Friday 14 December 2018

Rezeki tak salah alamat


Tadi tengok tv rancangan ulangan Tazkirah Malam Jumaat. Tajuknya rezeki tak salah alamat.

Antara rumusan yang saya dapat...

Duit KITA, belum tentu rezeki KITA. Ya memang tu duit kita, tapi akhirnya duit tu kita sedekah ke fakir miskin. Jadinya, duit KITA, tapi rezeki FAKIR MISKIN.

Rezeki ni sebenarnya tidak diukur dari segi harta semata. Orang miskin, tapi dikurniakan rezeki sihat tubuh badan. Orang miskin, tapi rezeki mereka dikurniakan anak yang ramai. Orang susah, rezeki mereka dikurniakan jiwa yang tenang & lapang.

Kita selalu beranggapan rezeki kita disailang oleh pihak ketiga. Hakikatnya, rezeki kita terhalang kerana dosa2 yang dilakukan berulang2 kali. Tapi kita tak sedar kan benda ni.

Jadinya, sebelum kita tuding jari salahkan sesiapa, baik tuding jari kearah diri sendiri. Cek balik dosa apa yang kita dah buat.

Kadang Allah tarik nikmat yang sedikit untuk melihat perkataan pertama yang terpacul keluar dari mulut kita. Adakah caci maki ataupun istighfar mengingati Allah. Allah tarik yang sedikit untuk berikan satu nikmat yang lebih besar.

#kempenjomjagalidahmasingmasing

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment