Sunday 29 March 2015

ini tiket VIP



Bicara seorang rakan

~ Weyhh korang, jom tempah tiket sekarang. Mahal pun mahal lah. Aku tak kesah asalkan aku dapat duduk kerusi paling depan. Kalau lambat takut tiket VIP habis, karang tak dapat tengok muka sebijik-sebijik. 

~ Kalau korang lambat, aku tempah dulu ok. Aku tak nak duduk kerusi paling belakang. Korang jangan menyesal kalau tiket habis, terpaksa duduk luar pintu terjenguk-jenguk kedalam. Tak nak ahhh......

Macam tu lah kot perasaan orang yang fanatik terhadap sesuatu perkara. Mungkin saja beli tiket ke konsert K-Pop, mungkin ke stadium menyaksikan perlawanan bola, mungkin saja ke wayang.

Tapi perasaannya dapat saya bayangkan. Nak duduk kerusi paling depan sebab nak tengok dekat-dekat. Baru puas hati. Sedihlah kalau dapat kerusi paling belakang. Lagi-lagi yang tak dapat nak beli tiket. Dah lah kena sekat dengan pak guard. Terpaksa berjengket, terjenguk-jenguk, mengintai dari pintu nak menyaksikan persembahan yang sedang berlangsung.

********************************

Saya sedar. Dia sedar. Kamu sedar. Mereka semua sedar.

Tempoh tempahan tiket VIP sentiasa terbuka. Kerana kaunternya masih lagi tidak diarah untuk ditutup. 

Hanya sesaat kita mampu menempah tiket VIP

# zikrullah
# selawat
# sedekah

Namun, syurga Allah s.w.t itu mahal. Tersangat mahal.

Siapa kita jika ingin dibandingkan dengan mereka yang malamnya dihabiskan bermunajat kepada Allah.
Siapa kita jika ingin dibandingkan dengan mereka yang hartanya dihabiskan fisabilillah
Siapa kita jika ingin dibandingkan dengan mereka yang jiwanya diserahkan hanya kepada Allah.

********************************

Saya seperti kamu.

Tidak mahu disekat oleh malaikat dari masuk ke syurga. Hanya mampu memandang semua acara yang berlangsung dibalik pintu-pintu syurga. T_____T

Saya juga seperti kamu.

Ingin bersandar diatas singgahsana. Dalam suasana yang dingin. Diberi makanan dan minuman yang mengenyangkan. Sambil memerhati semuanya. Ya. Semuanya. Dan yang paling diimpikan, melihat sendiri wajah Allah s.w.t. Dari jarak yang dekat. 

Saya juga ingin menempah tiket. Supaya dapat duduk sepertimu...disana....

~ jom tempah tiket paling mahal nanti kita dapat duduk kerusi paling depan ! insyaAllah (^_^)

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment