Wednesday 22 April 2020

Today is my birthday :)


Sejak hari Ahad lagi dia cakap...

Y : Kte ada meeting kat UIA hari Rabu taw
S : Meeting pkl berapa?
Y : Dalam pkl 10pg camtu
S : Ooo ok

Hari Rabu tiba...
Tengah masak breakfast tanya lagi husband
S : Meeting harini kan. Pukul 10
Y : Haah tp tunda pukul 11
S : Orait
Y : Kte mgkn balik lewat sikit lepas Zohor kot

Pukul 1ptg kereta masuk pagar rumah. Wahh ziyadd ayah dah balik la. Ziyad pun meluru keluar sambut ayah dia. Pastu husband sy pun bawak masuk plastik TMG (sbb sblm keluar mmg dah tanya saya nak beli barang rmh tak. Ada la saya pesan sikit barang nak top up).. Sekali dia bawak masuk skali dgn kotak Amway. Saya tanya dia 'ehh barang Amway ada sampai tadi ke'.. Dia jawab 'bukan.. ni kotak yang haritu tu. kita bawak puding karamel bg kat kawan uia, letak la dlm ni senang. So bawak balik la kotak ni semula'. Sekali dia bukak kotak Amway... Kulihat 3 kotak secret recipe dll dalam tu. Pastu dia kata senanya mana ada meeting kat UIA. Kte mmg plan nak keluar harini nak beli kek. Hahahaha. Ni betul2 cissscake. Hidup2 kena tipu !

Birthday cake 3 slices sempena 3 series barangkali. Atau sempena 3 org kat rmh ni y dh blh makan 😂

Tadaa !

Neway, thanksss belikan kek. Ingatkan pagi tadi dok potong kek pisang TMG, tu dikira birthday cake kita dah. Haha

3 slices of cake, sekejap je dah khalassssss

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment