Wahai para graduan ! sudahkah anda bertemu dengan pekerjaan yang dinanti ? Hik hik hik
Saya?
Ting tong. zzzzzzz.........
Disebabkan saya ada baaaaanyak sangat hobi, jadi tak ada lah pula rasa boring duduk kat rumah. Hehe. Salah satu aktiviti yang membuatkan saya begitu sibuk siang dan malam adalah menjahit !
Menjahit itu hobiku. Tiada siapa boleh pertikaikan. Hi2. Kadang-kadang tu boleh leka bila asyik sangat menjahit. Nak buat kerja lain macam susah sikit bila dah start buka
Menjahit mengajar erti sabar.
Cuba bayangkan, andai pakaian yang anda jahit sudah siap 100 peratus, tapi bila anda cek semula terdapat sedikit kecacatan. Waktu tu terpaksa tetas semula benang dan terpaksa jahit semula.
Cuba bayangkan, waktu anda sedang seronok menjahit tiba-tiba mesin jahit buat hal. Tak bergerak. Stuck.
Waktu masalah timbul, barulah kita boleh kenal pasti tahap kesabaran kita.
Pesanan saya kepada para penjahit. Andai anda mengalami masalah begitu, sila tinggalkan mesin jahit sebentar. Hehe tak pasal-pasal karang mesin jahit bertukar jadi mesin gerudi.
Sebenarnya saya ada terfikir untuk menjual sesuatu. Hasil jahitan saya selama ini. Jahit banyak-banyak, dan jual.
Apakah ia?
Nanti lah saya uar-uarkan. Masanya belum sesuai untuk dihebohkan. Segan (>_<)
Ohhh saya sudah keluar tajuk. Ehem. Kepada kawan-kawan yang masih belum bekerja, usah risau, resah dan gelisah. Teruskan mencari dan berdoa moga dapat pekerjaan yang baik untuk diri, masyarakat dan agama. :)
~ Penuhi masa anda dengan perkara yang berfaedah
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment