Tuesday 12 April 2016

Penceroboh akan didakwa !


Ada dua orang, si A dan si B.

Si A menceroboh kebun tanaman pak leman. Tanpa meminta izin tuan kebun, si A mengusahakan kebun tanaman sehingga menghasilkan pelbagai buah-buahan yang besar dan enak. Si A membuat kebaikan tanpa redha dan restu pak leman.

Si B masuk ke kebun pak leman. Berbeza dengan si A, si B mencari tuan kebun sehingga jumpa dan beliau meminta izin tuan kebun untuk mengusahakan kebun tersebut. Selepas diizinkan, barulah si B mengusahakan kebun tanaman itu.

Persoalannya, siapakah yang layak menerima upah dari pak leman?

************************

Begitulah perumpamaan orang kafir. Mereka membuat amal kebaikan, menderma, membina jalan untuk kegunaan orang awam, membantu orang susah, dan banyak lagi kebaikan yang mereka lakukan.

Persoalannya...

Adakah mereka akan mendapat pahala dari Allah s.w.t?

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment