Friday 3 April 2015

GST tu kan ilmu Allah


Saya.

Tercengang. Termenung bila dengar nama sendiri disebutkan....

~ We have no time. I'm waiting for your kakak (super duper senior) but look...she's still hasn't come today (semenjak hari senin sampai khamis tak masuk). Aiyooo. What can i do.....  How long i have to wait for her. We have no much time. Tomorrow our client from AAA will come. Ok. So sakina tomorrow you need to teach us how to key in transaction using sage ubs (new version yang ada gst).

***************************

Saya. Yang tiada langsung ilmu tentang new version UBS. Zero knowledge. Kena belajar start hari khamis (ngeriii. waktu tu pukul 4.30 petang), pastu kena mengajar keesokan harinya Jumaat pukul 4.00 petang.

Sempat kah nak belajar?

Dalam terpaksa aku relakan. ecehhh. Terpaksa buat OT okay. Huhu i hate ot.

Hanya Allah yang tahu. Betapa risaunya. Berdebarnya. 

Otakku blankkkkkkkk. 2 jam 15 minit berlalu sangat laju. Saya masih terkial-kial mencari cara nak key-in. Create account baru. Trade debtor. Trade creditor. Bank. Petty cash. Sales. Segala expenses. Masa bila kena select output tax. Masa bila kena select tax code. Dengan sebanyak tidak jenis-jenis tax code. Apa yang kena standard rate. Mana exempted. Mana zero rate. Apa kesannya pada profit & loss account, balance sheet dan GST report. Macam mana nak generate report.

Sungguh ! Saya hampir putus asa.

Berdoa didalam hati. Ya Allah Engkau permudahkanlah urusanku. Berilah kefahaman GST kepadaku. Tunjukkan aku cara merekod transaksi dengan betul ya Allah.

Alhamdulillah. 15 minit sebelum saya pulang, Allah tunjukkan jalannya. Allah ilhamkan caranya. Saya sudah faham basic. Walaupun baru faham cara merekod sales, tapi Alhamdulillah...Perkara asas kalau kita tahu, insyaAllah selebihnya menjadi mudah.

Malam tu belajar lagi. Cari list of goods and services yang dikenakan standard rate, zero rate dan exempt. Terjumpa pulak mengenai emas, rental, insurance. MasyaAllah. Tak sangka. Soalan-soalan yang ditanya clients semuanya terjawab. Saya jumpa malam itu. Dalam suku hari saya dapat rasakan masa yang saya gunakan sangat sangat effective dan efficient. Boleh pulak gunakan masa sebaik mungkin nohh. Nak tengok tv pun berkira. Dah plan awal-awal. Nanti sampai rumah lepas solat maghrib rehat jap pastu lepas isyak kena belajar pasal gst. Jangan tengok tv. Bazir masa. Dalam 30 minit yang diperuntukkan tengok tv, macam-macam ilmu GST saya boleh dapat. Macam tu sekali appreciate masa.

Sekali lagi saya termenung. Terfikir. Luasnya ilmu Allah. Allah yang cipta ilmu GST ni.


Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (keringnya), nescaya tidak akan habis (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
(Luqman : 27)


Hari jumaat yang dinantikan sudah tiba. Alhamdulillah. Hampir 80% ilmu merekod transaksi sudah difahami. Debaran semakin berkurang. Biasalah, selalunya yang buat kita berdebar bila kita kurang 'arif tentang sesuatu tu kan? Kalau dah faham, 60% debaran mampu dikurangkanlah. kot. Hehe.

4.30 petang. Saya berjaya melalui saat mendebarkan itu. Alhamdulillah. Cuma persoalan yang timbul, adakah saya seorang pengajar yang baik? Kehkeh. Soalan tu saya simpan dalam pencil box. Tinggalkan dekat ofis. Tak nak fikir. Nanti kalau yang masih tak faham, silalah tanya. InsyaAllah mana yang saya tahu, saya boleh ajar. Mana yang tak tahu, jom belajar sesama ^_^

Alhamdulillah thummAlhamdulillah

Terima kasih ya Allah kerana kurniakan kefahaman kepadaku dalam tempoh yang sangat singkat.

Maka Kami memberikan pengertian kepada Sulaiman (tentang hukum yang lebih tepat), dan kepada masing-masing Kami berikan hikmah dan ilmu, dan Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kami lah yang melakukannya.
(Al-Anbiya' : 79)

Ya Allah kurniakan aku kefahaman, kebijaksanaan dan hikmah 

perkenankanlah...

Wallahu A'lam

5 comments:

  1. salam..sis,nak tanya kalau GST output tax and GST input tax kita nak declare sebagai account apa yea dlm UBS?

    ReplyDelete
  2. salam. kalau tak silap masuk GST control account under liability kat balance sheet. Kalau dalam UBS, memang sudah di set GST control account tu. Maksudnya dua2 GST output & input tax akan masuk dalam GST control account. Plus minus dalam tu je.

    ReplyDelete
  3. Salam sis, nak tanye mcm mn nak buang tanda * (star) pada transaction yg kita dah delete tu? bila print GL ada kuar tanda start tu...

    ReplyDelete
  4. Salam. Ni guna UBS lama atau baru? Kalau guna Sage UBS (yang baru tu), dekat reference no kita letak ******** kan. Lepastu pastikan amount dia 0 (zero). Nak delete transaction, pergi dekat housekeeping (bar yang banyak banyak kat atas tu). Lepastu tekan no 4 (kalau xsilap). Dia tulis clear transaction.

    ReplyDelete
  5. Sorry, no 4 tu tulis file organization. Nanti dia run, akan terdelete la transaction tu.

    ReplyDelete