Friday 23 May 2014

rasa ingin tahu, itulah permulaan segalanya


Sambil-sambil tengok kalendar, soalan kedua pula ditanya....

l : Apa tu israk mi'raj?

Jawapan saya.......

---> (Biasalah bila terkejut diterjah dengan soalan bab bab agama, walau sesimple mana pun soalan, rasa suuuusah ya amat nak jawab) kaku.terkedu.terdiam. Ohh sakina kenapa anda begini? Time time macam ni la nasyid diperlukaaaaan 


Senikata yang ringkas dan padat, ups sebelum tu nak ingatkan, perlahankan sedikit volume anda :)

Saya ingin kongsikan sedikit tentang peristiwa agung ini, moga kelak apabila ditanya oleh sesiapa sahaja, sekurang-kurangnya kita dapat menjawab dengan tepat.

Israk Mi'raj merupakan antara mukjizat terbesar yang dianugerahkan kepada nabi Muhammad S.A.W.
- Israk bermaksud perjalanan nabi Muhammad dari masjidil haram (Mekah) ke masjidil aqsa (Al-Quds).
- Mi'raj bermaksud perjalanan naik ke lapisan-lapisan langit.

Ia tercatit didalam al-quran, surah Al-Isra' ayat 1 " Maha suci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari masjidil haram ke masjidil aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.

Disini dapat kita lihat betapa pentingnya Masjid Al-Aqsa terhadap umat islam kerana ia merupakan kiblat pertama dan pernah merakamkan peristiwa terbesar umat islam. Rasulullah diangkat,dibawa ke langit dengan menunggang seekor binatang bernama buraq bermula dari masjidil aqsa. Kerana itu semua umat islam perlu mempertahankan masjid ini dari dirampas oleh puak kuffar, yakni israel yang sedang membuat penempatan haram di palestin.

Allah berfirman lagi didalam surah An-Najm ayat 13 - 18 
13 -  Dan sungguh, dia (Muhammad) telah melihatnya (dalam rupa yang asli) pada waktu yang lain,
14 - (iaitu) di Sidratul Muntaha (tempat yang paling atas pada langit yang ke-7)
15 - didekatnya ada syurga tempat tinggal
16 - (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.
17 - penglihatannya (Muhammad) tidak menyimpang dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya.
18 - Sungguh, dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Tuhan-nya yang paling besar.

- ketika peristiwa israk mi'raj inilah perintah solat diturunkan
- ketika ini juga Rasulullah diperlihatkan hari kebangkitan, pelbagai siksaan (yang telah kita semua maklum ramai penghuni neraka adalah wanita....Allah.Allahummaghfirli ya Rabb. Moga kita semua dijauhkan dari merasa bahang api neraka) T_T
- perjalanan israk mi'raj yang mengambil masa hanya semalaman antara bukti kerasulan nabi Muhammad s.a.w.



p/s : ingin ilmu pengetahuan yang lebih lagi? cari dan rujuklah pakar dalam bidang sirah

Moga Allah S.W.T sentiasa memberi hidayah kepada kita dan mereka yang masih terkunci hatinya untuk menerima hidayah.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment