Sunday 5 June 2016

Ramadhan. Peluang dan tawaran hebat untuk kita semua :)


Assalamualaikum w.b.t.

Macam mana perasaan awak sekiranya.......

Duit dalam poket hanya ada Rm 1000. Kena pulak time tu nak raya. Duit yang seciput tu lah nak guna beli langsir baru, nak beli barang barang dapur untuk buat kuih raya, nak guna untuk bagi duit raya dekat anak saudara, duit tu jugak nak guna beli baju raya.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu awak bawak kereta pecut punya laju melebihi 180km/jam semata mata nak kejar waktu maghrib sebab nak berbuka dengan saudara mara, pappp dekat depan ada road block. Polis tengah riang ria menyaman orang on the spot. And awak termasuk dalam golongan yang hampir hampir terima notis itu ! Maka terjadilah satu drama tragis....

Polis : Encik bawak kereta melebihi had laju yang dibenarkan ni. Saya terpaksa keluarkan surat saman. Ini dia surat saman. Rm 300. 

Awak : Ohh tuan. Maafkan saya tuan. Saya minta tuan faham keadaan saya. Saya ni dari keluarga susah. Saya kerja dekat Johor. Ni saya nak balik Perlis. Hari ni jela hari yang saya dapat balik kampung nak berbuka puasa dengan keluarga. Sebab tu terpaksa bawak laju nak kejar waktu maghrib.

Polis : Maaf, tapi encik ni bawak laju sangat ni. Macam ni lah, apa apa nanti, nak minta pengurangan bayaran ke apa ke, encik cakap dekat balai/mahkamah.

Awak : Tuan, tolong saya tuan. Tarik balik surat saman ni. Sekali ni je. Lepas ni memang saya tak akan buat dah. Tolong tuan. Sebelum ni pun, memang saya tak pernah bawak laju. Cuma tu lah, hari ni banyak kerja pulak, bertolak lewat dari Johor. Tolong tuan, faham keadaan saya.

Polis : (setelah mengambil kira riak wajah awak yang sangat menyedihkan dan ada sedikit perasaan belas ihsan), Baiklah. Saya tarik balik surat saman. 

Awak : ...........

Perasaan ?

Confirm happy ! Rasa nak cium tangan polis !

Ibarat diberi peluang kedua. Terselamat Rm 300 ~

Itu baru 300, dah rasa nak cium tangan polis. Happy kan !

*********************************

Esok tetamu kehormat datang !

Yeay !

Peluang untuk kita para pendosa.

Berebut mencari lailatul qadar, mendidik hati untuk khusyuk, dan berusaha mendapat pengampunan Allah.

InshaAllah. Syurga janji Allah.

Ini baru betul. Happyyyyyy tak terkata !

Moga kita berjaya.

Selamat berpuasa semua :)

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment