Monday 12 December 2016

A simple wishes dedicated for you....


(13.12.16)

HaPpY 4th MoNtHsArY awak ! :)

Sempena menyambut ke happy an awak nak mula berkhidmat dekat hospital tu, kita nak ucapkan selamat maju jaya dan sila lah nyanyi lagu 'kami sedia membantu' hari hari supaya perasaan cintakan negara tu mekar semekar pokok durian ayah seberang jalan :P

Kalau perasaan tu mengecut, ermm..ermm..nanti kita bagi tahu remedies nya apa. Hehe.

Actually I've something to tell you. Deep in my heart, I feel so blessed to have you in my life. To be with you for 4 months, is the sweet+est memory I ever had. 

Suka, duka, gembira, tawar hati, sakit hati, pahit, manis, kelat, kita dah lalui for these short term period. And kita berjaya melaluinya. Alhamdulillah... Kita rasa bertuah ada partner macam awak. 

Kepada suamiku yang baik hati, penyabar, penyayang....

Syukran atas toleransi yang dihulurkan sepanjang kita bersama. 

Syukran atas kesudian menghantar kita tiap tiap hari depan bangunan ofis.

Syukran atas kesudian mengambil kita balik dari ofis bila hujan lebat.

Syuran atas pertolongan membetulkan masakan kita yang tak menjadi, dan awak berjaya ubah masakan tu sampai sedap.

Syukran kerana sanggup bersengkang mata untuk menjaga kita waktu kita demam.

Syukran sebab selalu tolong kita basuh, sidai & lipat baju.

Syukran kerana rajin teman kan kita membeli belah walaupun awak sebenarnya dah penat berjalan.

Syukran untuk kasih sayang yang dicurahkan siang dan malam tanpa henti.

Syukran atas kesanggupan menadah telinga mendengar luahan hati ini.

Syukran sebab selalu berjaya menenangkan hati ini saat kesedihan melampau menyelubungi diri.

Syukran kerana menjadi suami yang bertanggungjawab atas segala perkara.

Syukran sebab berusaha memahami kita.

Syukran kerana menjadi suami yang terbaik untuk diri ini.

Syukran for everything :)

Benda yang paling buat kita rasa tenang, bila kita sedih, awak tak putus putus bagi kata kata semangat :)

May Allah bless you always and grant you His jannah.

Semoga kita kekal bahagia sehingga ke syurgaNya, insyaAllah :)

Wallahu A'lam