Monday 6 February 2012

polis trafik

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
&
Yang Maha Penyayang

...pagi tadi semasa dalam perjalanan pulang dari ipoh, kami mendapat isyarat  (flash) melalui lampu kereta yang datang dari arah bertentangan seperti yang biasa dilakukan oleh pemandu-pemandu lori & kereta sekiranya terdapat sekatan polis dihadapan. sepanjang jalan yang kami lalui, ada saja "flash" yang disedekahkan oleh kenderaan dari arah bertentangan dengan tujuan supaya kami berhati-hati dan mematuhi segala peraturan jalan raya.

saya yang duduk bersebelahan adik saya...
saya : "fan cepat pakai seat belt, nanti kena saman kang"
adik : "ha'ah ek"

perbualan yang ringkas dan inilah yang menyebabkan saya terfikir sejenak...

lumrah manusia.takutkan hukuman hanya apabila penghukum ada dihadapan mata. kita pasti akan cepat-cepat mengikat tali keledar,memakai tali pinggang,mematuhi had laju,tidak memotong di lorong double line.semua ini kebiasaaannya hanya akan dilakukan sekiranya terdapat road block dihadapan.

begitu juga dengan kehidupan kita sebagai seorang manusia. sekiranya Allah memerintahkan malaikat untuk menghukum on the spot bagi sesiapa yang tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya, pasti tiada sebarang kecuaian, kekejaman dan permasalahan yang berlaku dimuka bumi ini. pasti setiap orang akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan Allah,berbaik-baik sesama manusia,menjaga perkara fardhu,tidak melakukan dosa dan macam-macam lagi yang akhirnya membawa kesan kepada diri kita sendiri.

sebenarnya saya nak tekankan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim supaya menjaga segala amalan-amalan yang wajib kita tunaikan. ramai dikalangan kita leka dengan nikmat duniawi yang bersifat sementara. sedangkan mereka ini tahu,faham dan yakin bahawa adanya hari akhirat. apa yang menghalang kita dari melakukan perkara yang diperintahkan. tidak cukup masa kah untuk mengerjakan solat? tidak cukup benangkah untuk menutup aurat secara sempurna? tidak cukup makanan yang halal kah sampai sanggup menjamah makanan yang haram dimakan?

saudaraku... peliharalah solat, peliharalah iman, peliharalah aurat, jagalah perbualan antara lelaki dan perempuan, peliharalah pandangan. moga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang berjaya bukan sahaja didunia malah yang lebih penting diakhirat.

Al Faqeerah ila Ar-rahman

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment