Sunday 5 June 2011

Burger daging manusia

Dengan Nama Allah
Yang Maha Penerima Taubat
&
Yang Maha Mengasihani

--> eh nak tau sesuatu tak, saya bukan nak mengumpat tau, tapi apa yang saya nak sampaikan ini adalah benar. betul-betul berlaku
--> bedah tu jalan nak cover aja, tak boleh ke jalan biasa-biasa, tak payah la nak perasan orang pandang dia
--> tipah tu asyik nak AAA je ! dia je la yang betul ! dia la yang paling hebat !

...dan pelbagai lagi ungkapan yang selalu digunakan untuk mengumpat.

Diriwatkan dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "tahukah kamu apakah ghibah itu?" sahabat menjawab, "Allah dan rasul-Nya yang lebih mengetahui." sabda beliau Ghibah ialah kamu menyebut-nyebut saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukai olehnya,"beliau ditanya,"bagaimana pendapat engkau jika yang kukatakan itu memang terjadi pada saudaraku?"jawab beliau,"kalau memang terjadi apa yang kamu katakan itu pada saudaramu, bererti kamu telah mengunjingnya (mengumpat). jika tidak terjadi, bererti kamu telah melakukan tuduhan dusta (fitnah) kepadanya."
( Sahih Muslim )
Hadith diatas jelas menerangkan tentang definasi sebenar mengumpat dan fitnah. Mengumpat ialah kamu mengatakan sesuatu tentang saudaramu dimana jikalau beliau (saudara) itu mengetahui, pasti dia tidak suka dan merasa marah.Fitnah ialah kamu mengatakan sesuatu tentang saudaramu dimana beliau tidak pernah melakukan perkara yang diperkatakan itu.

Ramai orang yang terkeliru dengan istilah mengumpat ini. Bagi mereka apabila dibicarakan tentang sesuatu yang benar-benar ada pada sahabat kita, itu bukanlah bererti mengumpat. Walhal sudah jelas perbuatan mereka ini mengundang dan mempersilakan mereka untuk disajikan dengan daging manusia diakhirat kelak.



Sanggupah kamu memakan daging manusia? Setiap orang pasti akan menolak dan merasa jijik sekiranya diberitahu bahawa daging yang dimakan adalah daging manusia. Kadang-kadang kita leka apabila asyik sangat bersembang sehinggakan topik yang disembangkan itu rupa-rupanya mengaibkan saudara kita sendiri. Kita mungkin menyebut tentang sesuatu yang boleh memalukannya termasuklah cara berjalan,cara bercakap,bentuk mukanya,cara dia menulis,wataknya,ibunya,adiknya,saudaranya,pakaian,rumah dan sebagainya.Mulut tidak akan pernah berhenti berbicara,Jadi kita harus pandai mengawalnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa
Walaupun begitu, Imam Al-Ghazali ada menyatakan situasi-situasi dimana kita diperbolehkan untuk mengumpat :
1) mengadu kezaliman dan penghianatan yang berlaku
2) meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran
3) meminta fatwa
4) menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang
5) memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu
6) seseorang yang terang-terangan melakukan kefasikan

Tetapi harus diingat, enam situasi ini boleh digunakan dalam keadaan darurat sahaja. Jika tidak disebut nama pelakunya, maka itulah yang lebih baik.

ingatlah firman Allah S.W.T dalam surah al-hujurat : 12
" wahai orang-orang yang beriman ! jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang mengunjing (mengumpat) sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, Sungguh Allah maha penerima taubat, maha penyayang.

~ elakkan sembang kosong
~ sibukkan diri dengan beristighfar
~ maafkan diri ini andai ada termengata tentang diri anda
~ setiap manusia pasti melakukan kesilapan, seharusnya kita cepat-cepat bertaubat

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment