Monday 9 September 2013

hari pertama untuk sem terakhir

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini hari isnin. Apa maknanya kawan-kawan?

----> Ini bermakna hari ini merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki ke UITM untuk sem yang terakhir. InsyaAllah mohon doanya ^_^

Hiuuuu..seingat saya lah kan selama saya belajar diperingkat universiti, untuk kelas yang pertama pada hari pertama untuk subjek yang pertama, saya tak pernah lagi diberi tugasan @ mencari apa-apa bahan untuk ditanya dalam kelas yang berikutnya.

Tapi...hari ini dalam sejarah, pensyarah sudah memberi satu case study untuk saya dan kawan-kawan sekelas study untuk ditanya pada esok hari! haaaa..? apa..??

Unbelievable? Believe it !....dan sekarang saya dan sahabat saya yang aktif ini sedang mencari dan men'download' lagu bangau oh bangau. Disebabkan subjek ini agak mencabar, perlu berfikir di luar kotak dan mungkin lagu itu ada kaitan dengan subjek tersebut kot jadi pensyarah menyuruh kami mencari lagu ini dan.......sekarang kami sedang berusaha mendengarnya sampai habis :(

Bangau oh bangau. Tak sangka lagu waktu belajar kat tadika dulu dijadikan bahan rujukan dalam peringkat universiti, Hik hik. Femes orang yang cipta lagu ni.

Ok, nak sambung baca case study sebab esok pensyarah nak tanya. haha teruk betul niat dah lari dah tu. Astaghfirullahal 'Azim.

Keadaan semasa...
~ bilik gelap sebab lampu rosak
~ lagu bangau bukannya sedap pun. ada satu version ala-ala nasyid dah saya dengar. Ekekeke gelak terguling-guling dengan kawan saya :D
~ Sekarang sudah menunjukkan pukul 10.30pm. Macam sesuai untuk berehat dan bersembang
~ Persoalannya, perlukah saya dan kawan saya meneruskan bacaan dan mencari jalan penyelesaian untuk case study ini...pada saat ini...?

Name of Case study : Delima
We : In dilema

:(

Wallahu A'lam

3 comments:

  1. waa.. rajin juga sakina update kn?
    bestnye dh nk grad!
    all the best last sem ni...

    ReplyDelete
  2. Haha ikut mood jugaaa :D
    insyaAllah. Doakan saya ya ^^

    ReplyDelete
  3. insyaALLAH.. semoga dipermudahkan segalanya =)

    ReplyDelete