Tanggal 12 Februari 2015
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa'aafihi Wa'fu'anhu
Pergi nya seorang ulama' yang banyak memberi tunjuk ajar
baik kepada kawan mahupun lawan
Tatkala diberitakan tentang pemergian arwah, pelbagai perasaan datang bercampur baur.
Sugul, sedih, hiba
Namun teringatkan bahawa janji Allah s.w.t itu pasti
" Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati "
Tidak dapat kubayangkan bagaimana perasaan sahabat-sahabat tatkala perginya utusan Allah menghadap Rabnya
Tidak dapat kubayangkan bagaimana keadaan ketika itu tatkala berita kewafatan baginda Muhammad s.a.w tersebar luas ke seluruh pelosok dunia
Tidak dapat kubayangkan bagaimana nasib umat yang masih dahagakan ilmu tatkala hilangnya seorang murabbi
Namun segalanya sudah tersurat
Moga rohmu tenang disisi Penciptamu
Ya Allah,
tempatkan lah arwah ditempat orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang Engkau redhai
Ya Allah,
kurniakan kematian ini sebagai tempat rehat yang aman buatnya
Ya Allah,
kurniakan syurga yang indah dan damai buatnya.
Terlalu besar jasamu untuk islam
Terlalu besar jasamu untuk islam
Sungguh. Aku menjadi saksi. Dan dunia ini juga menyaksikan segalanya.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment