Saturday 4 August 2012

dean's list dunia vs dean's list akhirat


Anugerah dekan ! siapa tak nak anugerah dekan beb. Boleh dikatakan semua orang yang bergelar 'pelajar' akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat dekan. Tetapi, adakah itu satu platform yang boleh mengesahkan bahawa sifulan bin sifulan itu akan berjaya dalam alam pekerjaan mahupun hidupnya?

Sahabat ingatlah, anugerah dekan sedikit pun tidak memberi apa-apa makna sekiranya kita tidak memahami ilmu yang telah kita pelajari.

' hey sakina, penting kot dapat anugerah dekan setiap sem. kekalkan cgpa 3.5. nanti bila ambil sijil bangga sikit diumumkan "kelaaaaaaasss pertaaaamaaaaa! '

 hah? bangga? bangga ke dapat dekan? tajdid niat kawan.

Ingat ! dunia ini tempat kita bercucuk tanam, akhirat lah tempat kita mendapat hasilnya. sehebat mana pun kita, sepandai mana pun kita, sekuat mana pun kita, sekaya mana pun kita, kalau tidak mendapat redha Allah, itu sia-sia !

* Di dunia. katakan saja syarikat mana yang tak nak ambil pekerja yang mempunyai result bagus, cgpa 3.9,4.0 ? Sijil itu dipampang didinding rumah. mereka ini ibarat gula, letak je kat mana-mana pasti semut datang. kerana apa? kerana mereka inilah pada pandangan majikan mempunyai skill, kepandaian yang tersendiri yang mana 'mereka' ini boleh membantu menaikkan nama syarikat.

* Di akhirat. Allah sekali-kali tidak akan memandang pada pangkat, keturunan dan pendidikan kita. Allah hanya akan memandang kepada amalan yang kita bawa. persoalannya adakah amalan yang kita lakukan semasa hidup didunia mampu membawa kita ke syurga? ataupun ke neraka? kerana diakhirat hanya ada 2 tempat ini sahaja. jadi? apa bekalan kita?

Bayangkan, sewaktu didunia bermacam-macam amal kebajikan yang kita lakukan, derma menjadi satu kewajipan, menolong orang menjadi satu kelaziman, solat berjemaah di masjid satu kemestian, tidak pernah sesekali meninggalkan solat, dan pelbagai lagi. Amal kebajikan boleh dikatakan tinggi melangit. Tetapi alangkah malangnya kita, apabila semua lembaran amalan yang kita tunjukkan kepada Allah dikoyak satu persatu, dikeronyot dan dicampakkan ke muka kita. Allah tak terima walau satu pun amalan kita (wal'iyazubillah). Waktu itu kepada siapa kita nak minta pertolongan? ibu? ayah? adik beradik? saudara mara? sahabat handai?

Kenapa boleh jadi macam ni kawan-kawan? kerana...
belajar + niat menunjuk-nunjuk = 0
menderma + riak = 0
menolong + niat menunjuk-nunjuk = 0
solat + riak = 0
tutup aurat + niat menunjuk-nunjuk= 0

pokok pangkal kenapa amalan kita sia-sia adalah kerana terselit sifat riak dalam diri. Bangga dengan apa yang kita dapat. Bangga dengan apa yang kita buat. Ada niat menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa kita ini pandai, kaya, ada pangkat. Ruginya rasa, dapat penat lelah, tak dapat pahala. Baik dunia mahupun akhirat, dua dua tak dapat. ZERO.

Oleh itu mari kita tajdid niat. perbaharui niat. kalau agak-agak ada rasa riak, bongkak, takabur, ISTIGHFARLAH. cepat-cepat ubah niat. Kejayaan yang dicari adalah kejayaan dunia dan lebih lebih lagi kejayaan akhirat. Sesungguhnya itulah kemenangan hakiki ! moga kita sama-sama sentiasa didalam rahmat Allah S.W.T dan mendapat keredhaan-Nya. InsyaAllah :)



Yang mana anda nak? anugerah dekan dunia @ anugerah dekan akhirat?
----->   anda yang tentukan ! Biiznillah.....

~ belajar dan mengajar~

Wallahu A'lam

2 comments: