Thursday 20 December 2018

Jalan Jalan ke Johor Bahru


Weekend baru ni pergi Johor Bahru sebab nak jumpa seseorang untuk share marketing plan Amway. Memang best la duduk Johor. Layanan mak pak sedara, sepupu sepapat sangat Osem ! Sampai kan time nak balik tu, kami yang datang ziarah ni pulak yang dapat buah tangan. Takde la buah sangat. Suami dapat kain pelekat, saya dapat kain pasang untuk buat baju kurung. Sedangkan waktu kami datang tu, takde pun bagi buah tangan kat tuan rumah. Terlupa habis. Rasa maluuuu sangat. NEXT TIME JANGAN LUPA OK !

Alang2 pergi JB, teringat kawan Maahad dulu, 11 tahun kami tak jumpa. Sejak dapat result SPM, tak pernah jumpa. Semua bawa haluan masing-masing. Oleh sebab saya dah kat JB, terus la singgah ziarah rumah Syahida. Waktu kami nak balik, dia bagi ziyad duit raya + kudap2an. Waaaa yang ni pun segan sebab kami lupa juga nak bawak buah tangan untuk tuan rumah. Bila 'bawa buah tangan' tak dijadikan habit, inilah jadinya. Lupa lupa lupa. NEXT TIME PLEASE JANGAN LUPA !

Crown Ambassador :)

Tengah menikmati pemandangan indah

Sampai je kat Muadzam Shah, keesokannya suami nak bayar bil air. Elok dah sampai kaunter nak bayar, tiba-tiba pegawai tu cakap 'takpe encik saya dah bayarkan bil encik. Takpelah ni untuk bekal saya kat SANA nanti'.... Terkedu terus suami. Terima kasih encik terima kasih.

Alkisahnya haritu suami memang nak bayar bil air. Tapi bila sampai kat kaunter, bukak wallet, kosong. Sebab duit dia tertinggal kat rumah. Dalam pada cek2 wallet tu, cakap kat pegawai tu 'alamak saya bayar bil nanti la ye'. Pastu terus keluar. Time ni la pegawai yang baik hati tu bayarkan.

SubhanAllah baiknyaaa hati orang sekeliling saya ni. Jazaakumullahu khairan kathira. Moga Allah memberi ganjaran yang lebih baik untuk kalian semua. Amin Ya Rabbal 'Alamin

Wallahu A'lam

Hargai 2 nikmat ini


Tadi lepas solat Maghrib, suami bagi tazkirah sikit. Tentang 2 nikmat yang kita selalu lupa iaitu nikmat MASA & nikmat SIHAT. Kadang kita tak sedar dua nikmat besar ni sehinggakan kita ambil mudah dgn keduanya.

Tentang masa, sbg pekerja y bekerja 8 - 5, byk menghabiskan masa kat ofis/tmpt kerja. Persoalannya, adakah masa kosong kat tmpt kerja tu kita gunakan utk mengingati Allah?

Allah sndri bersumpah didalam al-quran, Surah Al 'Asr. Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dlm kerugiaan. Kecuali mereka y beriman, beramal soleh, saling menasihati untuk kebenaran & saling menasihati untuk kesabaran.

Jadi adakah kita tergolong dlm golongan yang menggunakan masa sebaik mgkn? Tepuk dada tanya iman. InsyaAllah masih tak terlewat kita memperbetulkan niat & guna masa yang ada sebaik mgkn untuk mengaut keuntungan didunia & lbh penting  keuntungan diakhirat.

Masuk kerja, petik suis komputer, niat terus 'sahaja aku bekerja kerana Allah ta'ala'.. Terus pekerjaan awak satu hari tu dikira ibadah. Basuh pinggan, niat kerana Allah, terus bnda tu jd ibadah.Senang nak kaut pahala senanya.

Peringatan buat kami utamanya :)

Wallahu A'lam

Friday 14 December 2018

Rezeki tak salah alamat


Tadi tengok tv rancangan ulangan Tazkirah Malam Jumaat. Tajuknya rezeki tak salah alamat.

Antara rumusan yang saya dapat...

Duit KITA, belum tentu rezeki KITA. Ya memang tu duit kita, tapi akhirnya duit tu kita sedekah ke fakir miskin. Jadinya, duit KITA, tapi rezeki FAKIR MISKIN.

Rezeki ni sebenarnya tidak diukur dari segi harta semata. Orang miskin, tapi dikurniakan rezeki sihat tubuh badan. Orang miskin, tapi rezeki mereka dikurniakan anak yang ramai. Orang susah, rezeki mereka dikurniakan jiwa yang tenang & lapang.

Kita selalu beranggapan rezeki kita disailang oleh pihak ketiga. Hakikatnya, rezeki kita terhalang kerana dosa2 yang dilakukan berulang2 kali. Tapi kita tak sedar kan benda ni.

Jadinya, sebelum kita tuding jari salahkan sesiapa, baik tuding jari kearah diri sendiri. Cek balik dosa apa yang kita dah buat.

Kadang Allah tarik nikmat yang sedikit untuk melihat perkataan pertama yang terpacul keluar dari mulut kita. Adakah caci maki ataupun istighfar mengingati Allah. Allah tarik yang sedikit untuk berikan satu nikmat yang lebih besar.

#kempenjomjagalidahmasingmasing

Wallahu A'lam