus dapat. Mudah kan?sehinggakan saya digelar "ticer askar".er apa tu.hi3

Kebiasaannya budak budak apabila disuruh duduk diam, memang agak sukar. Tapi bagi saya, salah satu cara ialah bercerita dengan mereka. Cerita mampu membuatkan mereka diam, berfikir dan seperti diambang khayalan. Antara pengalaman yang mahu dikongsi bersama ialah semasa mengajar anak pra (4 tahun), yang mana mereka ini sangat aggressive dan hyperactive. Nak ambil kerusi pun boleh bergaduh. Yang peliknya bila sorang nak kerusi warna merah, semua nak merah. Kalau lah ada cat kat situ, dah lama saya cat semua warna merah. Bila nak warna hijau, cat je semua warna hijau. Tak payah gaduh gaduh :)

Antara anak pra yang agak sukar dikawal ialah Darwisy, Zarif dan Lutfi. Saya mengambil 2 hari juga untuk memikirkan macam mana nak tarik perhatian mereka dan supaya mereka tidak ganggu sesama sendiri. Suatu hari, saya ambil buku dari rak dan suruh mereka bersila atas lantai. Saya memulakan cerita dengan diselangi bermacam2 nada suara. Kelas menjadi sunyi sepi. hanya suara saya seorang yang kedengaran. (dalam hati "ooo macam ni rupanya nak suruh diorang senyap"). Berjaya !

Keesokan harinya, saya panggil Darwisy. Saya tanya "Darwisy hari ni nak baca buku apa? Darwisy ada buku cerita tak? nanti teacher bacakan" Tanpa teragak agak, dia terus ke rak,ambil sebuah buku dan beri kepada saya. Semenjak hari itu antara semua, Darwisy lah orang yang paling banyak memberi tumpuan dalam kelas. Good improvement :D

Moral of the story, Jangan mudah berputus asa kerana tiada istilah putus asa dalam kamus hidup seorang muslim. Berdoa lah kepada Allah agar segala urusan dipermudahkan dan mendapat keredhaan-Nya.

Firman Allah S.W.T
" Tidakkah mereka memerhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka yang telah Kami binasakan, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukannya di bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah kami berikan kepadamu. Kami curahkan hujan yang lebat untuk mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa-dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan generasi yang lain setelah generasi mereka "
( Al-An'am : 6 )

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi
~ Didikan agama sangat diperlukan sejak dari kecil
~ tidak sabar menanti hari sukan 17/7/2011 :)

Wallahu A'lam


Sunday 5 June 2011

Burger daging manusia

Dengan Nama Allah
Yang Maha Penerima Taubat
&
Yang Maha Mengasihani

--> eh nak tau sesuatu tak, saya bukan nak mengumpat tau, tapi apa yang saya nak sampaikan ini adalah benar. betul-betul berlaku
--> bedah tu jalan nak cover aja, tak boleh ke jalan biasa-biasa, tak payah la nak perasan orang pandang dia
--> tipah tu asyik nak AAA je ! dia je la yang betul ! dia la yang paling hebat !

...dan pelbagai lagi ungkapan yang selalu digunakan untuk mengumpat.

Diriwatkan dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "tahukah kamu apakah ghibah itu?" sahabat menjawab, "Allah dan rasul-Nya yang lebih mengetahui." sabda beliau Ghibah ialah kamu menyebut-nyebut saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukai olehnya,"beliau ditanya,"bagaimana pendapat engkau jika yang kukatakan itu memang terjadi pada saudaraku?"jawab beliau,"kalau memang terjadi apa yang kamu katakan itu pada saudaramu, bererti kamu telah mengunjingnya (mengumpat). jika tidak terjadi, bererti kamu telah melakukan tuduhan dusta (fitnah) kepadanya."
( Sahih Muslim )
Hadith diatas jelas menerangkan tentang definasi sebenar mengumpat dan fitnah. Mengumpat ialah kamu mengatakan sesuatu tentang saudaramu dimana jikalau beliau (saudara) itu mengetahui, pasti dia tidak suka dan merasa marah.Fitnah ialah kamu mengatakan sesuatu tentang saudaramu dimana beliau tidak pernah melakukan perkara yang diperkatakan itu.

Ramai orang yang terkeliru dengan istilah mengumpat ini. Bagi mereka apabila dibicarakan tentang sesuatu yang benar-benar ada pada sahabat kita, itu bukanlah bererti mengumpat. Walhal sudah jelas perbuatan mereka ini mengundang dan mempersilakan mereka untuk disajikan dengan daging manusia diakhirat kelak.



Sanggupah kamu memakan daging manusia? Setiap orang pasti akan menolak dan merasa jijik sekiranya diberitahu bahawa daging yang dimakan adalah daging manusia. Kadang-kadang kita leka apabila asyik sangat bersembang sehinggakan topik yang disembangkan itu rupa-rupanya mengaibkan saudara kita sendiri. Kita mungkin menyebut tentang sesuatu yang boleh memalukannya termasuklah cara berjalan,cara bercakap,bentuk mukanya,cara dia menulis,wataknya,ibunya,adiknya,saudaranya,pakaian,rumah dan sebagainya.Mulut tidak akan pernah berhenti berbicara,Jadi kita harus pandai mengawalnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa
Walaupun begitu, Imam Al-Ghazali ada menyatakan situasi-situasi dimana kita diperbolehkan untuk mengumpat :
1) mengadu kezaliman dan penghianatan yang berlaku
2) meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran
3) meminta fatwa
4) menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang
5) memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu
6) seseorang yang terang-terangan melakukan kefasikan

Tetapi harus diingat, enam situasi ini boleh digunakan dalam keadaan darurat sahaja. Jika tidak disebut nama pelakunya, maka itulah yang lebih baik.

ingatlah firman Allah S.W.T dalam surah al-hujurat : 12
" wahai orang-orang yang beriman ! jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang mengunjing (mengumpat) sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, Sungguh Allah maha penerima taubat, maha penyayang.

~ elakkan sembang kosong
~ sibukkan diri dengan beristighfar
~ maafkan diri ini andai ada termengata tentang diri anda
~ setiap manusia pasti melakukan kesilapan, seharusnya kita cepat-cepat bertaubat

Wallahu A'lam

Friday 3 June 2011

so-called muslim

In The Name Of Allah
The Almighty, The Wise

Zaman ini, hampir setiap hari kita mendengar berita tentang pembunuhan,  rompakan, kecurian,  penukaran jantina, minum arak, zina, buang anak. Apabila diselidik dan diamati,kebanyakan pelakunya adalah orang melayu ! islam !

Kemana perginya imanmu wahai umat islam ?
Kemana hilangnya sifat kasih-sayangmu wahai manusia ?
Kenapa lenyap sifat ihsanmu wahai hamba Allah ?
Rasulullah s.a.w bersabda, " Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Al-Quran dan Sunnahku ". Mari kita renung sebentar, sanggupkah kita mengaku umat nabi muhammad s.a.w sedangkan Al-Quran dan Hadith jarang sekali dibaca.Cuba muhasabah kembali selama kita hidup didunia ini, daripada beribu-ribu hadith,berapa banyakkah hadith yang telah kita hafal?sampaikah 5 hadith,atau mungkin 10. Cuba tanya diri sendiri selama saya baca quran, apakah pengajaran yang saya dapat dari membacanya?



Afalaa yatadabbarunal quran. Ramai dikalangan kita, apabila ditanya pernahkah kamu khatam al-quran? Jawapan yang diberi mungkin
--> ada lah dalam 2 @ 3 kali
--> kali ini masuk yang ke-6
--> dah 10 kali
--> dah banyak sangat dah, sampai tak terkira
Benar ! tidak dapat dinafikan ramai orang telah khatam membaca al-quran, tetapi persoalannya adakah kita faham apa yang kita baca? Apa yang al-quran ceritakan dan sampaikan kepadamu wahai sahabat? inilah yang dinamakan dengan tadabbur quran. Kita perlu memahami dan menghayati makna isi kandung al-quran itu sendiri.

Saya yakin sekiranya semua orang melayu, islam faham akan isi kandungan al-quran, pasti mereka akan rasa gerun dan cepat-cepat meninggalkan segala perbuatan yang mengundang kepada dosa. Ingatlah wahai sahabat, dunia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah tempat persinggahan dan ujian semata-mata. Hadapilah segala cabaran dan rintangan dengan hati yang cekal. Gali dan carilah seberapa banyak mungkin amalan yang dapat menjadi bekalan untuk kita diakhirat kelak. Moga kita sentiasa dibawah lembayung mardhatillah.

YOU CALL YOUR SELF A MUSLIM BUT DO YOU ACT & PRACTICE LIKE ONE ?

~ Tepuk dada tanya iman :)
~ jom pakat baca tafsir al-quran

Al-Faqirah ila rabbi

Wallahu A'lam

Saturday 7 May 2011

The Only Creator




Allah is calling
But i do not answer
And when Allah is calling
I just listen to the voices

Allah is calling
I just answer sometimes
And when Allah is calling
I just listen to the whispers

Allah is calling
I answer so many times
Allah is calling
I'm tired of them

Hardly forcing myself
I have to accept them all
And that is really me
who's still not close to Allah

~ Oh Allah ! i'm a humble servant asking your forgiveness
~ Lyrics from Raihan :)



Thursday 5 May 2011

spring clean

In The Name Of Allah
The Most Gracious
and
The Most Merciful

ohh Rumahku Syurgaku ! Alangkah bahagianya hidup ini kalau dapat duduk dalam persekitaran yang tak ada habuk sebesar zarah  langsung. haha agak-agak boleh ke? saya ada seorang kawan dia ni terlampau pembersih sampaikan dalam sehari kalau tak sapu bilik memang tak sah. Hampir setiap hari dia akan mencari penyapu (kalau tak ada, pinjam jiran sebelah) untuk menyapu bilik yang sememangnya sentiasa berhabuk. Jadi saya sebagai kawan sentiasa memberikan sokongan moral supaya tugasannya dapat diselesaikan secepat  mungkin. Saya juga tiada masalah dalam membersihkan toilet kerana boleh dikatakan 2 kali seminggu @ setiap bulan pasti ada volunteer yang membersihkannya sehingga berkilat. Haha memang bahagia lah dapat hidup dengan orang pembersih ni. Mereka happy, saya bertambah-tambah happy :)

Tapi ada juga satu golongan manusia yang mana mereka saaangat malas menyapu rumah apatah lagi membersihkan segala benda yang ada didalam nya. Bila pijak saja lantai, Ya Allah rasa macam nak pakai seliper je. Punya lah melekit, berhabuk, sangat kotor.

The most exciting story---> Satu hari, kawan saya yang pembersih ni pergi ke rumah kawan dia. Apabila pintu dibuka, beliau terkesima melihatkan keadaan rumah yang tidak terurus. Dan apabila kaki memijak saja ke lantai, beliau terus berjengket disebabkan permukaan lantai yang kurang menyenangkan. Saya kata "la kenapa tak cover,nanti diorang terasa". Beliau lantas membidas "ahh xde cover-cover.geli punya pasal. Dah tu sanggup pula beliau meminta kain batik kawannya untuk dijadikan alas. Haha sampai hati. Beberapa lama kemudian, kawan saya meminta izin untuk ke toilet. Bila masuk saja, tanpa berkata beliau terus keluar semula. Lantainya yang berkulat, wc bowl dipenuhi rumpai laut seperti setahun tidak dicuci. Haha itulah realiti kehidupan.

Ada orang pembersih yang teramat, ada orang yang sederhana, dan ada orang yang tidak mengendahkan langsung pasal kebersihan. Orang-orang dalam kategori yang ketiga ini agak membahayakan dan kritikal. Macam mana ek dapat hidup dalam keadaan kotor?selesa ke? apa-apa pun cuba menjinak-jinakkan diri supaya menjadi seorang yang pembersih.

    " Daripada Abu Malik Al-Harith bin Asim Al-Asy'ari r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda, kebersihan adalah separuh daripada iman, ucapan Alhamdulillah akan memberatkan timbangan kebaikan (besar pahalanya), Subhanallah walhamdulillah akan memenuhi ruang langit dan bumi, Solat akan menjadi cahaya, Sedekah itu merupakan bukti, Kesabaran itu merupakan sinar, dan Al-Quran itu merupakan hujah yang akan membelamu atau menuntutmu.
( HR. Muslim)

Firman Allah S.W.T

    " Wahai orang yang berselimut ! Bangunlah, lalu berilah peringatan. Dan agungkanlah Tuhan-mu. Dan bersihkanlah pakaianmu. Dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji "
( Al-Muddatsir : 1-5 )

~ Let's change the way we live for the better :)
~ Jom jadi pembersih !

Wallahu A'lam

Wednesday 4 May 2011

Assalamualaikum


AHLAN WASAHLAN :)

May Allah S.W.T guide us towards the right path