Saturday 9 May 2015

Jurutera yang pakar dan ikhlas


Ini kisah tentang keikhlasan dan kepakaran

Sebelum saya meneruskan, perlu saya highlight disini "Sifat 'ikhlas' merupakan asas dan teras dalam semua ibadah. Baik fardhu 'ain mahupun fardhu kifayah"

Pernah tak kita bertanya kepada diri, kenapa waktu zaman khilafah islamiyah, khalifah apabila ingin melantik ketua tentera mahupun pegawai yang akan menjaga hal ehwal negara, mereka akan pilih orang-orang yang menjaga solatnya?

Lihat pula pemilihan tentera pada zaman Turki Uthmaniyyah. Bagaiman Sultan Muhammad Al-Fateh membuat pemilihan, penapisan dalam memilih orang-orang yang betul ikhas hatinya dan menjaga solatnya. Bukan calang-calang orang yang layak menjadi tentera. Bukan calang-calang orang yang layak mentadbir negara.

Apa kaitan solat dengan ketenteraan pulak nih??
apa kaitan keikhlasan dengan kepakaran??

Dinar emas
Pernah dengar tak cerita tentang seorang lelaki soleh dengan dinar emas? Kisah yang saya dengar 15 tahun dahulu. 
~ Penduduk kampung mula menyembah sebatang pokok. Berita tentang sembahan penduduk kampung akhirnya sampai ketelinga seorang lelaki soleh. Dengan perasaan marah, lelaki itu lantas mencapai sebilah kapak dan terus menuju ke kawasan itu bagi menebang pokok. Didalam perjalanan, dia terserempak dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang manusia. Syaitan menghalang usaha lelaki tersebut untuk menebang pokok. Lalu terjadi pergelutan antara syaitan dan lelaki soleh. First round, lelaki soleh menang. Second round, lelaki soleh menang lagi. Maka syaitan membuat satu tawaran dengannya. "Wahai lelaki soleh, janganlah tebang pokok tersebut. Kalau kamu batalkan niatmu, aku berjanji bahawa setiap pagi lepas kamu bangun tidur, kamu akan dapati satu dinar emas berada dibawah bantalmu". Maka termakanlah lelaki soleh itu dengan pujuk rayu syaitan tersebut dan dia terus pulang kerumah. Seperti yang dijanjikan, pagi pertama memang terdapat dinar emas dibawah bantal. Begitu pula hari yang kedua. Tetapi hari ketiga, lelaki soleh mendapati tiada dinar emas terselit dibawah bantalnya. Dengan perasaan marah dek kerana rasa tertipu, lelaki soleh terus mengambil kapak bagi menebang pokok yang menjadi sembahan manusia itu. Kali ini, dia bertemu kembali dengan syaitan berwajah manusia. Maka terjadilah pergelutan antara keduanya. First round, syaitan menang. Second round juga syaitan menang. Berkata lelaki soleh 'eh kenapa aku kalah, engkau semakin kuat nampaknya'. Maka berkatalah syaitan 'dahulu kamu menang kerana niat kamu ikhlas kerana Allah untuk menebang pokok (bagi menghapuskan kejahilan), tetapi kali ini niatmu adalah bagi mendapatkan dinar emas. Dan kerana itulah kamu kalah'.

Kesimpulan cerita dapat difahami, segala amal yang dilakukan niat ikhlas kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan tolong. Walau ujian hebat datang, Allah pasti bantu. Sebaliknya jika niat bukan kerana Allah, tidak ikhlas kerana Allah, Allah dengan senang hati tidak memberi bantuan.

Duit Bawah Meja
Rasuah ! Ya. Itulah selayaknya dipanggil. Tidak perlukan kata kiasan dalam bab ini. Usaha bukan main banyak lagi. Dengan iklan terpampang sana sini. Katakan tidak pada rasuah ! Ironiknya. Tak dapat kita nafikan, tak dapat kita pejamkan mata, tentang hakikat betapa ramai manusia diluar sana yang mengamalkan rasuah hampir setiap hari dalam pekerjaan mereka. 

Tak ikhlas dalam bekerja. Macam mana Allah nak redha? Balik rumah tengok berita...
- Lebuhraya retak 1 km
- Bumbung sekolah runtuh
- Dinding melayang ke daerah sebelah

Architect VS Engineer VS QS

Siapa yang patut dipersalahkan? Masing-masing pakat tuding jari ke arah dahi masing-masing. Lumrah manusia, siapa nak mengaku salah sendiri. Duit diperuntukkan lima ratus juta. Si arkitek songlap dua ratus juta, si jurutera songlap dua ratus juta, yang tinggal seratus juta. Seratus juta untuk beli bahan-bahan untuk siapkan satu bangunan. Padanlah bangunan yang didirikan hampir roboh. Piling guna versi murah. Siap berkarat lagi. Tanah lembap. Macam mana bangunan nak kukuh.

Ini kerana niat tidak ikhlas ataukah tiada kepakaran? :3


Nabi Nuh a.s seorang jurutera
Pernah dengar bahtera Nabi Nuh bocor? Tak pernah rasanya. Nabi Nuh kalau kita boleh istilahkan zaman sekarang ni memang seorang jurutera lah. Dalam zaman yang tiada alatan elektronik, Nabi Nuh berjaya membina sebuah kapal yang sangat besar dan mampu melawan gelombang banjir yang super hebat dari tsunami. Bayangkanlah pada waktu itu. Langit cerah. Angin sepoi-sepoi. Tiada langsung amaran hujan ribut taufan melanda. Tapi kerana patuh, taat, dan ikhlasnya Nabi Nuh a.s dalam melaksanakan perintah Allah, baginda tetap membina sebuah kapal. Sedang kaum baginda tetap terus menerus mengejek menghina nabi. Pelik sebab Nabi Nuh bina kapal padahal tiada langsung tanda-tanda hujan lebat akan turun. Takdir Allah, kawasan itu dilanda banjir besar yang sangat dahsyat, manusia dan binatang yang berada didalam kapal tersebut selamat semuanya, dan mereka yang berada diluar kapal lemas dan musnah didalam lautan yang luas.

Realiti
~ Cuba perhati sekeliling, lihat betul betul, teliti, amati, lihat dengan mata hati. Masa kini, mereka yang bawa kereta besar ke masjid, rumah banglo mewah, CEO, ketua pengarah. 

Siapakah mereka sebenarnya? Mereka ni kerja 24 jam ke sampai dapat kumpul duit beli semua tu? 

Rupa-rupanya....

~ Mereka. Di siang hari bekerja untuk dunia. Di malam hari bekerja untuk akhirat. 
~ Mereka. Giat mempelajari ilmu al-quran, ilmu tafsir, solat berjemaah tidak pernah tinggal. Sanggup ambil diploma belajar al-quran untuk membetulkan tajwid, bacaan al-quran yang dibaca didalam solat. Sedang beliau merupakan seorang Professor di universiti berkenaan dalam bidang ekonomi.
~ Mereka. Menjaga amanah Allah. Secara automatik amanah manusia terjaga.

Sebab tu, kalau kita tengok betul-betul macam mana seseorang tu boleh berjaya, tengok lah cara dia menjaga hubungan dia dengan Allah. Kerana memang itulah kuncinya.

Teringat satu kata-kata
"Kejarlah akhirat, nescaya dunia akan mengikutimu"


Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment