" katakanlah (wahai Muhammad): mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul) itu " ( Al-An'am : 11)
Thursday, 20 December 2018
Hargai 2 nikmat ini
Tadi lepas solat Maghrib, suami bagi tazkirah sikit. Tentang 2 nikmat yang kita selalu lupa iaitu nikmat MASA & nikmat SIHAT. Kadang kita tak sedar dua nikmat besar ni sehinggakan kita ambil mudah dgn keduanya.
Tentang masa, sbg pekerja y bekerja 8 - 5, byk menghabiskan masa kat ofis/tmpt kerja. Persoalannya, adakah masa kosong kat tmpt kerja tu kita gunakan utk mengingati Allah?
Allah sndri bersumpah didalam al-quran, Surah Al 'Asr. Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dlm kerugiaan. Kecuali mereka y beriman, beramal soleh, saling menasihati untuk kebenaran & saling menasihati untuk kesabaran.
Jadi adakah kita tergolong dlm golongan yang menggunakan masa sebaik mgkn? Tepuk dada tanya iman. InsyaAllah masih tak terlewat kita memperbetulkan niat & guna masa yang ada sebaik mgkn untuk mengaut keuntungan didunia & lbh penting keuntungan diakhirat.
Masuk kerja, petik suis komputer, niat terus 'sahaja aku bekerja kerana Allah ta'ala'.. Terus pekerjaan awak satu hari tu dikira ibadah. Basuh pinggan, niat kerana Allah, terus bnda tu jd ibadah.Senang nak kaut pahala senanya.
Peringatan buat kami utamanya :)
Wallahu A'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment