Thursday 19 September 2013

Saya berubah pendirian..?


Akhirnya! Berjaya juga saya menghabiskan bacaan untuk novel ini. Pengarang novel yang namanya tersohor malah terkenal di merata tempat. Dialah pak Ramlee Awang Murshid penulis novel thriller yang sungguh hebat ! MasyaAllah...

Sila berikan satu tepukan gemuruh untuk beliau atas usahanya !!!

Imbas kembali. (hehe mengaplikasikan apa yang dibaca)
Dulu waktu tingkatan 2, saya rapat dengan seorang kakak ni. Dia suka sangat baca novel Tombiruo. Waktu tu teringin juga nak tahu apa yang best sangat dengan novel tu. Jadi satu hari, saya singgah di kedai buku dan terjumpa lah dengan novel ini. Melihatkan cover buku sudah cukup memberi tanggapan negatif bagi saya terhadap penulis ketika itu. Haha saya memang tak suka langsung dengan cerita-cerita seram, hantu, fantasi bagai. Bagi saya itu semua tak logik. Berkhayal terlebih dari berpijak dibumi yang nyata. Kemudian saya lihat penulisnya, tertera nama Ramlee Awang Murshid. Zapp. Tu diaa. Boikot penulis ini! 

Tapi...dari hari ke hari,bulan ke bulan, tahun ke tahun, ramai je kawan saya yang asyik bercakap tentang novel karangan beliau. Ada yang memuji ada juga yang tak boleh terima (macam saya mula-mula dulu). Hati ni rasa teringin juga nak baca tapi asyik bertangguh. Alaa nanti nanti lah baca. Nampak macam tak best je...

Sampailah minggu lepas, saja saja singgah library. Telek punya telek terjumpalah dengan buku karya beliau berjudul "Aku Bercerita". Entah kenapa tiba-tiba rasa teringin tu datang dan terus ambil buku tersebut pergi ke kaunter pinjaman buku. Hari ini! Yaa hari ini berakhirlah siri bacaan yang sekian lama dipendam dan ditahan.

Dari apa yang saya baca, komen saya...

Woww! So impressive! Hebat! Mantap! The best evaa!



Jalan cerita yang sungguh menarik. Tak macam novel cintan cintun yang macam entah tak tau nak cakap macam mana. Sooo Boring. Jalan cerita lebih kurang je, boleh agak, dan kebanyakannya happy ending. Novel "Aku Bercerita" betul-betul membuatkan saya kagum dengan penulisnya. Kadang kadang geram juga, apa yang saya jangkakan tak kena langsung! Langsung tak tepat. Sikit pun tak kena! Haha. Tergelak sorang-sorang sebab rasa tertipu dengan penulis. Hebat! Sungguh hebat! MasyaAllah :)

Lagi satu yang bestnya. Kita selalu mengharapkan sebuah penceritaan itu berakhir dengan kegembiraan. Kemenangan berpihak kepada yang benar. Pesalah dihukum sesuai dengan kejahatan yang dilakukan. Tapi....jangan terkejut kalau anda tak jumpa itu semua dalam novel karya pak Ramlee Awang Murshid! Hehehe. Bestttt...

Kepada anda yang membaca post ini, cubalah membacanya. Kemudian berikan komen anda terhadap penulis. 

Selamat membaca! :)

~ Saya masih tak boleh terima cerita yang menggabungkan watak manusia sebenar (realiti) dengan watak kartun (fantasi). Contohnya The Hulk, Harry potter dan yang seangkatan dengannya.
~ Kalau dihitung tahun dari tingkatan 2 (2004) sehingga sekarang (2013), hampir 9 tahun berkira-kira nak baca ke tak nak, nak baca ke tak nak. dan akhirnya.....hari ini buat pertama kalinya khatam membaca buku karya Ramlee Awang Murshid.
~ Tahniah untuk saya :D

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment