Monday 4 June 2012

hiburan bagai sajian lazat setiap hari

salah kah saya jika mengatakan negara kita sesak dengan hiburan yang melalaikan? hiburan umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. terlalu cepat, terlalu banyak, terlalu mudah dan merosakkan. lihat saja konsert-konsert yang begitu aktif diadakan disetiap kawasan. yang mampu mengundang puluhan, ratusan malah ribuan rakyat menyaksikannya. mereka yang hadir bukan sekadar menyanyi dan mendengar malah melakukan perkara yang lebih dahsyat dan agak memalukan.

inikah yang dikatakan hebat? mampu menyatukan ummah? boleh membuatkan jiwa semakin kental? mampu mengumpul dana untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan? inikah caranya?

saudara kita di palestin dihiburkan dengan bunyian bom yang begitu kuat setiap hari. mereka dihiburkan dengan melihat saudara mara mereka syahid dibunuh musuh Allah. mereka dihiburkan dengan melihat kereta kebal, senjata, meriam, senapang, bom dan sebagainya. lihat pula saudara kita di syria. mereka dibunuh begitu kejam, kanak-kanak dicabut kuku kuku kaki dan tangan, wanita-wanita dirogol dihadapan ayah dan abang mereka. rakyat dibunuh, dikerat 4 bahagian kemudian dimasukkan kedalam beg plastik dan dicampakkan kepada kaum keluarga. ini benar benar kejam !

tetapi kita? apa yang kita lakukan? berhibur, berhibur dan berhibur...Allah telah berfirman didalam surah Al-an'am ayat 32 ( Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? )


Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment