Monday 24 September 2012

the truth

Saya teringat seawal umur 15 tahun (tingkatan tiga), apabila diajukan soalan "sakina nak pergi ke aliran mana? diniyah @ akademik" ? Saya dengan pantas dan tanpa rasa was-was menjawab "bidang akademik" ! Ini kerana saya sentiasa beranggapan sekiranya saya memilih bidang diniyah, pekerjaan yang akan ditawarkan tak akan lari dari menjadi seorang pendidik. Tak lain dan tak bukan pasti menjadi seorang guru @ pensyarah @ penceramah. Semua ini memerlukan saya untuk berdiri dihadapan khalayak ramai dan mengajar !

Inilah penyebab utama mengapa saya memilih bidang akademik. Saya beranggapan kalau saya pilih bidang ini, saya hanya perlu duduk diam didalam ofis yang berhawa dingin, menghadap komputer dan tak perlu berdiri didepan khalayak ramai...

Tahukah anda sebenarnya saya menghidap sejenis penyakit? Penyakit ini diberi nama "debaran yang melampau" !! penyakit ini sangat kronik terutama apabila disuruh mengajar dan berdiri dihadapan orang ramai. Hanya orang yang rapat dengan saya sahaja yang tahu betapa tingginya tahap penyakit ini. Ada kala mencecah ketahap extra maximum.

Sejujurnya saya katakan saya lebih meminati bidang diniyah berbanding akademik. Keputusan peperiksaan saya dalam subjek diniyah dari sekolah rendah sehingga menengah menunjukkan kadar kenaikan yang begitu memberangsangkan. Ini kerana saya suka dan faham apa yang diajar oleh guru. Antara subjek yang paling saya minat ialah sirah dan tarikh islam. saya suka dan minat mendengar cerita mengenai sejarah islam.

Tapi rupanya apa yang saya anggap selama ini ternyata salah. Bidang akademik juga memerlukan saya untuk berdiri dihadapan orang ramai. Dalam kelas ada saja subjek yang perlu dibentangkan. Hari tu saya ada terbaca satu artikel mengenai tugas pendidik. Benarlah menjadi seorang guru satu tugas yang murni. Keberkatan mengajar dan mendidik tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dapat menjana keuntungan yang lumayan diakhirat kelak sekiranya digunakan kearah yang betul.

Saya selalu tanamkan prinsip ini dalam diri. kalau nak jadi akauntan, biarlah akauntan da'ieyatun ilallah. maksudnya kalau jadi akauntan sekalipun, pasti dapat habuan dunia dan akhirat dengan syarat apa yang dilakukan haruslah selari dengan prinsip islam. Ataupun dapat mengajak sahabat (seperjuangan) ke arah kebaikan pun jadilah, tegur sahabat kalau ada perkara yang dilakukan tidak selari dengan ajaran islam. Saya akan cuba selitkan juga nilai islam dalam kerjaya saya  nanti walaupun sedikit. (insyaAllah...Allahu musta'an)

Kesimpulannya walau siapa pun kita, (pelajar kedoktoran, akauntan, arkitek, jurutera, malah dirasat sekalipun) semua bidang ini boleh menjadi tapak untuk kita mendapat keuntungan bukan saja dunia malah keuntungan yang lebih baik,diakhirat kelak. Jadi sematkan dalam diri, kita akan sentiasa menjadi seorang da'ie walaupun kita telah memilih bidang akademik sebagai jalan perjuangan !

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment