Assalamualaikum.....
Hari ni saya nak buat satu pengumuman penting
Harap saudara saudari tuan puan berusaha menadah telinga seluas-luasnya dan memahami apa yang ingin saya sampaikan.
Dengan ini.....
saya selaku penjahit @ nama inggerisnya, tailor
ingin merasmikan hari pembukaan kedai apron !
Priiittt priiiitt sila berikan tepukan gemuruh
oh oh bising nyaaaa
terima kasih terima kasih (sambil angkat tangan)
Siapa mahu tengok apron hasil jahitan ku, sila angkat tangan....
Saya nak tunjuk juga
Ini lah dia...
Hasil dari lebihan kain kusyen mak saya, kain baju saya & kain yang dah lama berzaman terbengkalai tak tau nak buat apa :)
Hasil dari lebihan kain kusyen mak saya, kain baju saya & kain yang dah lama berzaman terbengkalai tak tau nak buat apa :)
Jadi kesimpulannya kalau anda ada kain lebih dan tak tau nak buat apa, jangan dibuang kainnya. hulur hulurkan lah kesini. Biar saya transform jadi apron :D
p/s : sebenarnya macam sedih jugak kain baju saya yang selama ni saya pakai, tup tup jadi apron. sobss (",)
baju kurung = apron
hmmm apron pun apron lah
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment