Sunday 13 April 2014

oh duit !



Monolog dalaman....

--->  Duit gaji bulan ni nak bayar deposit kereta. Lepasni tak da lah susah nak bergerak pergi mana-mana. Senang sikit ada kereta sendiri. Duit gaji bulan depan nak bayar deposit rumah la pulak. Ada rumah sendiri. Banglo gitu dan haruslah bessAr punyaa. Lepastu lepastu duit gaji 2 bulan kehadapan nak beli baju ala-ala tip top lah, langsir, sofa empuk, meja makan 8 seater, pinggan mangkuk jenama corelle ke pyrex ke dan macam-macam lah. Wahh bestnyaaa...

Kena start menabung ni !

Kecching ! kecching ! kecching !

Ehem sedare. Banyak sangat tu masuk tabung persendirian.

Zaman sekarang, semua orang berlumba-lumba inginkan kemewahan. Rumah nak yang besar saja, kereta nak yang mahal, baju nak yang beratus ringgit harganya, makanan nak yang mewah. Semua bendalah nak mahal. Supaya nampak hebat. Gah. Ternama. Tersohor. Terkenal. Gemilang. Terbilang. Temberang !

Gulpp..

Terkadang kita lupa keadaan orang miskin yang hidup susah menahan lapar dahaga. Seminggu tidak makan. Mengikat perut demi sekepal nasi untuk diberikan kepada anaknya

Terkadang kita lupa nasib saudara kita yang sedang berjuang ditanah air mereka tanpa senjata canggih. Mempertahankan hak mereka, diri mereka dengan  hanya seketul batu.

Terkadang kita lupa diri, terlalu asyik mengejar harta dunia hingga lalai dan alpa untuk mengejar harta akhirat.

Andai satu hari ditakdirkan kita berada dalam kalangan mereka yang memerlukan, apa agaknya yang kita harapkan dari mereka yang punya tenaga untuk bekerja kuat, yang cukup sifat anggota badan bekerja siang & malam demi mendapatkan wang bernilai satu ringgit.

Bercakap mengenai duit, teringat kisah saidina abu bakar yang membelanjakan seluruh hartanya demi membantu menyebarkan agama yang suci. Teringat juga kisah pedagang abdul rahman bin auf yang membelanjakan hartanya untuk islam. Kisah-kisah para sahabat nabi dalam bersedekah sangat meruntun jiwa yang sibuk mengejar kemewahan dunia. Tidak ada sedikit pun rasa takut kemiskinan menimpa mereka. Kalau dibuat analogi dizaman sekarang, seandainya terdapat seorang hartawan yang bersedekah segunung emas miliknya, nescaya beliau masih lagi tidak boleh tandingi nilaian sedekah para sahabat dizaman dahulu.

Hebatnya sedekah para sahabat, mereka membelanjakan seluruh harta mereka untuk islam. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kalau terdapat gandum dirumah, ia hanya cukup-cukup makan untuk dihabiskan pada hari itu juga. Tiada langsung bekalan untuk hari seterusnya. Betapa tingginya tahap keyakinan, keimanan, ketaqwaan mereka kepada Allah Ar-Razzak. Yang Maha Pemberi Rezeki.

Kita tidak. Kalau ada duit tu awal bulan lagi dah pegi pasaraya beli stok makanan untuk satu bulan ! Punyala takut tak dapat makan. Mana perginya rasa keyakinan yang rezeki itu datangnya dari Allah ?
Adeh. Tepuk dahi. Jauh panggang dari api kalau dibandingkan dengan sahabat nabi.

Tips untuk bersedekah :-

Mungkin pada permulaan agak susah untuk bersedekah. Biasalah bisikan syaitan durjana selalu singgah ditelinga membisikkan kalimat miskin,papa kedana akan menimpa. Tapi percayalah kalau sudah selalu bersedekah, tiba-tiba tak sedekah pada minggu itu, satu perasaan tak senang duduk akan hinggap. Untuk permulaan, bawalah duit 1 atau 2 ringgit kemana-mana. Ke pasar, pasaraya, bank. Tiap kali jumpa orang yang memerlukan, istighfar dan baca basmalah sebelum memasukkan duit kedalam bekas yang tersedia. Jangan hiraukan perasaan riya' yang tiba-tiba datang menjengah kerana itu akan menjadi penghalang untuk kita selalu bersedekah.

Sabda rasulullah s.a.w "sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api" 
( Hadis riwayat Tirmidzi )

" Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji (kikir), sedangkan Allah menjanjikan keampunan dan kurnia-Nya kepadamu. Dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui "
( Al-Baqarah : 268)

 "Jika kamu menampakkan sedekah-sedekahmu, maka itu baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka itu lebih baik bagimu dan Allah akan menghapus sebahagian kesalahan-kesalahanmu. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan "
( Al-Baqarah : 271 )

~ Banyak melakukan dosa? Jom bersedekah !

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment