Saturday 19 April 2014

hidupkan hati


Saya kira semua orang sudah maklum dengan pemergian seorang wakil politik yang begitu tegar dalam menyatakan ketidak setujuan dalam menjalankan perintah hudud di negara ini.

" The creation of islamic state will only be over my dead body "

Satu petikan yang cukup memberi impak yang sangat besar terhadap umat islam. 

Saya bukan nak berbicara hal politik disini. Cuma saya terkejut dan apabila teringatkan kata-katanya, saya terfikir apakah fasa yang sedang dilaluinya sekarang. 

Beliau sudah bertemu dengan Rabb nya. Tuhan kita semua iaitu Allah yang Maha Esa.

Allahu Akbar....

Kawan-kawan, saya ingin berpesan selagi kita hidup, buatlah semaksima amalan yang mampu dilakukan. Entah bila pula tiba giliran kita. Mungkin hari ni, mungkin esok, mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan. Mati itu satu perkara yang Allah rahsiakan dan datangnya sudah kita semua maklum iaitu dengan cara mengejut. Tidak sempat berkata "eh eh nanti jap. tunggu nak solat jap" juga tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah (macam yang selalu kita tengok dalam tv). Datangnya secara mengejut dan tanpa diundang !

Pesanan ini saya tujukan khas untuk anda dan paling utamanya untuk diri saya sendiri supaya sentiasa jaga iman & amalan untuk dipersembahkan kepada Allah s.w.t. Hanya itu saja bekalan yang dibenarkan untuk kita bawa ke akhirat dan itu jugalah yang membenarkan kita untuk masuk kedalam syurga atau ke neraka Allah (na'uzubiillah moga dijauhkan dari merasa bahang api neraka). T_____T Gerun.



 Setiap yang bernyawa pasti merasa mati. Itu janji Allah didalam surah Al-Imran ayat 185. Hati yang rosak, busuk, sakit, tenat hanya boleh diubati dengan mengingati mati. Ingat mati dan bertindak ! Jangan sia-siakan waktu yang dikurniakan Allah dengan perkara sia-sia.

~ Doakan kejayaan saya didunia & yang paling penting diakhirat 
~ Doa saudara terhadap saudaranya yang lain tanpa diketahuinya, malaikat akan mengaminkan untuknya juga dan manakah 'amin' yang lebih utama dari 'amin' malaikat yang tidak punya dosa?
~ Amalkan selalu untuk mendoakan kebaikan buat sahabat & saudara kita :)

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment