Friday 21 June 2013

haa tengah "G" la tu...

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, hari ini saya masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk melihat dunia dan terus mengumpul bekalan untuk akhirat. Moga semua amalan yang dilakukan hari ini dikira dan menjadi penyebab kita masuk ke syurga Allah. InsyaAllah....

Dari sehari ke sehari saya lihat kehidupan manusia diluar sana, saya rasa semakin takut dan risau. Mungkin dahulu saya masih didalam kelompok tarbiyah. Namun tidak mustahil saya akan keluar dari kelompok itu dan bergaul dengan manusia yang punyai pelbagai ragam dan berlainan sifat. Dan sekarang, saya sudah pun bergaul dengan mereka, melihat cara hidup mereka, hari demi hari, hampir setiap detik, mengata perihal orang lain. Astaghfirullah. Ya Allah Engkau peliharalah aku dan mereka ya Allah :(

Hakikat sebuah pengembaraan, saya perhati hampir di merata tempat....

Baru saja kaki melangkah masuk kedalam ofis :-
A : Eh harini aku ada G (gosip) terhangat. Eeee tak sabar rasanya nak cerita
B : Yeke? Pasal siapa? Cepat la aku dah tak sabar ni
A : Semalam aku bukak internet, tiba-tiba ternampak pelakon C dengan D...........
B : Biar betul diorang tu. Takkan la........
A : Betul ! Aku baca...............

pukul 10 pagi :-
A : Tadi aku call company ni, suara secretary dia punyala besar. macam lelaki
B : hahaha.yeke?
A : Betul. Aku tak tipu.............

Lunch :-
A : Eh tengok mamat tu, jalan macam nak cover macho
B : Mana-mana?
A : tu la yang tengah ambil lauk tu
B : Hik hik. Dengar-dengar dia dengan F dah putus. Betul ke........

pukul 2 petang :-
A : Ish bos ni. Nak benda ni siap cepat, dah la banyak. Confirm aku kena balik lewat. kena overtime
B : haha. padan muka kau
A : Dah la bagi gaji sikit, kedekut...........

pukul 5 petang :-
A : helo, hai akak tak ada G ke
B : Kau ni asyik G je. Haa tahu tak pasal........
A : Eh tak. kenapa dengan dia.....

Astaghfirullah...tahukah sahabat G (gosip) itu adalah mengumpat?
mengumpat itu hukum nya apa? ya, berdosa!
Apa balasan bagi orang mengumpat?

Perhatikan ancaman Allah!

Firman Allah S.W.T :
" Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam (neraka) Hutamah. Dan tahukah kamu apakah (neraka) Hutamah itu? (Iaitu) api (azab) Allah yang dinyalakan. Yang (membakar) sampai ke hati. Sungguh, api itu ditutup rapat atas (diri) mereka. (Sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.
( Al-Humazah : 1-9 )

Yang saya nyatakan diatas baru sedikit. Hakikatnya, hampir setiap saat mereka mengata mengenai orang lain. Masih ingatkah sahabat ketika peristiwa israk mi'raj? Baginda s.a.w melihat ramai penghuni neraka adalah dari kaum wanita. Adakah khabar itu masih tidak menggerunkan atau menggentarkan hati kalian? Astaghfirullah, bertaubat lah selagi masih ada peluang dan bernyawa.

Mari kita perhati hadis yang ke-29 dari hadis 40 (Imam Nawawi)


Daripada Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa beliau bertanya Rasululullah SAW

"Wahai Rasulullullah, beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka. 

Nabi SAW menjawab:

"Engkau bertanya tentang pekara yang besar namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT. Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah."

Kemudian baginda bersabda “Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu-pintu kebaikan?”

Puasa itu adalah sebagai perisai, sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solatnya seseorang di tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat pada surah Al sajadah, ayat 16-17:

“Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur (sedikit sangat tidur, kerna mengerjakan solat tahajud dan amal2 soleh) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut ( akan murka-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi ( keredhaan-Nya) dan mereka selalu menderma sebahagian daripada apa yang kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal  soleh yang mereka telah kerjakan.”

Kemudian baginda bersabda

“Mahukah engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya?” Saya menjawab  “Mahu wahai Rasulullah!” Rasulullah SAW bersabda “Pokok amal adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.” Kemudian baginda bersabda: “Mahukah engkau kuberitahu tentang kunci daripada semua perkara itu?” Saya menjawab “Mahu wahai Rasulullah”

Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda “Jagalah ini!” Saya berkata “Wahai Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan?” Baginda bersabda: “Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan). Tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)?”

(Hadis riwayat Tarmidzi, dia berkata "hadis ini hasan sahih")


Oleh itu wahai sahabat, mari kita sama-sama pelihara lidah kerana lidah merupakan penyebab kita masuk ke dalam syurga atau ke neraka.

Banyakkan dan sibukkan diri dengan beristighfar

Moga Allah redha

Ya Allah Engkau peliharalah lisan kami, pendengaran kami, penglihatan kami, perbuatan kami, akhlak kami, moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. Amin...

Peringatan buat saya juga :( Allah..........

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment