Wednesday 13 March 2013

Berapa nilainya air matamu?



Teringat suatu masa dulu ketika masih belajar di KPTM, kami ada mengikuti satu program (saya lupa apa nama programnya). Program itu bermula selepas maghrib memandangkan waktu itu sahaja semua orang free dan tiada kuliah. Jadi kami mula dengan solat maghrib secara berjemaah, mendengar ceramah (tak silap saya), dan sedikit taklimat. Jam ketika itu menunjukkan pukul 9.30 malam dan saya agak selepas ini mesti solat isyak berjemaah dan boleh bersurai. Tapi sangkaan saya meleset melencong jauh sama sekali. Semua lampu dalam dewan tiba-tiba terpadam. Mereka yang hadir mula berbisik-bisik sesama sendiri....
> eh kenapa ni?? 
> haa blackout ke?..takutnyaa dah la ni tingkat 5,tingkat yang paling menyeramkan
> apa diorang nak buat ni??
> dan pelbagai lagi telahan..

~ saya?  sebaik saja lampu terpadam terus berbicara didalam hati 'oh ni mesti ada slot air mata ni'

Tiba-tiba satu suara menjelma dan.........tidak syak lagi suara itu milik ustazah nor bahyah. Suasana dalam dewan mula bertukar wajah. Dari keadaan sepi kini terdengar suara esak tangis para hadirin. Semakin lama semakin kuat bunyi tangisan. Tak kurang juga ada yang sampai hampir meraung (sedih sangat barangkali). Saya rasa mungkin dalam 30 minit kami berada didalam gelap. Sebagai penutup kami berselawat beramai-ramai...

Tick. Suis lampu dibuka. Dari apa yang saya lihat boleh dikatakan hampir semua orang yang berada dalam dewan masih tersedu-sedu. mata merah. tidak ketinggalan juga sahabat-sahabat saya, semua menangis.

~ saya? tetttt (agak sukar untuk menangis untuk program2 sebegini).

Sehinggakan ada seorang kawan saya bertanya. '"sakina awak tak nangis ke?" 

*saya hati batu? Andalah orang yang paling tidak mengenali saya



Bagi saya, air mata keinsafan itu adalah apabila seseorang itu bertaubat, benar-benar insaf, sedih atas kesilapan lampau yang pernah dilakukan. Dan bukannya apabila ada program-program sebegini, baru nak sedih, baru nak nangis. Lepas je program, apa jadi? kembali pada diri yang asal, masih tidak berubah, masih sombong dengan Allah. Tidak ada sedikit pun usaha untuk berubah. Hipokrit sungguh! 

Saya? mungkin susah untuk menangis ketika berada dalam program, namun tidak mustahil dan memang saya akan menangis ketika bersendirian (ketika berada didalam solat). Percayalah sahabat, kita akan dapat rasa yang Allah itu saaaangat dekat dengan kita. Cuba amalkan dalam sujud yang terakhir doa banyak-banyak, nyatakan segala kesilapan yang pernah kita lakukan samaada sengaja @ tidak, kerana itu lebih menginsafkan kita. perasaan malu akan timbul. Mohonlah ampun dari Allah selagi masih bernyawa. Jangan bertangguh kerana belum tentu kita masih hidup esok hari.

Firman Allah S.W.T : " Dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang . Dan barangsiapa berbuat dosa, maka sesungguhnya dia mengerjakannya untuk (kesulitan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana ".
( An-Nisa' : 110 & 111 )

#  Sebenarnya dekat UITM pun saya pernah join satu program dan ada slot air mata, but as usual saya sangat sangat sangat susah untuk menangis ketika berada dalam program. Tak tahu nak buat apa dah :( kalau ada pun,takat buat mata merah sikit,jadi la
# Dialog diatas mungkin kurang tepat, tetapi situasinya seperti yang digambarkan
# Entry kali ini hanyalah pandangan peribadi sahaja. 
# Mereka yang menangis membuktikan yang mereka masih punyai hati yang lunak dan ada potensi untuk berubah kearah yang lebih baik. Cumanya perlulah diselitkan dengan tindakan ! 


Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment