Wednesday 23 October 2019

Ziyad turns 2 !!


MasyaAllah dah besar dah anak umi ayah

2 tahun sudaa

Happy Birthday Ziyad !

Moga menjadi anak soleh, penyejuk mata & hati umi ayah, hamba Allah yang bertaqwa

Semalam pergi JJ beli cupcake untuk ziyad

Haha kenapa cupcake?

Sebab memang nak bagi khusus untuk dia makan. Kalau beli kek besar, tak tau la bila boleh habisnya kan

Tadaa. Sempena 2 tahun dapat la 2 cupcake hihi

Gaya apa tu Ziyad

Birthday boy tak sabar nak makan

Alhamdulillah
Terima kasih Allah atas kurniaan nikmat usia & kesihatan

Alhamdulillah 'ala kulli haal

Wallahu A'lam

Monday 21 October 2019

Cheesetart :D


Elok balik KL tetibe teringin nak makan Cheesetart K.Shiha la pulak. Terus wsp dia Tanya boleh ke dapat Cheesetart soonest possible. Haha

Alhamdulillah

Thank youuuu K.Shiha !

Memang Cheesetart terbaekkkk !

Satu kotak ada 3 flavour. Coklat, Strawberry & Blueberry. So so so so yummyyyyy !!!

Look at that ! Hihi

Dah habis sekotak dalam tempoh 24 jam ! Hahaha

Wallahu A'lam

Wednesday 7 August 2019

Cari angin sejuk


Alhamdulillah minggu lepas dapat jalan jalan ke Cameron Highlands dengan familyyyy. Tapi abang, kak e & Iman tak dapat join the club sebab Iman ada rehearsal utk pertandingan nasyid hari Ahad tu. So tak cukup jugak corum holiday kalini. Huhiii.

Kitorang naik Cameron dh kerap sangat dah. Cuma kelainan kalini, kitorang naik hari Khamis, hari Sabtu turun semula. Jadinya memang lah tak jem macam sebelum2 ni. Jalan lengang je. Best2 !

Turun bukit semua muka happy

Siap boleh wefie lagi :D Sekali naik bukit, hamekkk semua senyap tercungap2 layan semput masing2

Three of us :)

Ziyad tengah menikmati angin sejuk

Nangis sebab jatuh. Kena tangkap gambar, tunjuk kat dia bila besar nanti

Homestay sejukkkk


Makin lama tinggalkan dunia menulis, makin malas pulak rasanya. Haha. Sehingga kita berjumpa lagi. Bye2

Wallahu A'lam

Friday 21 June 2019

Beraya ke rumah mentor :)


Pergi beraya rumah mentor, bukan setakat dapat makan sedap2, dapat pulak ole2 yang mereka bawak dari Hawaii & beberapa negara yang diorang travel for free dengan Amway. Dr Hafidz & Eela cerita, semua leader pesan buat Amway sampai korang dapat merasa travel. Bila dah sampai tahap tu, baru akan rasa 'Ya Allah beruntungnya buat bisnes amway. Travel dapat. Bonus dapat. Passive income dapat. Income2 tu semua boleh diwariskan pulak tu ke anak cucu'.

Waktu dekat Hawaii, Layanan Amway kat para ABO yang dapat travel ni memang first class punya layanan. Diorang duduk kat hotel Sheraton tepi pantai Hawaii for free. Ada satu hari tu, semua ABO diberikan satu paper bag besar dan dibawa pergi ke satu bilik. Kat bilik tu ada bermacam2 benda. Ada coklat, baju, keychain, air, makanan, beg dll. Pastu diorang diarahkan untuk memenuhkan paper bag diorang dengan apa2 barang yang ada dalam bilik tu. Haha. Memang tak bagi can la diorang. Doktor & Eela cakap, lepas semua ABO dh penuhkan barang2 tu dlm paper bag masing2, masih banyaaaakkk lagi barang yang tak berusik. Memang first class layanan Amway bagi. MasyaAllah. Sorga dOnia. Haha.

Ole2. Thank you mentor !

Pastu bila diorang balik Malaysia, cash in hand masih berbaki Rm3,000. Diorg sampai tak tau nak beli apa dah kat sana. Sebab dah la travel free, hotel free, transport free, makan free, diberi pulak duit belanja kat KLIA sebelum bertolak ke sana. So dari duit belanja yang Amway bagi tula masih berbaki Rm3,000. MasyaAllah, seronoknya la dengar. Sekarang mampu dengar jela. Haha. Korang tunggu pulak turn kami dapat travel dengan Amway. Time tu, korang pulak dengar saya bercerita apa yang seronoknya travel dengan Amway. Hehe

Memang best buat bisnes Amway ni. InsyaAllah saya memang dah jumpa bisnes yang terbaik utk saya bina passive income sebab income tu lah nanti akan diwariskan kat anak2 saya satu hari nanti. InsyaAllah

Wallahu A'lam

Monday 17 June 2019

Kereta ziyad


Ziyad tengah happy sebab dapat hadiah kereta dari ayahnya. Haha. Thank you yayahh belikan hadiah untuk ziyad. Hadiah sempena kesian tengok budak ni macam dah mati kutu duduk kat rumah. Omaknya tak larat nak main kejar2 dengan dia. Haha. Sian ziyad.

Dah kenapa kaler kereta sama warna dengan tikar umi. Haha ^^

Balik je dari kedai basikal, car dia ni tak muat pulak nak letak kat boot kereta. Haha so terpaksa letak kat kerusi co-driver. Ziyad duduk dalam carseat, saya duduk sebelah dia kat bahagian belakang ni. Sepanjang perjalanan nak balik, mulut dia tak henti2 sebut 'car2' sambil tunjuk car dia kat kerusi depan tu. Haha. Tak menyempat ye yadd. Sabar ye umi nak cari keropok lekor dulu buat makan petang. Ngeh3

Oh2 Happy Father's Day ayah yaddddd ! Thanks for being a goooood daddy to ziyad and a goooood best friend to umi. Umi and ziyad lebiyuuuuu !!!

Wallahu A'lam

Friday 31 May 2019

Iftar beramai-ramai



Asalnya suami ajak berbuka puasa kat luar. Jadi sempat la singgah bazar beli cream puff pukul 6.15 petang pastu balik rumah semula bersihkan diri, mandikan ziyad dan uruskan lain2 urusan. Pukul 6.35 petang keluar lah kami menuju ke 'kedai makan'.

Suami : Nak makan apa?
Saya : Nasi
Suami : Kalau selain nasi ok?
Saya : Ok je

Tiba2 suami pusingkan kereta menghala ke Berjaya Megamall. Konon naik tingkat atas nak pergi food court, sekali dia menuju ke Seoul Garden. Dalam hati saya 'ohh nak makan steamboat ke'. Rupa2nya dari jauh dia cakap 'haaa tu kawan2 kita dah sampai. Tengah beratur nak ambil tempat'. Cehhh mati2 kena tipu. Haha. Makanya makanlah kami beramai2 macam hape. Ya Rabb. Kenyang dia hanya Allah yang tahu.

On the way balik, singgah beli songkok jap. Sebab geng2 depa dah kena sound sebab tak pakai songkok lilit riben putih (untuk berkabung). Lepas tu singgah pulak rumah Dr Hafidz & Eela sebab diorang memang ajak iftar beramai2 kat rumah mereka harini. Doktor siap pesan 'kalau tak sempat iftar, datang je rumah kita solat tarawih berjemaah, kalau tak sempat jugak datang je bermoreh'. Haha. Oleh kerana dah cakap camtu, jadi kami pun singgah la juga ke rumah mereka. Sampai sana dalam pukul 9.30 malam. Haaa ini baru betul singgah untuk bermoreh. Haha. Tapi best la dapat jumpa semua rapatkan silaturrahim. Pre Raya la katakan. Kikiki. Kat sana, makan la lagi. Ya Rabb sakina. Makan sampai rasa makanan kat paras anak tekak. Astaghfirullah.Tak patut tak patut. Tolong jangan contohi saya.

Kami berkenalan kerana menjalankan bisnes yang sama

Anak2 pembakar semangat !


Balik rumah dalam pukul 11 malam. Tak sedar yang esoknya kena kerja (suami saya la tu. Ekekeke. Saya boleh rilex2 atas sofa je. Kui3).

Apa2 pun diucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada suami yang belanja iftar kat Seoul Garden, kepada semua yang menjamu kami makan hari ini. Jazaakumullahu khairan kathiira. Moga Allah membalas kepada kalian ganjaran yang lebih baik dan lebih banyak lagi. Amin.

Wallahu A'lam

Sunday 5 May 2019

Ahlan wasahlan ya Ramadhan :)


Ramadhan kareem !


Selamat menyambut bulan Ramadhan kawan2 !

Moga Allah terima segala amalan dan taubat kita.

Harapan terbesar, moga kita berjaya menghidupkan malam al-qadar dan Allah mengkabulkan segala permintaan kita pada malam itu.

Amin ya rabbal 'alamin

Saturday 27 April 2019

ITQAN 2019


Alhamdulillah !!!

Nama pemenang pertandingan hafazan Qur'an itqan peringkat kebangsaan sudah diumumkan !


Juara untuk kategori hafazan 30 juzuk beserta pengertian al-quran adalah abang saya

Nor Aizat Bin Norazman !


Alhamdulillah. Tahniah3 !

Moga Allah memelihara abang dan kita semua satu keluarga. Amin...

Sunday 3 February 2019

Lucky draw


Jumaat baru ni kan, tiba2 ada orang WhatsApp

Tunjuk gambar 

Just look at his face

Muka gembira dapat cabutan bertuah

Bertuah sungguh dapat Milo

Hahaha

Alhamdulillah

Saya suka kalau hadiah, dapat sesuatu yang kita boleh guna barang tu lama

Macam husband saya cakap, ada orang dapat gula, minyak masak 1L, beras 10kg, toto, karpet Dan macam2 lagi

Benda2 yang boleh guna untuk jangka masa lama dan ramai boleh dapat manfaat darinya

Saya suka hadiah macam ni

Mungkinkah sebab saya dah melangkau kealam rumah tangga? (Mungkin)

Apa2 pun

Tahniah la ye. Menghadirkan diri ke AGM, dah boleh dapat cabutan bertuah

Kalau camtu kita pun nak pegi AGM (>.<)

Wallahu A'lam

Saturday 2 February 2019

Jadikan Al quran seperti gajet yang kita pegang setiap masa


Semalam tengok Al Kuliyyah, penceramah Ustaz Farid Ravi Abdullah

Waktu zaman muda dulu, sebelum peluk Islam, Ustaz suka sangat buka tv channel yang ada bacaan Al quran. Mak Ustaz marah2 tanya Ustaz
Mak : Kau faham ke apa bacaan tu?
Ustaz : Tak
Mak : Habis tu kenapa suka dengar?
Ustaz : Tak tahu lah mak. Saya rasa seronok dengar.

Al quran ni nak cakapnya satu mukjizat, ia memberi ketenangan kepada semua yang mendengar. Tak kira la awak orang cina ke India ke apa ke, walaupun tak faham, tapi memang semua orang rasa tenang dengar bacaan Al quran

Kalau kita tak ada makanan kita rasa apa?
--> Lapar
Kalau tak ada air kita rasa apa?
--> Haus
Kalau tak baca Al quran kita rasa apa?
--> Tak ada rasa apa2 ! Cuba cek balik muhasabah semula diri kita !

Orang yang selalu baca Al quran, rindukan quran, Tiap2 hari baca quran, Al quran juga akan merindui orang itu. Seperti mana kita rindukan quran, seperti itulah Al quran rindukan kita.

Orang sekarang masanya lebih tertumpu pada gajet. Handphone. Bangun pagi buka mata, cari gajet. Sepanjang masa baca mesej. Nak tidur pun cari handset, baru terlelap. Banyak masa dalam sehari, kita habiskan dengan memandang handset. Handset tu boleh temankan kita kat kubur ke?

TAK ! Yang akan menemani kita kat kubur adalah Al quran.

Jangan sebab handset, ia menarik kita ke neraka. Wal'iyazubillah. Yela suka sangat share post2 yang kita sendiri tak pasti kesahihannya.

Perbanyakkan masa memegang, memandang, mendengar Al quran dari gajet. Sehingga kita dapat kecapi nikmat
Kalau tak baca Al quran kita rasa apa?
--> Rasa ada yang tak kena. Rasa ada benda yang tak settle lagi. Perlu baca jugak Al quran setiap hari baru rasa tenang.

InsyaAllah, itulah petanda Al quran merindukan kita. Moga ia menjadi peneman kita didalam kubur & dan memberi syafaat diakhirat nanti. AMIN...

Wallahu A'lam

Wednesday 16 January 2019

Memori denganmu iffa, akan tetap terpahat diingatan


Pagi isnin 14/01/19 dapat panggilan telefon dari kakak. Tapi tak sedar sebab phone silent & sibuk tengah masak kat dapur. Selesai masak, terus kedepan tengok MHI. Waktu nak makan tu baru tersedar missed call dari kakak. Terus call...

Me : Assalamualaikum. Yuhuu why calling2?
Kakak : Wa'alaikumussalam. Tau tak berita?
Me : Berita apa?
Kakak : Iffa dah meninggal
Me : Haaa? Eh biar betul? (memang rasa xcaya langsung)
Kakak : Tula nak tau, sebab kat FB kak alya tiba2 post 'innalillahi wainna ilaihi raji'un.. siap ada tarikh lahir - semalam'.. Try call nisah
Me : Ala xde pulak no nisah
Kakak : Nanti bun minta kak zahidah no nisah

Letak je phone, terus bukak FB saya yang dah bersawang. Terus search iffadurra rozhan. 

Terkejut. Terkesima. Baca semua kawan2 post kat wall ucap takziah kat udin & family. Cari sebab kenapa. Waktu asar dia semput. Otw ke hospital selayang, disahkan dah meninggal dah. Pengesahan meninggal waktu isyak 13/01/19.

Maka betullah. Kawan baik saya ketika sekolah Al Amin KL sudah kembali ke rahmatullah. 

Tiap kali solat kita akan teringat awak iffa. Tak tinggal doa kita untuk awak. Ni hari ni, nampak budak2 sekolah area sini buat jogathon. Lalu depan rumah sewa kita. Kita teringat awak.

Waktu sekolah rendah kan ada jogathon jugak. Kita selalu dapat top 10. Darjah 3, awak & izzati cakap 'sakina nanti bawak la kitorang. Heret kitorang sekali. Jangan lepaskan tangan. Nanti dapat la no sekali. Hehe'.

Tapi selalu korang memang lambat. Haha. Terpaksa kita tinggalkan korang. As usual, kita dapat top 10 lagi.

Iffa, rindunya awak. Sirius kita rasa sedih sangat tengok anak2 awak. Kecik lagi dah kehilangan mama yang periang. 

Berehatlah iffa. Moga awak tenang disana.

Ya Allah Engkau ampunilah segala dosa iffa. Terimalah segala amalan baik & taubatnya. Luaskanlah kuburnya seluas2nya. Terangilah kuburnya dengan cahaya al quran. Jadikan al quran sebagai penemannya supaya dia tidak keseorangan. Ku mohon pertemukanlah kami disyurgaMu kelak. Kerana sungguh ! Aku menyayanginya keranaMu ya Allah

Yang sentiasa merinduimu,
Sakina Norazman