Saturday 19 March 2016

Berhenti mengharap. Tingkatkan iman. Eratkan hubungan.


Assalamualaikum w.b.t.

Halaqah tadi, ustaz Roslan ada cakap. Punca utama kenapa umat islam lemah ada dua.

1) Keimanan lemah
2) Perpecahan antara umat islam itu sendiri

Kalau kita tengok sekarang ni. Memang betul lah. Semua sibuk mengaku ahli sunnah wal jamaah. Pastu hentam sesama sendiri. Sibuk kafir mengkafir. Wahabi syiah habis semua keluar. Hmmm...

Islam boleh kembali kuat. Tapi dengan syarat rawat dua punca penyakit atas tu dulu.

Ini tidak. Setiap kali antara negara2 berperang, balik balik mengharap belas ihsan si PBB campur tangan. Kononnya diorang ni boleh jadi pendamai antara dua buah negara.

Kalau diorang tu pendamai, kenapa Israel masih boleh bersenang lenang bom Palestin. Dari mana Israel dapat sumber bahan mentah semua tu? Dah tu PBB siap iktiraf lagi si Israel sebagai sebuah negara selepas tiga tahun penubuhan PBB. Cepat sungguh. Nampak sangat ada kerang disebalik mee. Lama dah diorang plan ni.

Israel ni pulak suka suka masuk negara Palestin lepastu declare itu negara dia. Cuba la tengok map dunia. Sakit hati rasa. Kalau baca pasal yahudi ni, mana ada negara nak terima dia. Even US pun tak nak. Perangai.....

So, kita ni tak payah lah nak mengharap pertolongan dari non muslim untuk menolong umat Islam. Sebab Jewish dan nasrani tak akan tunduk pada Islam. Diorang kan nak lawan Allah. Diorang akan berusaha sedaya upaya menentang Islam. Exactly same as what Allah said in the Quran.

Suratul Baqarah ayat 120

" Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu sebelum kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya) dan jika kamu mengikuti keinginanan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu' ".

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment