Sunday 21 October 2012

transformers

kalau saya cakap semalam saya jadi transformer percaya tak? ^_^

bagi saya 'transformer' adalah satu istilah yang boleh diguna pakai apabila seseorang itu berubah atau berhijrah dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Contohnya :-
# dari seorang rakyat menjadi pemerintah
# dari seorang pelajar menjadi pengajar
# dari seorang anak menjadi isteri
# dari seorang isteri menjadi ibu
# dari seorang perempuan menjadi lelaki...? erk NEVER do that ok !

semua diatas melalui proses "transform" bukan? :)

Sama juga ertinya dengan "dari seorang mad'u (didakwah) bertukar menjadi seorang da'ie (pendakwah)".

Saya, kamu, dia dan semua orang islam adalah pendakwah. Pendakwah bukanlah bererti seseorang itu harus ada semua ilmu, mahir dalam segala bidang, tak buat kesalahan langsung. Sebaliknya ia lebih tertumpu kepada mengajak orang lain ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jangan lupa perkara yang utama adalah memperelokkan diri supaya menjadi individu muslim sejati.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda "ballighu 'anni walau aayah" (sampaikan dariku walau sepotong ayat). Disini kita dapat lihat sebenarnya tiada prasyarat dalam menyampaikan ilmu. Baik seseorang itu seorang kanak-kanak, pengemis, hatta hamba sekalipun, jika yang disampaikan itu adalah satu ilmu yang berguna, itu dipanggil pendakwah. Man qala la ilaaha illallah fahua da'ie. Sesiapa yang mengucapkan kalimah la ilaaha illallah, dia adalah pendakwah. Jadi, anda mengucap tak kalimah ini? automatically, anda adalah seorang pendakwah.

Wallahu A'lam

pengakhiran yang menamatkan segalanya

Bismillahirrahmanirrahim....

Berikutan kejadian pembunuhan yang seringkali kita dengar akhir-akhir ini, meningkatkan lagi keinginan saya untuk mencari sedikit sebanyak info yang boleh di 'relate' kan dengan kehidupan ini. Sedar tak sedar setiap hari ada saja berita tentang pembunuhan ditayangkan di tv, radio, akhbar. Ayah bunuh anak, anak bunuh mak, abang bunuh adik, A kelar B dan pelbagai lagi. Ini tak termasuk berita dari luar negara . Hati ini disayat pilu mengenangkan nasib saudaraku di palestin, rohingya, yang mana musuh islam tak kenal erti jemu menghapuskan umat islam dibumi, tanah air kelahiran mereka sendiri. Sedarkah kita setiap kejadian yang berlaku disekeliling kita, membawa sesuatu mesej. Mesej yang mana kalau kita kaji dan selidikinya mampu memberi peringatan berguna buat diri, masyarakat seluruhnya.

Hadis riwayat Abu Musa ra., ia berkata: Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya menjelang terjadinya hari kiamat terdapat beberapa hari di mana pada hari-hari itu ilmu akan diangkat, diturunkan kebodohan dan banyak terjadi peristiwa pembunuhan". (Shahih MuslimNo.4826)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw bersabda: "Hari kiamat semakin mendekat, ilmu akan dicabut, fitnah akan banyak muncul, sifat kikir akan merajalela dan banyak terjadi Al kharaj. Para sahabat bertanya: Apakah kharaj itu? Rasulullah saw menjawab: Yaitu pembunuhan. (Shahih Muslim No.4827)

innallaha la yukhliful mii'aad

Kiamat sudah dekat, tidakkah kita mengetahuinya? Moga setiap detik, setiap saat yang Allah kurniakan kepada kita dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Moga kita sentiasa didalam rahmat Allah s.w.t.

Wallahu A'lam

Sunday 14 October 2012

Daulah islamiyah



sebelum saya meneruskan typing, jom dengar lagu ni dulu !


Bilakah bermulanya kejatuhan kerajaan islam? 

-----> Tahun 1924 merupakan detik kejatuhan empayar turki uthmaniyah yang mana ketika itu diperintah oleh Sultan Abd Hamid 2, merupakan titik kejatuhan khilafah islamiyah. Kalau dihitung, sudah 88 tahun kita hidup dan ditadbir dibawah kerajaan bukan islam. Mungkin pada dasarnya, kita masih ditadbir dibawah 'pemerintahan islam', tapi hakikatnya tidak. Ketahuilah kerajaan islam yang diasaskan pada zaman Rasulullah s.a.w telah berakhir pada zaman turki uthmaniyyah. 

Kalau dulu waktu zaman Rasulullah s.a.w, umatnya masih jahil tentang agama, menyembah berhala, menanam bayi perempuan, berhibur sambil minum arak, kaum wanita dipersenda dan dipijak-pijak maruahnya, hamba abdi diperlakukan bagai binatang. Tetapi dengan kedatangan islam, membawa sinar baru menyuluh kegelapan hati. Menghapus segala fahaman jahiliyah, menyembah Tuhan yang satu, diangkat martabat kaum wanita ketempat yang sepatutnya dan golongan hamba dilayan sama rata seperti golongan lain.

Cahaya islam terus tersebar luas dan kerajaan islam telah diteruskan pada zaman pemerintahan khalifah Abu bakar as-siddiq, Umar al-khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib. Kemudian diteruskan lagi pada zaman bani umaiyah, bani abbasiyyah, dan bani uthmaniyyah.....

.......tapi disinilah, tika inilah bermulanya kejatuhan kerajaan islam yang kini kian lenyap ditelan zaman. Jika kita kaji, waktu ini jugalah munculnya ideologi-ideologi barat yang semakin berkembang pesat dan berjaya meracuni pemikiran kita sehingga ke hari ini. 

Jadi, apa tindakan kita? menutup mata dan berdiam diri bagai tiada apa yang berlaku? atau berusaha mengembalikan kerajaan islam? Semuanya terletak ditangan kita ! Biiznillah....

Wallahu A'lam

jantung boleh berfikir?

Bismillahirrahmanirrahim.....

kelmarin saya ada terbaca satu artikel menarik yang berkaitan dengan jantung. Satu penemuan baru yang memberi kefahaman kepada saya dengan lebih detail lagi tentang istilah arab 'al-qalb' yang bermaksud jantung.

kamus :-
1) Al-Qalb = jantung
2) Kibdah = hati

Perasaan gembira, sedih, marah, geram, dengki selalunya berhubung dengan hati. Malah banyak istilah yang diguna pakai untuk describe sesuatu situasi berkaitan dengan hati. contohnya "dari mata jatuh ke hati" dan "kamu sentiasa dihatiku".

Jantung merupakan organ pertama yang berfungsi ketika proses pembentukan janin iaitu seawal minggu ke-3@ke-4 selepas persenyawaan berlaku. Manakala otak pula berfungsi pada minggu ke-13@14 selepas persenyawaan. Ini menunjukkan bahawa jantung mampu berfungsi tanpa bantuan atau arahan dari otak. Dari sini dapat dirumuskan bahawa perasaan yang lahir dari hati (jantung) lebih tepat berbanding perasaan yang ditafsirkan oleh otak.

Kekeliruan istilah yang berlaku sedikit sebanyak mengganggu kita untuk memahami maksud sebenar sesuatu ayat. Contoh yang paling dekat adalah 'heart'. Heart yang bermaksud jantung seringkali diguna bagi menggantikan perkataan hati. You are in my heart, kalau ditranslate satu persatu, pasti berbunyi 'awak dijantungku'. Tetapi kita tak translate macam tu bukan? kita akan cakap 'awak dihatiku'.

Ini menunjukkan 'al-qalb' yang bererti jantung itu sebenarnya sudah ditranslate menjadi hati. Kerana itu, kalau anda membaca tafsir al-quran, Allah banyak menyebut perkataan 'qalb' yang bermaksud jantung. Tapi kalau dibaca tafsirnya, disebut hati...Anda boleh refer :-

* Surah Al-A'raf : 179
( Sesungguhnya Kami penuhkan neraka jahanam kebanyakannya dari manusia dan jin. Mereka mempunyai hati, namun tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah....... )

* Surah Al-Hajj : 46
( Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati didalam dada )

* Hadis Muttafaq A'laih
( Rasulullah s.a.w bersabda : didalam badan terdapat segumpal daging. jika ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. ia adalah hati )

Hati yang dimaksudkan adalah jantung. Jantung merupakan pusat untuk berfikir manakala otak merupakan tempat untuk berfikir. Jadi berhati-hatilah dengan signal atau perasaan yang lahir dari jantung anda. Boleh jadi ia lebih tepat berbanding dengan apa yang anda fikirkan :)

Wallahu A'lam

Sunday 7 October 2012

recharge you battery

Rasa lemah? lesu? kurang bermaya?

~ silalah dengar lagu ini ~


lagu yang sentiasa didendangkan dengan jayanya oleh siapa lagi kalau bukan adikku.
 rasa bersemangat ! tu yang pasti :)

Saturday 6 October 2012

perhambaan kepada fesyen



A : beb ! cantik dow ko pakai baju tu. nampak glamour habis. mesti semua orang terpukau tengok kau!
B : yeke? okeh. aku pakai baju ni esok !

kanak-kanak, gadis, wanita, para isteri, para ibu dan semua yang bergelar perempuan sebahagian besarnya telah menjadi hamba kepada fesyen zaman kini. Baju fit, baju yang terbelah luas dibahagian dada, baju yang tiada lengan (sekali tengok macam berkemban), baju yang bertali halus (kalau direntap, mampu terlucut), kain yang terbelah hingga ke paras betis, seluar lagging, skirt pendek, dan bermacam lagi fesyen yang telah diperagakan oleh model-model wanita (islam) :(   Anehnya, mereka berasa gah dan bangga mengenakan pakaian sedemikian. Lebih bangga lagi apabila berjalan di hadapan khalayak ramai sambil diperhatikan oleh berjuta lemon mata-mata yang dikhuatiri tahap keimanan mereka.

Wanita-wanita muslimah kini sepatutnya tiada masalah dalam mencari pakaian yang telah digariskan oleh hukum syara'. Alhamdulliah, sekarang ini kalau kita lihat, sudah banyak dan terlalu banyak pakaian yang berunsur islamic dan menepati hukum syarii dijual di kedai-kedai malah sudah masuk kedalam pasaraya-pasaraya yang besar. Ini menunjukkan masyarakat telah celik dan dapat menilai pakaian manakah yang seharusnya dipakai apabila ingin keluar dari rumah.

Namun, ramai orang yang masih terpedaya dengan 'fesyen muslimah'.................

~ Alhamdulillah, kini semakin ramai wanita yang gemar memakai jubah. Tetapi yang kurang bagus + lari dari tujuan sebenar + mampu menyelitkan sifat ujub apabila dihiasi dengan bilangan manik yang melampau, berkilau-kilau (dari jauh orang boleh perasan kehadirannya), sendat, ada tali dibahagian pinggang, dan bewarna terang.

~ Alhamdulillah, kini semakin ramai wanita yang berhijrah memakai tudung. Tetapi yang kurang bagus + lari dari tujuan sebenar + mampu menyelitkan sifat ujub apabila memakai sanggul setinggi bukit, jarang, tudung dihiasi manik yang terlalu banyak dan singkat (tidak tutup sampai ke bawah dada).

Yang sedihnya, sebagai wanita islam, mereka ini seumpama hilang identiti dan hilang punca. Tidak tahu title diri yang sedang membawa nama islam. Pernahkah kita terfikir mengapa sebahagian besar perempuan-perempuan arab memakai purdah dan jubah (yang longgar) dan bewarna hitam? Kerana mereka tidak mahu dipandang oleh lelaki-lelaki ajnabi dan mahu kelihatan sama sahaja.

Wanita yang beriman seboleh-bolehnya tidak mahu dikenali, dipandang, dan dikagumi oleh sang lelaki yang bukan mahram apabila keluar dari rumah. Tetapi hari ini sebaliknya berlaku, mereka lebih gemar berpakaian seksi dan menggoda lantas dipuji oleh kaum lelaki.

Mana yang salah, mana yang terkurang, mana yang terlepas pandang perbetulkanlah. Sementara kita masih lagi bernyawa

~ peringatan buat diri ini khususnya :)

Wallahu A'lam