Monday 17 June 2013

perancangan perlu diperhati

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni nak cerita sedikit pengalaman yang masih tersemat dalam ingatan

Dulu saya ada mengikuti satu program. Lebih kepada program rohaniah. Kisahnya bermula disini......

Satu hari saya dah sahabat lain diberikan sehelai borang dan perlu mengisi data-data yang dikehendaki seperti nama,tempat tinggal,umur,tarikh lahir,hobi,cita-cita,bilangan adik beradik,makanan dan minuman kegemaran,visi dan moto hidup.

 Selepas siap mengisi, kami diminta untuk memulangkan kembali kepada fasi-fasi yang terlibat. Ketika itu, saya ingatkan ia hanyalah untuk simpanan rekod program. Jadi saya tak ambil kisah sangat pasal data-data yang ditulis didalam borang.

Sampailah satu hari ni, kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan A dan satu lagi kumpulan B. Nama saya terpanggil untuk masuk kedalam kumpulan A. Kami disuruh bergerak ke satu kawasan dan disana saya nampak seorang akhi sedang menunggu kami.

Selepas semua sudah berkumpul, akhi tersebut memberikan masing-masing 5 minit untuk berta'aruf sesama sahabat dalam kumpulan. 'tanyalah apa yang antum nak tahu pasal sahabat didepan ini' katanya. Bermacam-macam soalan diajukan. Dulu belajar diploma dekat mana, kos apa, mak ayah kerja apa, waktu lapang suka buat apa.

Selesai sahabat pertama memperkenalkan diri, kami yang mendengar ditanya seorang demi seorang tentang data sahabat tadi. Nama penuhnya, hobinya, tinggal dimana, mak nama apa, ayah nama apa. Saya yang memang cepat lemah ni agak cuak waktu tu. Kami ditengking apabila salah memberi maklumat. 'sahabat antum sendiri antum tak kenal!'.

Suasana bertukar wajah. semua tunduk kebawah. Tiba-tiba akhi memanggil semula sahabat yang baru memperkenalkan diri tadi ke hadapan dan adegan pun bermula....

akhi : apa moto hidup anti?
sahabat : nak belajar bersungguh-sungguh supaya nanti boleh tolong mak ayah
akhi : anti tipu ana! apa moto hidup anti?
sahabat : erk..ana nak dapat keputusan cemerlang didunia dan akhirat
akhi : tadi kata nak tolong mak ayah, sekarang kata nak berjaya dunia akhirat. ni dalam borang isi benda lain. apa moto hidup anti sebenarnya ni! bercelaru! kalau macam ni lah, anti memang tak ada tujuan hidup!

Dan....tiba pula giliran saya. Selepas memberitahu semua data, tibalah masa untuk ditanya moto hidup. Saya jawab 'ana akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan didunia dan diakhirat'. Memang itu yang saya tulis didalam borang kerana memang ini saja moto yang saya pegang sejak dari darjah 6 (moto yang ditulis didalam majalah sekolah). Saya pass...

Sebenarnya bukan pass tak pass yang saya nak bicarakan disini. Tapi dari apa yang saya dapat, kita perlu merancang hidup kita. Perlu ada misi dan visi yang jelas supaya kita dapat berusaha menuju kearah apa yang kita idamkan. Andai mahu berjaya di dunia dan di akhirat, haruslah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan keduanya sekali. InsyaAllah semua orang mampu.

Kalau kita perhati bagaimana generasi islam dahulu berjaya mencapai kemenangan, kerana mereka punyai startegi, perancangan yang teratur. Matlamat dan tujuan hidup mereka hanya satu, kerana Allah! Perhatikan bagaimana Khilafah mentarbiyah rakyat-rakyatnya, bagaimana risaunya mereka apabila ada rakyatnya yang ditindas, bagaimana risaunya mereka andai ada rakyat yang tidak cukup makan, bagaimana takutnya mereka apabila ada orang islam menipu, mencuri, tidak solat, melanggar syariat islam. Allahu Akbar...

Terkadang saya rasa malu, sedih, menyesal kerana tidak bertindak awal. Umur makin lama makin meningkat. Ajal pula makin mendekat. Apa usaha saya untuk islam? Allahu rabbi...

Ya Allah, bantulah aku ya Allah. Tetapkan hati ku atas jalan dakwah keranaMu ya Rabb...

Sahabat, pimpinlah tanganku mencari redha Ilahi :(

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment