Saturday 21 March 2015

Kepelbagaian pokok menghijau


Assalamualaikum W.B.T

Al-maddah : Unity in diversity is not uniformity

Satu tajuk yang sangat sesuai dibincangkan kerana kehidupan kita didunia ini dikelilingi dengan manusia yang mempunyai 'kepelbagaian' dan berlainan latar belakang.

****************************************

Everyone can draw a tree. But is the tree drawn by everyone is the same? The answer is NO. 
Ada orang draw pokok rantingnya terlalu banyak, ada orang draw pokok tanpa akar, ada pula orang draw pokok sekali dengan akar. Ada orang lukis pokok berdaun besar, ada yang kecil. Ranting tidak sama, daun tidak sama. But still we call it a tree. Right?

We cannot predict someone by looking at their grade at school. 
'He got straight A's. He must be a smart guy. Boleh jadi menteri besar suatu hati nanti'. 
'Dia mengamalkan apa yang Nabi Muhammad s.a.w tak pernah ajar. Sesat sesat'

Allah s.w.t ada berfirman didalam surah Al-Hujurat tentang Dia menciptakan manusia berbilang bangsa Li Ta'aarafu. Supaya kita saling kenal mengenal. We cannot let the hatred prevent us from doing justice. Andai ada orang buat buruk terhadap kita, maka sebaiknya kita membalas baik terhadapnya, atau sekiranya mahu membalas buruk juga, haruslah setimpal dengan apa yang dilakukan terhadap kita. Bukannya balas dengan yang lebih buruk. Otherwise we will have problem with Allah s.w.t. Wal'iyazubillah.

Kita mudah buat kesimpulan dengan melihat cara hidup seseorang. 
~ I'm a muslim, i'm going to the paradise
~ You're not a muslim, you're going to the hell
Remember ! Allah boleh ubah iman seseorang sekelip mata.

The main fundamental sources in islam are Al-Quran and As-Sunnah. As long as mereka percaya dan pegang pada dua ini, mereka adalah muslim.

Ya. Mungkin kita berbeza pendapat disebabkan berbeza mazhab. Tapi ini tidak melayakkan kita melabel orang itu sesat dan menyesatkan.

Saya teringat kata-kata seorang ustaz "Mazhab ni ibarat macam kita belajar law dekat universiti. Dekat universiti A, silibus bagi kos perundangan mungkin ada 4 tajuk. Dekat universiti B, silibusnya mungkin cover 6 tajuk. Dekat universiti C, silibusnya hanya 1 tajuk. Kita boleh pilih nak masuk universiti A @ B @ C. Sebab dekat mana-mana pun kita belajar, bila kita grade, kita still akan jadi lawyer. Begitu juga dengan perbezaan mazhab. Ada banyak sangat cabang, tapi semuanya menjurus kepada satu. Untuk mendapat Mardhatillah".

Berbezanya pendapat kerana perbezaan masa, tempat, komuniti, kebiasaan ('uruf) sesebuah tempat dan banyak lagi. Time zaman sahabat, banyak je perkara-perkara baru yang timbul. Banyak persoalan diajukan kepada sahabat. Boleh ke buat macam ni? Boleh ke buat macam tu? Sedangkan waktu zaman Rasullullah s.a.w, tidak pernak berlaku hal sedemikian.

Begitu juga dengan para imam. Imam Asy-Syafie, Hambali, Maliki dan ramai lagi. They did develop pendapat berpandukan al-quran, as-sunnah, ijma' ulama', qiyas dalam mengeluarkan fatwa. Seperti ubat. There are so many medicines created for the same illness. Contohnya kalau sakit kulit, mereka boleh pilih nak ambil ubat pil atau air atau sapu. Ketiga-tiga ubat dibuat untuk mengubati penyakit yang sama. The same thing berlaku kepada para imam ketika mana mereka mengeluarkan fatwa. Semuanya menjurus kepada penyelesaian kepada permasalahan yang sedang berlaku.

Abdullah ibnu Umar reported, "we were returning from Al-Ahzab, the Prophet (peace be upon him) told us, 'no one should pray 'Asr except you are in Bani Quraizah (name of a place). But the time of 'Asr came upon some people while they were on their way. Some of them said, 'we shall not pray until we reach there (Bani Quraizah), but others said 'but we shall pray because he,the Prophet (peace be upon him) did not mean this from us ( (that we delay our prayer). So when this reported to the Prophet (peace be upon him), he did not reprimand any one of them".
(Sahih Al-Bukhari)

Terdapat 2 pendapat disitu. Ada yang faham dari segi perkataan (letter) itu sendiri, ada yang faham dari segi tujuan (purpose).

Konsep asal, semua kena belajar dan faham. Berpandukan hadith. Masa bila kita perlu ambil 'letter' dan masa bila kita perlu ambil 'purpose'.

Seperti yang semua maklum.
Dalam bab ibadah, memang kita kena ambil perkataan.
Dalam bab muamalah, peluang terbuka luas kepada kita, boleh ambil tujuan.

For those who love arguing, slandering, accusing.....
--> You won the battle. But you lose in the bigger war

Minds might differ but heart must be together

~ Sesama islam, tak perlu lah bergaduh teruk-teruk. Masing-masing mencari keredhaan Allah kan.
~ Sedikit perkongisan dari ceramah Syeikh Nurudeen Lemu

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment