Sunday 4 May 2014

pengawas


Seringkali kita menjaga tingkah laku apabila terasa diri diperhati. 

Ia berlaku dimana sahaja
----> Seorang isteri menyapu lantai sehingga berkilat pabila terasa ibu mertua sedang melihatnya.
----> Seorang gadis menjaga cara jalannya pabila terasa diri sedang dilihat oleh seseorang.
----> Pelajar membuat kerja sekolah dengan cermat pabila terasa dirinya diperhati seorang guru.
----> Pekerja melaksanakan tugas yang diarahkan pabila terasa bos sedang memerhatikannya.

Semuanya kerana apa?

Kerana risau dilabel 'isteri yang tak reti buat kerja rumah'. Kerana bimbang orang mengata buruk tentangnya. Kerana takut dimarah guru. Kerana takut mempunyai rekod yang buruk. Kerana bimbang dikurangkan gaji. Kerana takut dibuang kerja.

Fitrah manusia.....

Akan membuat sesuatu perkara dengan sebaik mungkin terutamanya apabila merasa ada orang sedang memerhatikannya.

Satu persoalan timbul dibenak fikiran. Mengapa kita perlukan seorang pengawas atau seseorang yang mempunyai kuasa a.k.a bos dihadapan mata, baru nak buat kerja?

Tidakkah Allah itu sudah memadai sebagai Pengawas dan Pemerhati?

Waktu pejabat = 8.30 a.m

8.31 = soh seh soh seh
8.35 = sssssssss
8.40 = makan pagi berjemaah
8.55 = baru siap makan
9.05 = sembang jap
9.13 = mmmmmmmm
9.25 = sembang lagi

*****************************************

10.00 = bos masuk ofis

dan....barulah mula buka suis komputer ! :O

Kerja itu amanah. Amanah yang diberikan oleh majikan kepada kita. Amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah diakhirat kelak bagaimana cara kita menguruskannya. Amanah itu sangat berat sekiranya kita benar-benar memahami maknanya.

Andai saja dosa itu boleh dilihat, andai saja dosa itu boleh dihidu, andai saja dosa itu boleh dirasa, rasa berdosa setiap masa T__________________T





Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment