Thursday 2 July 2015

Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah. Siapalah kita?



Hati ini tiba-tiba terasa sebak. Terfikir layakkah aku masuk ke syurga? Dengan amal yang kurang. Sungguh. Amat amat kurang. Mahu beli syurga tapi bayarannya tidak seberapa. Layakkah?

Amalan yang jika dibandingkan dengan para sahabat dan sahabiah. Amat jauh ibarat timur dan barat. Jaraknya jauh antara langit dan bumi.

T______________________________T

Para sahabat. Para sahabiah.

Mereka membayar dengan tikaman pedang menembus tulang belulang.

Mereka membayar dengan libasan cemeti puak kuffar.

Mereka membayar dengan darah berlumuran diatas muka bumi.

Mereka membayar dengan tohmahan, hinaan, celaan dan seksaan para musyrikin.

Mereka membayar dengan menyerahkan segala harta benda yang mereka ada.

Mereka membayar dengan meninggalkan keluarga bagi menyahut seruan jihad.

Mereka membayar dengan menyerahkan seluruh jiwa raga mereka kepada Allah.

Namun. Harga yang mereka bayar. Setimpal dengan habuan yang mereka bakal peroleh.

Iaitu syurga. Yang menjadi rebutan setiap jasad yang bernyawa. Ya ! rebutan setiap jasad yang bernyawa.

Inilah dia Jual beli yang Allah catitkan didalam al-quran. 

Buat mereka yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya.....

Afala yatadabbarunal quran.

Selagi nadi masih berdetak. Selagi roh tidak diarah meninggalkan jasad selama-lamanya. Selagi masih mampu membaca, mampu melihat. 

Jangan pernah tinggalkan al-quran. Fahami dan hayati isi kandung al-quran. Fahami yang dimaksudkan adalah membaca terjemahannya. Sekurang-kurangnya satu kali seumur hidup, kita pernah baca terjemahannya. Dari suratul fatihah sehingga annas.

**************************************

Dan aku....masih lagi terfikir

Aku, kamu, dia, mereka....

Apakah tandingan atau imbalan yang sesuai untuk membeli syurga Allah?

Dikala islam sudah tersebar luas keseluruh pelusuk dunia.

Dikala islam sudah lagi tidak dipandang hina.

Dikala islam semakin kukuh dimuka bumi.

Apakah kita mampu membeli syurga Allah dengan hanya melaksanakan amalan fardhu?

Apakah kita mampu membeli syurga Allah dengan hanya solat tahajud sebulan sekali?

Apakah kita mampu membeli syurga Allah dengan hanya berpuasa sunat 3 hari setiap bulan?

Apakah kita mampu membeli syurga Allah dengan hanya bersedekah setiap hari?

Atau apakah dengan hanya menitiskinkan air mata kita mampu masuk ke dalam syurga?

Air mata keinsafan, yang sebentar lagi kamu masih terus menerus mengulangi dosa yang sama...?

Percayalah ! 

Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah, kita tidak mampu masuk ke syurga-Nya.

Ingin kuulangi buat kali kedua untuk diriku.

Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah, kamu tidak mampu masuk ke syurga-Nya.

Kamu mampu masuk ke syurga, semata-mata atas rahmat dan kasih sayang Tuhanmu kepadamu.

T_________T Siapalah aku jika ingin dibandingkan dengan mereka?

p/s : Kawan. Doakan kita semua moga-moga sentiasa berada didalam rahmat Allah s.w.t dan tergolong dalam golongan mereka mereka yang berjaya melalui titian sirat sepantas kilat T_T


Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment