Saturday 30 January 2016

Alhamdulillah...


Kredit

When things you take for granted...

While someone else praying hard for it

************************

Al-Qurtubi reported : Umar Ibn Al Khattab, may Allah be pleased with him, heard a man saying, "O Allah, make me among the few." Umar said, "what is the supplication?" The man said, "I refer to the saying of Allah the Exalted : And few of My servants are grateful" Umar said, "All of the people know better than you, O Umar!"

Tafseer Al- Qurtubi, Suratus Saba' : 13


Wallahu A'lam


Wednesday 27 January 2016

Wise man


If a person were wise...

His concern over his own sins

would distract him from seeing 

the faults of others

- Imam Asy Syafie -

Wallahu A'lam




Monday 25 January 2016

asah mana yang boleh diasah


Usrah. Halaqah. Bulatan gembira. Monday meeting. Atau apa sahaja yang awak panggil.

Bagaimana kalau awak seorang ketua, sangat hebat, dilantik mengemudi bahtera besar, tapi saban hari anak kapal sorang sorang terjun kedalam laut. Tak tahan dengan sikap ketua yang suka bawa kapal laju menghentam ombak.

Macam tu juga dengan halaqah. Ya. Awak memang hebat. Tak dapat disangkal kebenarannya. Tapi kadang kadang, sikap awak terhadap anak buah menyebabkan sorang sorang mengambil keputusan keluar usrah.

Ini kisah...

Ketua yang syadid, hentaman juga syadid.

Bash anak buah depan khalayak ramai...

'Ada join tak aktiviti kemasyarakatan? Tak pernah nampak batang hidung pun'

'Kenapa tak dapat datang program malam ni? Macam ni ke seorang da'ie'

You hurt people. It even worst! 

Penerimaan orang lain lain. Tapi yang saya perasan, ramai boleh terima cara yang santai. Walau tak dapat juga dinafikan, hentaman ada kala perlu. Tapi jangan sampai menjatuhkan air mukanya didepan orang ramai.

Jadi jangan hairan.

Jika yang tinggal, hanyalah seorang nakhoda, pendayung dan bahtera besar ditengah laut.

- ini bukan kisah saya
- ini kisah kawan kawan kawan

Wallahu A'lam

Friday 22 January 2016

Penilaian ditangguh


Entah hari ni dah masuk kali yang keberapa. Saya melihat orangnya bertudung, berjubah @ pakai dress tapi sayang, pakaian sangat jarang sehingga nampak pakaian dalam.

Jelas. Teramat jelas. Siap boleh describe in details kalernya.

Dah dua orang saya pernah tegur. Waktu dalam perjalanan ke ofis. Bukan apa. Saya takut nanti dia malu.

Eh ! Mestilah malu (>_<)

Entahlah. Kadang kadang terfikir, saya ni ke yang terlalu paranoid. Itu ke term yang sesuai?

Saya sendiri tak pasti.

******************************

Ohh...

Tadi saya orang kedua dipanggil untuk dinilai. Nebes. Macam nak masuk jumpa tuan hakim !

Tapi ! Yang saya grade (4) untuk diri sendiri punya kualiti dipersetujui semua !

Haha. Happy. Alhamdulillah. Tu lah pun satu kriteria, the only one, highest mark saya bagi kat diri sendiri.

Tapi, saya punya penilaian terpaksa ditangguh hingga ke minggu depan.

Aihh.. Susah ye nak menilai sakina ni...?

- saya harap habis cepat lah lepasni. Tak mau lama lama dah :(

Wallahu A'lam

Thursday 21 January 2016

Penilaian tahunan


21.01.2016

Terlalu banyak kejadian yang berlaku dekat ofis.

Tragedi paling bahagia hati berbunga bunga..

Bila client dok bising bising marah and start asking 'why you submit our last year account late to CCM'. We got letter (penalty) from CCM last week.

Saya malas nak bertekak. Ambil orange file. Kat situ ada proof siapa bagi reminder, job commencement date, tarikh kita submit account ke audit bila, bila kita clearkan audit queries, siapa yang review account before send back all documents to client.

Ya. Semuanya tertulis. Semuanya ada tarikh.

Nah. Tengoklah. Sebenarnya akaun saudara tuan puan tersangkut kat mana.

Bila saya cek dengan company secretary, rupa rupanya akaun yang terlewat submit ke CCM tu previous previous year punya. Bukannya tahun 2014 (tahun yang saya buat).

Ahhh. Puas hati. Senyum lebar.

Suka Suki nak salahkan orang. Dua kali dah saya kena. Haha. Tapi Alhamdulillah bukan kesalahan akaun tahun yang saya buat.

Scary wooo. Tetibe kena terjah gitu. Tapi seronok jugak bila kita ada bukti.

Balik rumah cerita dekat mak pastu cakap..... Entah berapa kali cakap kat diri sendiri 'I like myself'.

Sirius ! Haha. Jangan fikir bukan bukan. Sebab biasanya bila saya terkecoh kecoh nak kena raise voucher, rupa rupanya last month saya dah buat in advance. Saya dah prepare awal awal benda yang perlu buat untuk next month. So tinggal nak masukkan detail sikit sikit tu je. Takde lah haru sangat. Haha. Banyak kali je senanya. Tiap kali jadi macam tu, akan cakap kat diri 'ahh sukanya diri sendiri,memudahkan diri sendiri'.

Haha. Jangan cop saya psycho sudah !

**************************

Esok bos nak panggil sorang sorang sebab hari tu ada isi evaluation form. Kali ni bukan sorang bos okayy. Dabal. Silap silap triple.

Habis lah saya. Kena komen apa pulak lepasni. Dah lah hari tu grade diri sendiri punya kualiti (4). 4 tu highest mark. Itulah pun satu satu nya yang saya grade 4 kat diri sendiri. Yang lain 3 @ 2. Haha. Habislah. Erghhhh awat lah hang perasan sangat time tu !

Kamu yang membaca wajib doakan benda yang baik baik saja tau yang bakal berlaku kat saya.

Ini satu warning ! (Muka Sirius)

Wallahu A'lam

Tuesday 19 January 2016

Good deeds...



" surely, good deeds erase bad deeds "

- QS 11:114 -

Wallahu A'lam

Saturday 16 January 2016

Company trip kedua :)


Pulau pandan jauh ketengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Erk....

Apa kena mengena company trip dengan pantun kat atas nuh..?

Ok la. Pantun diberi sempena mengenang jasa bos saya yang rajin bawak kami terbang dan jalan jalan. Nak tahu tentatif programnya apa.

Tarikh : 7 - 10 Januari 2016
Destinasi : Thailand
Penginapan : Baron beach hotel Pattaya (3 hari 2 malam), Indra regent hotel (2hari 1 malam)
Peserta : Bukan semua dapat pergi. Hanya 28 orang yang terpilih :( agak menyedihkan. Bagi saya lagi best pergi Langkawi asalkan semua dapat pergi. Hmm. Apa apa pun, Alhamdulillah 'ala kulli haaaal.

Kitorang punya flight hari Khamis tu pukul 8 pagi. Malam nak terbang tu, mata semua orang macam burung jampok. Pastu pagi pagi tarik beg macam zombie. Fikiran tak fokus sebab mengantuk sebab....

Sampai dekat airport Don Mueng, tempat pertama dituju adalah, toilet ! Sorang sorang keluar tandas buat gaya muka macam paw. Public toilet sana tak ada paip air. Syukur la saya tak minum air cup waktu dapat atas flight. Cup tu la kitorang guna buat gayung. Lepas kejadian mencemaskan tu, setiap kali pergi toilet mesti bawak 2 botol mineral dengan cup tu. Orang Malaysia je rasanya yang buat perangai macam tu. Haha. Kawan saya tanya 'kina macam mana diorang boleh selamba je masuk toilet pastu keluar macam tak de apa apa yang berlaku. Tak ke rasa macam basuh tak bersih'. Dah jadi budaya diorang. Istinjak je dengan tisu pastu keluar toilet muka kena confident ! Ngeeee...

Eh cerita pasal ladies pulak. Haa lepas sampai je airport, ada bas jemput kitorang lepastu terus ke Pattaya. First day, tourist guide bawa kitorang pergi Khao kheow open zoo. Ada la sikit kelainan dengan zoo kita (apa yang lain ek, rasanya tengok zirafah harimau kambing, sama je semua. Kaki empat). Ish! Ada beza lah (>.<). Lepastu pergi Art in paradise. Lukisan y nampak real tu. Tapi....ada lukisan yang awak saya mereka patut dan wajib pejam mata.

Benda yang menakutkan dekat Pattaya waktu malam, terlalu lalu lalu ramai mak nyah. Sangat menakutkan. Lelaki kena hati hati waktu malam. Bahaya sangat.

Second day pagi pagi lagi kitorang dibawa ke coral island. Naik speed boat macam naik kuda. Haha. Dah la laju, pastu berlanggar dengan ombak. Orang yang tak tahan, rasanya kena prepare makan ubat tahan muntah. Tapi Alhamdulillah, kitorang semua kebal mabuk laut. On the way ke island tu, lalu dekat kawasan orang main paraglide. Yang bestnya diorang ni ditarik oleh bot. Bukannya diri sendiri yang control. Haha. Seronok tengok. Siap lambai lambai lagi kat depa yang tengah jadi burung jadian.

Pukul 2 kitorang pergi tengok pertunjukan dolphin dekat Pattaya dolphin world and resort. Comel bangett. Ada satu aksi tu sangat kiut. Si tuan dia buat satu gaya ni, lepastu dolphin terus berjoget. Pastu saya terus panggil kawan saya kat sebelah. (Wt, cepat bertindak ! (saya buat gaya tu dengan harapan Wt bergerak macam dolphin). Haha. Jangan terkejut, kawan saya bertindak mengikut arahan ! Dah tertukar sapa dolphin sekarang ni..? :)

Dolphin main bola


Pukul 4 pergi Buddha mountain Khao chi Chan. Tapi saya dan beberapa kawan melayu tak turun bas pun. Dalam 20 minit macam tu terus gerak ke Silverlake yang terletak betul betul dekat sebelah Buddha mountain. Pemandangan kat sini. MashaAllah. Sangat cantik ok. Sesuai la untuk korang tangkap gambar kawen :D

Aihh, tak balik hotel lagi, lepastu kitorang pergi Pattaya park tower. Yang ni ada tiga pilihan. Pertama terbang sorang sorang (macam flying fox tu), kedua terbang berdua (ada la partner sakit jantung sama sama), ketiga terbang ramai ramai maximum 8 orang (macam naik cable car). Pilihan saya...of course la terbang berdua! Haha. Ngeri tahu ! Tapi Alhamdulillah landing baek punyaa. Cece, dah sampai bawah boleh la senyum lebar. Waktu tengah terbang, jangan harap.

Time dinner, tourist guide bawa ke restoran yang serve halal food. Yakin la jugak sebab sebelah tu masjid. Tomyam dia. Fuhhh sangat sedap.

Hari ketiga, bersiap pergi ke Bangkok. Dalam tengahari kitorang pergi Chatuchak market. Kat sini memang kawasan shopping la. Untuk orang perempuan, memang sesuai sangat ditinggalkan dekat sini sehari suntuk.

Malam, sambung lagi shopping tapi dekat dekat area hotel je.

Last day, shopping lagi. Yang geramnya, makin kita jalan dan membeli, makin kita jumpa barang barang yang murah. Saya nasihatkan korang kalau nak membeli baju t-shirt dekat Thailand, cari harga 150 baht kebawah. Percayalah, banyak design yang lawa lawa dengan harga murah. Saya dapat 80 & 60 baht. Kalau jumpa 200 baht keatas, tak yah la beli. Nanti geget jari bila terjumpa design dan kualiti yang sama, tapi harga jauh beza lebih murah.

Pukul 2.30 petang, gerak ke airport. Flight pukul 6 petang. Sampai KLIA 2 pukul 8 malam. Ohh lupa bagi tahu, waktu Thailand sejam lewat dari Malaysia. So kiranya kitorang sampai KLIA pukul 9 malam lah.

Yang paling best, esoknya kerja. Haha. Ramai jugak masuk ofis lewat termasuk saya.

Tu lah ceritanya saya di Thailand. Best la jugak. Cuma kalau diberi pilihan, rasanya saya tak nak pergi sana dah kot. Haha. Tak kena dengan jiwa raga. Cehhhh.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Siapa yang bertuah main handphone atas flight neh. Ngaku cepat !


Next trip ke mana pulak bos?

Heh !

Nota kaki : Betapa bersyukurnya saya duduk dekat Malaysia. Wuwu. Sebab tu la disarankan mengembara. Baru sedar nikmat yang sangat besar ada depan mata T_T

Wallahu A'lam

Tuesday 12 January 2016

Inni muntadzhirun...


Tick..tick..tick...tick...

Masa bergerak.

10 minit. 20 minit. 30 minit. 60 minit.

Nak tau tak, peak period bagi orang yang bekerja di KL dan khusus bagi mereka yang menggunakan LRT (putra line tu) adalah pada jam 7.45 am sehingga jam 9.00 am.

Waktu ni lah skill dan kepakaran menyelit diperlukan.

Tak ubah persis cekodok kena goreng dalam kuali. Kena pandai selit selit. Kena pasang kuda kuda. Mana tak nya. Pusing kanan nampak lengan orang. Pusing kiri hidu rambut orang. Nak pegang tiang terpegang beg orang.

Bukan takat tu. Waktu tu jugak kita dapat tengok karakter sebenar. Sorang sorang. Cuba bayangkan. Waktu mula mula beratur, matahari tak nampak langsung. Tapi sampai satu tahap, matahari betul betul pancar cahaya tepat kena muka. Panas. Memang panas. Tambah dengan penat menunggu.

Ada satu hari tu saya tengok, sorang lelaki mengamuk tak tentu hala sorang diri. Campak beg. Garu garu kepala. Dok tengking marah marah. Sebab penat sangat tunggu dengan terik nya matahari.

Selalunya cuti sekolah la hari yang saya nantikan. LRT lengang. Tapi dia pandai jugak.

Kalau hari hari biasa, mengikut perkiraan saya, selalunya LRT 4 coach akan datang 2 kali lepastu LRT 2 coach datang sekali. Jadinya ramai la jugak orang boleh masuk.

Tapi waktu cuti sekolah, LRT 4 coach datang sekali lepastu terus selang dengan LRT 2 coach.

Agak geram la jugak. Kenapa tak jalankan je LRT macam hari hari biasa.

Hmmmm. Nak jimat la tu.

(Husnudzhon please)

Tapi ! Tadi, kalau diikutkan LRT yang berfungsi patutnya yang 4 coach tu datang 2 kali la kan. Tapi.... Dia dok main selang seli macam la hari ni cuti sekolah...

Penat jugak tunggu. Siap kena bayar denda lewat masuk ofis.

Hmmm...

Bersabarlah wahai diri dan semua yang menggunakan public transport untuk pergi kerja.

Sebab saya juga tergolong dalam golongan orang orang yang menunggu.

Wallahu A'lam

Sunday 3 January 2016

Antara mata dan hati



Saya nak jadi baik pada pandangan Allah

Saya nak bersihkan hati.... 

T___T

Doakan saya kawan

Wallahu A'lam

Saturday 2 January 2016

Hari bahagia buat mereka....


Hari ni majlis tunang kawan saya. Atikah namanya. Tapi tak dapat pergi sebab memenuhi jemputan kahwin dua pupu. Yang ni kena belajar bab 'awlawiyyat' la pulak. Hehe. Lepastu melawat besan mak ayah saya. Sehari suntuk juga keluar. Penat tapi seronok.

Kepada pasangan pengantin dan kawan saya yang bertunang...

Tahniah untuk kalian. Moga berkekalan dan ceria selalu ;)

Pantang diberi peluang :D

- pulut kuning sedap jugak ek. 10 kali mengulang makan, tak jemu. HAHA

Wallahu A'lam

Pinjamkan telinga boleh?


Orang yang banyak cakap, tak semestinya ada ramai kawan.

Orang yang pendiam, tak semestinya ada sikit je kawan.

Bagi saya, orang yang mampu mendengar masalah orang lain, mendengar cerita orang, sekalipun tanpa menjawab atau memberi solusi, tapi memadai dengan menunjukkan minat mendengar, dia seorang yang hebat.

Sebab bukan semua sanggup, bukan semua mampu dengar masalah dan cerita orang. Diri sendiri punya masalah pun tak boleh nak settle, inikan pulak orang lain.

*****************************

Saya kagum dengan adik saya. Kitorang mula2 dulu pelik, adik saya ni pendiam tapi ada raaaaaaaamai kawan. (Bukan lah pendiam mana, cuma kurang cakap berbanding dengan mereka kat luar sana)

Tapi fikir balik, memang tak heran la.

Dia ni, kalau saya bercerita dekat dia, dia akan bersungguh sungguh dengar, lepastu bagi respon
---> 'oh yeke'
---> 'pastu apa jadi'
---> 'ha bia betol'

Dia balas sikit je, tapi soalan dia tu membuatkan saya nak bercerita lagi dan lagi dan lagi.

Tapi selalunya kalau saya bercerita, paling banyak respon yang saya dapat ----> 'hahaha'. Dia suka gelakkan saya.

Mungkin, sebab ni dia ada ramai kawan. Dia memberi respon. Dia tunjuk minat mendengar. Bukannya macam kita bercerita dekat dinding. Even kucing pun bagi respon tahu.

Uiiii, tetibe rasa sedih. Ntah kenapa. Rindu kot. Haha

P/s penaja : Antara perkara yang saya benci, orang nampak saya menangis.

Wallahu A'lam