Wednesday 26 September 2012

ilmu agama itu penting


Ibu bapa zaman dahulu lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh @ sekolah antarabangsa @ sekolah ternama dan dikenali ramai. Semuanya disebabkan sekolah-sekolah ini telah berjaya melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademiknya.

Mereka merasa tindakan mereka tepat apabila dapat menghantar anak-anak yang dikatakan 'genius' dan bijak ini ke sekolah sedemikian. Yang paling membanggakan lagi adalah apabila anak-anak ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka.

Sebaliknya, bagi anak-anak yang 'kurang genius', ibu bapa lebih gemar menghantar mereka ke sekolah agama @ madrasah @ sekolah tahfiz. Mereka beranggapan bahawa anak-anak yang kurang bijak hanya layak untuk menuntut ilmu agama.

Jadi dari sinilah terbetuknya satu pemikiran yang menyatakan bahawa hanya pelajar yang kurang bijak yang akan meneruskan pengajian mereka ke sekolah-sekolah agama.

Pernahkah anda mendengar nama-nama ini?
1) ibnu sina
2) ibnu khaldun
3) al-khawarizmi

Ya ! mereka adalah tokoh-tokoh islam yang terulung dan terkenal diseluruh pelosok dunia. Ibnu sina, bukan sahaja mahir dalam ilmu kedoktoran, bahkan beliau berjaya menghasilkan buku yang membahaskan tentang ilmu mantiq, ilahiyyat, matematik dan ilmu alam. Lihat pula ibnu khaldun, beliau bukan saja mahir dalam bidang sejarah dan sosiologi, bahkan tokoh agama dan politik yang terkenal pada kurun ke-8 hijrah. Beliau juga menuntut ilmu-ilmu agama dalam bidang fikah, hadis dan tafsir. Al khawarizmi juga merupakan salah seorang tokoh islam yang terkenal dengan ilmu matematik, trigonometri dan astronomi. Kemahirannya dalam menguasai ilmu tidak terhenti setakat itu sahaja, malah beliau mahir dalam bidang falsafah dan sejarah islam.

Dari sini kita boleh lihat bahawa ilmu agama merupakan ASAS terpenting dalam segala ilmu. Dengan adanya ilmu agama, kita dapat memahami dan menguasai ilmu lain dengan lebih telus. ilmu agama tidak terhenti setakat ilmu tentang akhirat sahaja malah meliputi seluruh ilmu yang ada dalam dunia ini.

Jadi saya menyarankan kepada anda yang bergelar @ bakal bergelar ibu bapa untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak sejak dari kecil. Janganlah terlalu menyekat dan menyempitkan kefahaman anda tentang ilmu agama. Ketahuilah Ilmu agama bukanlah 'lokek' seperti pandangan sesetengah pihak, tetapi ilmu agama itulah yang dapat membawa seseorang meneroka lebih jauh lagi dan dapat menguasai limu-ilmu lain dengan lebih mantap dan berkesan.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment