Saturday 2 June 2012

mari perbaiki solat


Sejak dari zaman kanak-kanak sehinggalah kita dewasa, kita sering diberitahu tentang kepentingan, kelebihan,kewajipan melaksanakan solat. Kalau tanya kepada setiap orang tentang solat, tentu saja mereka dapat menjawab dengan lancar. Solat itu tiang agama. Solat lah yang membezakan antara orang kafir dan orang islam. Solat merupakan soalan pertama yang akan ditanya di alam kubur.

Saudaraku, jangan sesekali kita memandang ringan bab solat. Sesungguhnya solat itulah yang akan menjaga, memelihara dan mengawasi setiap gerak-geri dan tindakan kita. Innassolata tanha 'anil fahsyai wal munkar ( Al-Ankabut : 45 ). Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Ayat ini jelas menunjukkan solat yang betul betul sempurna mampu mencegah seseorang dari melakukan perbuatan yang tidak bermaruah. 

Tetapi bagaimana pula sekiranya kita sudah melaksanakan solat 5 waktu, ditambah pula dengan solat solat sunat, tetapi masih lagi melakukan perbuatan keji dan terkutuk? Inilah tandanya solat kita masih ada cacat cela dan tidak sempurna. jom cek semula solat.

kita tergolong didalam kategori yang mana?
   
Kerana itu kita harus berusaha sedaya upaya "menghadirkan hati" ketika sedang solat. Ini memerlukan kefahaman terhadap setiap ayat yang dibaca. Sekiranya fikiran kita terganggu dan menerawang ke tempat lain, cepat cepat berusaha ingat semula kepada Allah. Solat dapat diperbaiki dengan sentiasa menghadirkan diri ke majlis ilmu, membaca buku-buku agama, dan bersahabat dengan para ilmuan. Moga kita semua dapat melaksanakan solat selari seperti apa yang telah diajar oleh Nabi kita, Muhammad s.a.w...

~ Ok, bukan semua orang faham apa yang dibaca dalam solat. Antara perkara yang saya lakukan, imagine huruf-huruf yang saya baca supaya fikiran tak melayang terbang ke tempat lain. (tak tau lah nak sarankan kepada orang ramai @ tak. Sebab macam tak betul je cara saya ni...*_*)

Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya ".
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim ) 


Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment