Wednesday 2 April 2014

Peringatan bagi yang lalai


Assalamualaikum w.b.t

Kaifahaalukum? Kheir? :)

Kalau kita lihat keadaan dunia sekarang, segala perkara yang berlaku disekeliling kita, tanda-tanda yang berlaku makin lama makin meyakinkan, bahawasanya waktu "itu" hampir tiba ! Dunia sudah terlalu tua dan mungkin sedang nazak.

Allah......

Amalan bagaimana? Sudah cukup untuk bayar beli syurga? Allahu Akbar T_______T

Jom sama-sama tadabbur al-quran sejenak. Saya tidak ingin menafsirkan setiap ayat kerana saya bukanlah dari golongan mufassirin. Cukuplah hanya beberapa ayat, kita buka tafsir, moga ia dapat membuka pintu hati kita untuk berusaha & beramal dengan lebih gigih lagi. Cuba amati dan renungi kata-kata Allah ini. Perhatikan tafsiran surah At-Takwir. Bermula dari ayat 1 sehingga 13, Allah mengkhabarkan tentang keadaan hari kiamat. 

1) Apabila matahari digulung
2) Dan apabila bintang-bintang berjatuhan
3) Dan apabila gunung-gunung dihancurkan
4) Dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak terurus)
5) Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan
6) Dan apabila lautan dipanaskan
7) Dan apabila roh-roh dipertemukan (dengan tubuh)
8) Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya,
9) Kerana dosa apa dia dibunuh?
10) Dan apabila lembaran-lembaran (catatan amal) telah dibuka lebar-lebar
11) Dan apabila langit dilenyapkan
12) Dan apabila neraka jahim dinyalakan
13) Dan apabila syurga didekatkan

Dipermulaan surah At-Takwir lagi Allah s.w.t telah memberi gambaran tentang dahsyatnya hari kiamat. Kenapa Allah menceritakan keadaan kiamat diawal surah? Bukan diakhir surah? Tidak lain dan tidak bukan, ini kerana Allah ingin menjentik hati-hati kita semua supaya takut,gerun dan sentiasa sedar dengan hakikat kehidupan didunia yang bersifat sementara ini. Kita semua akan kembali kepada Allah.

Perhatikan ayat 1 hingga 3. Cuba bayangkan bagaimana keadaannya apabila matahari digulung, bintang-bintang jatuh menghempap bumi, gunung-gunung yang selama ini menjadi pasak bumi hancur luluh menimpa segala yang berada dibawahnya. Bumi (tanah) mula bergerak bebas kerana tiada lagi pasak untuk menahan.

Perhatikan pula ayat 4, unta-unta akan ditinggalkan. Kebiasaannya unta-unta (bagi masyarakat arab) menjadi simbolik kepada kekayaan, kehebatan dan kemegahan bagi sesebuah puak. Apatah lagi simbolik "unta bunting", ia menunjukkan sesebuah puak itu teramat kaya dan akan disanjung tinggi. Tetapi, gambaran hari kiamat "unta bunting ditinggalkan", bermakna segala kekayaan akan kita tinggalkan. Raja-raja, permaisuri tidak kisahkan istananya, mahkotanya. Yang penting ketika itu adalah menyelamatkan diri sendiri dari segala bala bencana yang teramat dahsyat yang sedang berlaku.

Ayat 5 pula menceritakan tentang keadaan binatang. Kalau kita renung kembali waktu kejadian tsunami yang berlaku sekitar tahun 2004, bagaimana ikan-ikan naik ke permukaan air, terdampar mati. Ini menunjukkan bahawa binatang punya satu deria yang amat tajam dimana mereka akan bertindak menyelamatkan diri dahulu daripada bala bencana yang akan berlaku. Manusia kebiasaannya akan mengetahui sesuatu bencana akan berlaku setelah melihat haiwan-haiwan berkelakuan aneh dan pelik.

Begitu juga kisahnya dengan ayat 6. "Lautan dipanaskan" mungkin boleh didefinasikan sebagai letusan gunung berapi yang berada didasar laut mula meletus mengeluarkan larvanya sekaligus memanaskan air seisinya. Allahu Akbar.

Setelah diceritakan tentang keadaan kiamat, barulah Allah bersumpah bahawa al-quran itu benar-benar kalam-Nya

14) Setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya
15) Aku bersumpah demi bintang-bintang
16) Yang beredar dan terbenam
17) Demi malam apabila telah larut
18) Dan demi subuh apabila fajar telah menyinsing
19) Sesungguhnya (al-quran) itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril)
20) Yang memiliki kekuatan, memiliki kedudukan tinggi disisi (Allah) yang memiliki Arasy
21) Yang disana (alam malaikat) ditaati dan dipercaya
22) Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah orang gila
23) Dan sungguh, dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) diufuk yang terang
24) Dan dia (Muhammad) bukanlah seorang yang kikir (enggan) untuk menerangkan yang ghaib
25) Dan (al-quran) itu bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk
26) Maka kemanakah kamu akan pergi?
27) (Al-quran) itu tidak lain adalah peringatan bagi seluruh alam
28) (Iaitu) bagi sesiapa diantara kamu yang menghendaki menempuh jalan yang lurus
29) Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila Dikehendaki Allah, Tuhan seluruh alam. 

Sangat jelas, padat & lengkap. Berdoalah moga sentiasa diberi hidayah oleh Allah kerana hanya Allah yang berkuasa memberi @ menarik kembali hidayah yang telah diberikan.

~ Amalkan membaca surah Al-kahfi
~ Setiap hari, paling kurang pun 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-kahfi
~ Moga kita semua terselamat dari tersesat didalam dunia yang fana' (sementara) ini

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment