Sunday 9 November 2014

street da'wah


Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Kisah semalam....

Sebaik saja mendengar kisah yang diceritakan oleh mak saya, hati menjerit. Arghh tak kiraaa, nak ikut ! Tapi tak boleh sebab sabtu ni kerja. Terus mesej naqibah minta izin untuk pergi ke program keesokan harinya. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat juga saya menambah ilmu tentang " perbandingan antara agama-agama ".

Semalam tentang Hindu. Saya terlepas :(

Hari ini diceritakan pula tentang agama Buddha dan Kristian. Saya kira sangat penting untuk kita tahu sedikit sebanyak tentang agama-agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia. Supaya mudah sikit untuk kita berhujah dengan mereka nanti. Naik pening jugak bila tahu betapa banyaknya Tuhan mereka. Kisah tentang Siddhartha Gautama Buddha. God of posperity. God of land. Old testament. New testament. Trinity concept. Dan banyak lagi.

~ Fuhhh...berpeluh nak ingat. Selamat tak pergi hari sabtu. Konsep ketuhanan Hinduism lebih dahsyat rasanya...

Petang itu kami terus buat street dakwah. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan mempunyai tiga orang ahli. Saya, mak saya dan...yang diharapkan mendapat partner yang pernah buat street dakwah tapi yang kami dapat, partner pelajar form one. Huhu for sure saya yang kena approach non-muslim nanti. adeh.  Ujian ujian. Kami diberi masa selama satu jam setengah untuk
membuat survey " pandangan non-muslim terhadap islam ". Waktu mula-mula tu eager tak sabar nak edarkan soalan. Tapi lepas je dengar taklimat dan tengah turun tangga nak ke lapangan, jantung rasa macam nak tercabut. Punyala nervous. 

Alhamdullillah, sambutan yang baik dari mereka. Kami dapat approach lima orang. Ada antara mereka yang mempunyai anak yang sudah masuk islam. Antara soalan yang ditanya, anda pernah dengar tentang islam dari mana? Apakah konsep ketuhanan dalam islam pada pandangan anda (satu ke, ciplak agama lain ke, banyak ke)? Apa pendapat anda tentang nabi Muhammad (baik ke, suka berperang ke)? Apabila anda masuk islam adakah anda perlu menukar segala pakaian seperti memakai baju kurung dan songkok? Apa pendapat anda tentang laungan azan (mengganggu ke, teruk ke, bagus ke)? Dan banyak lagi. Tiga belas soalan yang diutarakan kepada mereka.

Rata-rata mereka pernah mendengar tentang islam melalui kawan kawan dan media sosial. Part yang paling best, mereka langsung tidak kisah dengan laungan azan. Antara komen mereka :-
~ Azan lansung tidak mengganggu saya. Its good
~ I like azan because all of us (yang tinggal di kejiranan itu) got His blessing too
~ Dengan azan saya boleh tahu waktu sekarang pukul berapa

Semuanya memang cakap azan langsung tidak menggangu tidur atau aktiviti harian mereka.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Cuma adala sorang tu langsung tak nak dengar, busy katanya. Macam tu lah kot rasanya jadi salesman kan. Punya penat cari orang, dah jumpa, kena halau akhirnya.

Tapi cabaran berdakwah zaman sekarang ni takda mende kalau nak dibandingkan waktu zaman nabi Muhammad s.a.w ketika berdakwah di Mekah dulu. Kena cemuhnya, hina, ludah, caci maki, dibaling najis, kena halau keluar daerah. Lagi besar cabarannya tapi hebatnya Rasulullah, baginda tetap istiqamah dalam menyampaikan perintah Allah. Sinar dan cahaya islam dapat kita kecapi sehingga sekarang. Alhamdulillah.

Cuma perkara yang berbeza antara dulu dan sekarang, waktu zaman nabi Muhammad s.a.w, baginda hanya berdakwah kepada orang kafir sahaja. Mereka yang sudah memeluk islam memiliki akidah yang sangat sangat mantap, tidak goyah dan goncang walau badai datang. Keimanan yang mereka miliki sangat tinggi ONCE mereka memeluk agama islam.

Tapi kita sekarang, bukan hanya perlu berdakwah kepada non-muslim sahaja, malah yang lebih besar cabarannya adalah berdakwah sesama so-called muslim. Mana tidaknya, mereka islam namun aurat tidak dijaga. Rambut terdedah. Baju seksi. Mereka gelar mereka islam namun arak menjadi minuman harian. Mereka mendakwa diri mereka islam namun tidak menjaga batas, sentuhan antara lelaki dan perempuan, berzina. Mereka hanya islam pada kad pengenalan, tapi tidak pada diri mereka sendiri.

In fact waktu dengar taklimat sebelum kami buat street dakwah, pakar-pakar telah berkongsi kisah mereka ketika turun ke lapangan. Mereka 'tiada' atau mungkin mempunyai 'sangat sedikit' masalah dalam menyampaikan ilmu tentang islam kepada non-muslim, TAPI cabaran yang teramat besar ialah ada dikalangan umat islam itu sendiri menghalang perbuatan baik mereka apabila ingin menyampaikan cerita tentang islam. Dahsyat sungguh kelakuan umat islam (so-called muslim nih). Dah lah tidak mengamalkan ajaran islam seluruhnya, tidak buat kerja untuk Allah, halang pulak orang lain nak berdakwah. Astaghfirullah......

Jom kita renungkan, selama hidup 20 tahun didunia ini, pernah tak kita bekerja untuk islam, untuk Allah?

Sungguh ! Satu tamparan hebat buat saya, khususnya. :(

~ Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu ya Allah
~ Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab seksa-Mu yang sangat berat lagi pedih
~ Ya Allah, berilah cahaya iman dan cahaya islam dan biarlah ia meresap kedalam sanubari hamba-hamba-Mu
~ Ya Allah, Engkau tingkatkan lah imanku dari hari ke hari dan jangan Engkau kurangkan walau sedikit pun ya Allah
~ Ya Allah, Engkau perbaikilah akhlakku. Perbaikilah tutur kata ku. Perbaikilah tingkah laku ku. Jangan engkau jadikan sifat buruk yang aku lakukan tanpa sedari sebagai palitan buruk terhadap agama-Mu, islam.
~ Hanya kepada Engkau sajalah tempat aku meminta pertolongan dan hanya pada-Mu aku berserah

Amin ya Rabb...

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment