Sunday 17 March 2024

Perlu induce ke?

Bismillahirrahmaanirrahim...


Untuk kesekian kali... Berita perlu induce pada 18/01/2024 agak lah mendebarkan saya. Maklumlah kandungan sebelum2 ni semuanya ada tanda bersalin secara normal. Tiba-tiba kandungan kali ni doktor sarankan untuk induce sedangkan due date 22/01. Beza jarak 4 hari je dan saya optimis untuk kandungan kalini, insyaAllah akan ada tanda2 yang datang secara natural. Dengar perkataan 'induce' lebih mendebarkan berbanding 'natural contraction'...


--- Sejak dari itu, setiap kali selepas solat tak pernah tinggal doa supaya saya dapat bersalin sebelum tarikh 18/01, dapat tanda & dapat bersalin secara normal ---


17/01/2024


3.45am : Tengah lena dibuai mimpi, tiba2 terasa lenguh pinggang macam senggugut. Terjaga dari tidur, ingatkan nak sambung tidur je. Tapi memikirkan ini kandungan keempat, risau pulak terberanak dekat rumah 😅

4.00am : Keluar ke ruang tamu untuk cek barang2 yang perlu dibawa ke hospital. Kemas2 apa yang patut. Camtulah perempuan, nak bersalin pun fikir keadaan rumah yang bakal tidak diusik (untuk mengemas) sekurang2nya untuk 2 minggu. Kasi clear habis rumah supaya kita berpantang pun, dengan harapan insyaAllah takde lah rasa serabut mata sangat.

6.00am : Bersihkan diri dan solat subuh siap2 dekat rumah. Kemas baju anak3 incase umi lama dalam hospital tunggu proses nak bersalin, boleh drop anak2 kat rumah kawan.

6.30am : Bergerak ke hospital & whatsapp mama. Anak3 tunggu dalam kereta. 

7.30am : Ditolak ke labour room kerana bukaan sudah 6cm.

9.01am : Alhamdulillah keluarlah seorang puteri yang dinanti... Anak3 masih setia menunggu didalam kereta.


Harini sudah 2 bulan umurnya. Nama diberi Hannah Sumayyah binti Ahmad Yamin. Hannah, sempena nama isteri Imran merangkap ibu kepada maryam (ibu nabi Isa). Sumayyah, sempena nama wanita yang kuat imannya.

Umi doakan semoga Sumayyah sentiasa dibawah lindungan Allah, dipermudahkan segala urusan sepanjang hidup, dikurniakan iman yang tinggi. Moga menjadi anak solehah penyeri hidup umi ayah abang ziyad umar dan amru. Amin3 ya Rabbal 'Alam


Nota kaki : Alhamdulillah untuk anak keempat, suami dapat teman sekali dalam labour room. Saya dah bagitau dia tak perlu la teman, maklum lah anak3 masih kecik. Risau diorang tunggu lama. Syukur lah Ziyad & Umar pandai jaga Amru. Semuanya baik2 aja dalam kereta. Alhamdulillah.

2.00pm mak ayah saya sampai. Keesokan harinya, mula lah sesi berpantang tenang sehingga badan betul2 sihat :)

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment