Saturday 30 April 2016

Lolipop masam masam manis



Kah Ling :  U tahu tak, hari tu kitaorang nak main badminton. Waty bawak racket dalam beg, pemegang dia kan panjang so terkeluar la sikit dari beg, 75 degree. Waty tak perasan raket dia terkeluar & cucuk cucuk qilah. Reaksi Qilah 'eh. eh. sambil tolak raket'. Haha... Reaksi Waty......? Masih tak perasan. Selamba. Macam tak ada apa apa berlaku... ^^

Lepas semua borak panjang, sambil berdiri dalam lrt, tiba-tiba...

Qilah : Waty ada gula-gula tak?
Waty : Ada. Lolipop kaki. Ada dua, kanan n kiri.

Hahaha. Watywaty :D

Wallahu A'lam

Wednesday 27 April 2016

Jalan - Jalan


~ Nu Sentral ~

Bukan selalu dapat keluar ramai ramai macam ni. Rindu betul ! 

Bila bukak cerita, yang sorang dah nak kahwin hujung minggu ni. Ada yang dah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga bulan 12. Ada yang baru dapat restu mak ayah. Ada yang masih merahsiakan hubungan 'kawan tapi mesra' @ 'kawan tapi nampak lain macaaam je' dari pengetahuan mak ayah (yang ni saya musykil, sebab macam 'wehh power nyaaa boleh simpan rahsia sorang sorang. Haha)

Dah kenyang boleh lah semua senyum :)


Aihh waty kenyang sangat nampak..sampai tertidoq...


Mereka. Sangat sangat sangat BEST !

K.awin luaran nampak cooooool. Tapi dalaman....(?)

HEHEHE...

Semoga dipermudahkan segala urusan kalian !!!

Dan moga berjumpa lagi !

(InsyaAllah)

(^_^)

Wallahu A'lam

Thursday 21 April 2016

Small gathering


Jaya Jusco Maluri.

Lima tahun dah berlalu,

Tapi

Petang tadi baru berjaya menjejakkan kaki semula ke tempat...

Yang kononnya boleh mengurangkan stress,

Waktu zaman diploma dulu.

Upsi !

Hmmm. Nothing much different. I would say.



Perjumpaan kecil-kecilan.

Ahh kenapa rasa rindu ini membuak buak?

Rindukan kawan

Yang sanggup bangun awal semata mata nak makan pagi bersama,

Yang sanggup berjemur dibawah terik matahari sebab nak makan tengahari bersama,

Yang suka outing bersama,

Yang rajin menyakat sesama sendiri,

Yang suka membantu menyelesaikan masalah,

Merantau ke negeri orang bersama,

Berlari dalam hujan bersama,

Yang suka ketawa berdekah-dekah (maklumlah kawasan kita kan tiada lelaki :D)

Yang tak suka bicara tentang orang lain,

Serius. Saya suka mereka.

Mereka sangat besttt !

Tapi...

Tak lama lagi,

Masing masing akan membawa haluan sendiri,

Masing masing akan ada tanggungjawab sendiri,

Masing masing sibuk dengan urusan sendiri.

Dan kita semua,

Bakal berpisah,

Tidak lama lagi.

Seorang ke hulu

Seorang ke hilir

:(

May Allah ease everything kak !

 ninedaystogo :)

Wallahu A'lam

Monday 18 April 2016

Tortoise win the race



To success....

 ~ It does not matter how slowly you go as long as you do not stop ~

That's a fact !

Knockyourheadtothegrass

Even in realitasss 

i prefer to be like a rabbitasss

Adiozasss

Wallahu A'lam

Sunday 17 April 2016

Cerewet. Ada kala mengundang kebaikan


I know. It might sound peculiar. But... it's true, right..?

Mr G, siapa tak kenal. Kalau boleh setiap minggu nak call kami keep track akaun beliau dah sampai ke mana?

--> have you passed my account to audit
--> how much i need to pay for my personal tax? 
--> please record my account as it is. (for your info, he is the only one. I repeat. He is the only client who will pay whatever amount deemed to him, either it was big or small amount. Very difficult to find client like him)
--> these expenses i used for personal not company purpose
--> Is it claimable or not in tax comp?
--> do advice me which one is better. Is it ok to declare them as asset or just put them under office maintenance?

**************************

Waktu terima dokumen nak buat akaun gst dari PA beliau, Mr K buka cerita..

Tahun dua kosong sekian sekian sehingga tahun dua kosong sekian sekian, company ni kena tax audit. Jadi Mr G mengerahkan seorang senior saya untuk cek semua transaksi dalam tahun berkenaan. seminggu jugalah kakak ni dipaksa cek akaun beliau. Nak pastikan tak ada masalah bila pegawai dari LHDN datang cek akaun.

Tahu tak...? Bila tax officer tu datang, muka diorang berkerut (macam nak marah pun ada, muka konfius pun ada, muka tegang je). 

Kata pegawai tu --> Mustahil. Tak mungkin ada syarikat yang sangat kemas macam ni. Ish, tak mungkin.

They took only 2 days to check on the account. Finally, they came out with one letter..

Sukacita dimaklumkan bahawa kami telah selesai melakukan penemuan audit bagi syarikat dot dot dot. Tiada perbelanjaan akan ditambah balik bagi tahun taksiran dua kosong sekian sekian sehingga tahun sekian sekian.

And my expression...

--> what? Bia betol....???

Mr K --> Hmm, that's why when my boss got angry with me when there are no supporting documents attached with the payment, i just accept. Eventhough he is very and sooo fussy, but see how the things work.

Ohh. Saya pun suka buat akaun company ni. Sangat teratur, tersusun dan kemas. Kipidup! HAHA :)

Wallahu A'lam

Wednesday 13 April 2016

Counting daysss


KL : I'll miss you sakinaaaaa !
Me : Me too. Will miss teasing you. But, never mind, i'll find somebody else to tease ! Mehehehe (grinning)



Makin dekat masa berpisah,
Makin banyak benda yang best berlaku.

Pertemuan mesti ada perpisahan.

Itu sunnatullah.

Moga dengan baki masa yang Allah beri,
Dapat memberi kekuatan kepada saya (terutamanya),
untuk menyampaikan sedikit ilmu islam.

Moga Allah memberi hidayah kepadamu,
Kawan !

'O Allah, make my best day, the day when i meet You'

Wallahu A'lam

Tuesday 12 April 2016

Penceroboh akan didakwa !


Ada dua orang, si A dan si B.

Si A menceroboh kebun tanaman pak leman. Tanpa meminta izin tuan kebun, si A mengusahakan kebun tanaman sehingga menghasilkan pelbagai buah-buahan yang besar dan enak. Si A membuat kebaikan tanpa redha dan restu pak leman.

Si B masuk ke kebun pak leman. Berbeza dengan si A, si B mencari tuan kebun sehingga jumpa dan beliau meminta izin tuan kebun untuk mengusahakan kebun tersebut. Selepas diizinkan, barulah si B mengusahakan kebun tanaman itu.

Persoalannya, siapakah yang layak menerima upah dari pak leman?

************************

Begitulah perumpamaan orang kafir. Mereka membuat amal kebaikan, menderma, membina jalan untuk kegunaan orang awam, membantu orang susah, dan banyak lagi kebaikan yang mereka lakukan.

Persoalannya...

Adakah mereka akan mendapat pahala dari Allah s.w.t?

Wallahu A'lam

Friday 8 April 2016

Awan mendung

Bismillah...

08/04/2016

Buah berangan, dibelah dua

Jangan ditolak, makan bersama

Jikalau tuan, berhati mulia

Mengapa bertindak, sedemikian rupa

*******************************

Pantun empat kerat apakah...?

Customer is always right. Same goes to clients never do wrong.

Hmmmm...

Ini kisah...

Seorang lagi kawan, sudah memberi surat merah.

T__T

Wallahu A'lam