Monday 3 November 2014

imtihan

Assalamualaikum W.B.T

Berita malam ini, perjalanan keluar masuk kertas peperiksaan spm dikawal dengan ketat !

Semuanya gara-gara tindakan mereka yang tidak amanah membocorkan soalan semata-mata untuk memastikan pelajarnya/anaknya mendapat keputusan yang teramat cemerlang. Opsss. Tak boleh salahkan mereka 100%, mungkin kerana sistem pendidikan di negara kita yang 'mendesak' mereka-mereka yang waras akalnya bertindak diluar kawalan. Heyy awatnyaaaa?

~ kerana sistem pendidikan kita yang sentiasa berubah-ubah :(
~ kerana hanya orang yang mempunyai keputusan cemerlang diatas kertas sahaja yang dapat masuk ke sekolah yang bagus :(
~ kerana hanya mereka yang dapat straight A's sahaja yang dapat tajaan pendidikan :(
~ kerana hanya mereka yang pandai di atas kertas sahaja yang dapat menarik perhatian pegawai-pegawai untuk membantunya dimasa akan datang (kiranya macam ada masa depan cerah la)

Jadi orang awam seperti saya dan yang tahu cerita sangat ni jangan terlalu cepat melatah dan saling menyalahkan. Lebih baik cari puncanya, dan perbaiki dari akar.

Seperti akhlak. Ramai yang berkelakuan tidak senonoh, suka berjudi, pergi pub, merokok (kan ke haram), minum arak,  zina dan lain-lain. Puncanya? Haruslah perbaiki imannya. Hubungannya dengan Allah harus dijaga. Solat dijaga. Al-quran sentiasa didalam dada, insyaAllah Allah akan pelihara. Kesannya dapat dilihat melalui pancaran akhlak yang mulia :) 

Jadi kenapa saya nak cerita mengenai imtihan? Ujian?

Soalan pertama. Kenapa kita perlukan ujian?

Test 1

Sekolah dari tadika masuk pulak sekolah rendah lepas tu sekolah menengah tak cukup dengan tu sambung lagi diploma degree master. Semua peringkat yang kita lalui, WAJIB mengambil peperiksaan. Belajar dan terus belajar, cukup bulan...periksa ! Belajar lagi sampai tengah tahun..ujian pertengahan tahun ! Belajar lagi dan lagi..akhir tahun..demam peperiksaan bermula !

Semua periksa mahupun ujian yang kita ambil tidak lain dan tidak bukan hanya untuk kita ketahui tahap kefahaman, keintelektualan, kepandaian, hafalan, ingatan, teori dan sebagainya. Jadi dapat kita fahami, kita memerlukan ujian untuk mengetahui tahap pemikiran kita dan mengetahui keputusannya.

Test 2

Kita sedia maklum bahawa kehidupan didunia ini tidak lain dan tidak bukan hanya sebagai tempat ujian. Allah ingin menguji antara banyak banyak  hamba-Nya, manakah yang paling bertaqwa.

Dan satu persolan mula timbul, kenapa Allah masih nak uji sedangkan bukankah Allah sudah mengetahui segalanya tentang kita sehingga kiamat. Sejak didalam rahim ibu lagi Allah dah tahu segalanya tentang kita, rezeki kita, kehidupan kita, cara kematian kita, kehidupan kita diakhirat. Allah dah tahu semua dah tapi kenapa Allah masih nak menguji kita?Mustahil Allah tak tahu keputusannya.

Sebenarnya, Allah jadikan kita hidup dimuka bumi ini, menempuh segala ujian-Nya, menguji daya ketahanan kita, bukanlah kerana Dia tidak tahu keputusannya. Tetapi amalan-amalan inilah yang akan Allah gunakan untuk tunjuk depan muka setiap orang dan akan dijadikan bukti diakhirat kelak andai mereka masih meragui dan tidak puas hati dengan keputusan yang Allah beri.

Bukti andai sifulan masuk syurga, memang layaklah kerana amalannya sekian sekian.
Bukti andai sifulan masuk neraka, memang patut pun kerana amalannya sekian sekian.

 "Nahh inilah hasil yang kamu usahakan sewaktu hidup didunia dulu"

Firman Allah S.W.T didalam surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud :
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"

Kesimpulannya, dapat juga kita fahami bahawa Allah S.W.T jadikan kita hidup dimuka bumi ini sebagai bukti yang akan diperlihatkan semula kepada kita diakhirat kelak tentang segala usaha penat lelah yang telah kita usahakan. Kerana dunia inilah ujian. Kita.....sedang diuji !

InnAllaha ya'lamu waantum laa ta'lamun

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui

~ Daurah uktubar
~ Penyampai : Ustaz Badrul

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment