Sunday 1 March 2015

proverb arab + melayu = ?



Waktu saya form 4.....bila tiba saja peperiksaan subjek insya', mula lah menghafal seberapa banyak peribahasa arab yang mungkin dapat digunakan untuk mengarang sekaligus dapat meninggikan markah.

Al waqt kas saif, in lam yaqtho'ahu, qotho'aka
Waktu ibarat pedang, andai kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu

Al 'aqlus salim, fi jismis salim
Akal yang cerdas, lahir dari badan yang sihat

Al wiqayah khairun minal 'ilaj
Mencegah lebih baik dari mengubati

Man jadda wajada, wa man zaro'a hasoda
Siapa yang berusaha akan mendapat apa yang diusahakan, dan siapa yang bercucuk tanam akan menuai hasilnya

Ijtahid wala taksal, fannadamah 'uqba liman yatakasal
Bersugguh-sugguhlah dan jangan malas, penyesalan itu akibat bagi orang yang bermalas-malasan

Al 'ilm bila 'amal kassyajar bila thamar
Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah

Al 'ilm fissudur la fikutub
Ilmu itu didalam dada, bukan didalam buku

**********************************************

Saya tertarik dengan pepatah yang last sekali tu yang menyatakan bahawa "ilmu didada bukan dibuku".

Setiap kali kawan saya bertanya perihal soalan hukum hakam yang simple dan pernah saya belajar suatu ketika dahulu, jawapan yang meniti dibibir adalah....

"erkkk....dulu macam pernah belajar. tapi sekarang dah lupa la pulak. nanti saya cek semula"

Kalau dibuat rating tahap ingatan saya ni, saya rasa hanya 10% malah mungkin lagi kurang dari itu ilmu yang masih segar dalam ingatan. Astaghfirullah...penyakit mudah lupa. Adakah ia disebabkan dosa-dosaku? 
sobbbssss (T______________________T)

Dan setiap kali bila saya tidak dapat menjawab soalan mereka, peribahasa diatas telah diubah didalam hati dengan menyatakan pada diri "oit sakina..untuk kamu peribahasa yang sesuai adalah,

---> Al i'lmu fil kutub la fissudur. Ilmu itu dibuku bukan didalam dada.

Hilang buku, hilang ilmu. Sedih sungguh.

************************************************

Tajuk : Membuka aib

Tahukah kamu apa itu aib? Aib ni boleh didefinasikan dengan sesuatu yang mungkin memalukan kamu andai perkara itu diketahui umum.

Zaman sekarang. Sesuatu berita itu sangat mudah tersebar dengan pantas, sepantas kelipan mata.

Macam mana? Mengapa? Bila? Dimana?......berita itu tersebar......

Kamu sendiri mampu menjawab.

Kalau berita-berita negatif (mengumpat selayaknya) itu, sudah menjadi darah daging malah makanan yang paling lazat dan disukai ramai, tersebar dilaman sosial. Saya masih lagi boleh menutup mata tidak membaca. Kerana mereka yang diumpat itu masih hidup, masih boleh menegakkan kebenaran andai beliau tidak melakukan perkara yang diperkatakan.

Tetapi ! Andai kematian seseorang. Jenazah seseorang. Disebarkan oleh tangan-tangan kalian, maka tunggu lah sehingga tiba waktunya.

Putus kepala kerana kemalangan. Putus tangan kerana diragut. Muka lebam birat. Perut terburai keluar ulat. 

Bukankah semua itu aib?

(Lek aaa sakina. Tu bukan aib. Tu maknanya kami ni prihatin. Tunjuk gambar ditempat kejadian. Kan ke itu berita soheh namannya?)

Astaghfirullah....Astaghfirullah...

Berhati-hati lah dalam menyebarkan berita.

Pesanan ikhlas saya. Usah sebarkan gambar orang yang meninggal. Itu aib namanya.

Firman Allah s.w.t : " Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, mereka mendapat azab yang pedih didunia dan diakhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah An-Nur : 19)

~ Sila baca buku tafsir, untuk mengetahui kisah disebalik firman Allah s.w.t diatas.

 
Harus kalian ingat, bukan semua orang ada darah 'doktor'. Mampu tengok gambar-gambar yang mengerikan dan meloyakan. Bukan semua orang mampu makan makanan yang terhidang ketika melihat gambar jenazah yang menyedihkan.

Saya rasa semua sudah faham kan? Jadi saya nak letak peribahasa yang paling sesuai untuk post ini.

Al 'ilm bila 'amal, kassayyarah bila stereng
Ilmu tanpa amal, ibarat kereta tanpa stereng

Kereta ada namun tidak berguna kerana tiada stereng, tidak boleh bergerak. Merugikan.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment