Sunday 24 May 2015

alasan tak cukup ilmu masih boleh diterima pakai?


Alhamdulillah.....

Minggu lepas masih lagi berkesempatan mengikuti tazkirah tentang kewajipan berdakwah.

---> Bertanya seorang akh, 

Apakah mesej utama yang nak disampaikan oleh islam?

Amar makruf nahi mungkar ! Jawab ikhwah yang duduk dibelakang.

Dakwah ! Akhawat menjawab, tak mengaku kalah.

Masing masing dengan jawapan masing masing.

---> Akh yang bertanya menjawab. Sebenarnya "Tauhid adalah mesej utama islam"

Amar makruf nahi mungkar. Makruf yang paling utama dan paling besar adalah dakwah, manakala mungkar yang paling besar adalah syirik (menyekutukan Allah s.w.t).

Perbandingan antara orang yang kemalangan kat atas jalan raya, antara yang cedera parah dan yang cedera ringan, yang mana perlu kita selamatkan dulu? Yang cedera ringan takat luka sikit tu ke, atau yang patah kaki? 

Logiknya mesti kita akan tolong orang yang patah kaki. Sebab dia cedera parah.

Perbandingan antara muslim and non-muslim, siapa yang lebih parah?

Jawapan sudah tentu non muslim.

Buka al-quran, baca hadis, buka mana-mana kitab tafsir, pernah tak Allah sebut orang kafir setelah diazab didalam neraka Allah, setelah dibersihkan dari segala dosa, berpeluang untuk masuk kedalam syurga?

Tak pernah ! Walau satu ayat pun.

Bahkan mereka ini akan kekal didalam neraka selama-lamanya yang mana kita sendiri tak dapat bayangkan tempoh masanya. 

Selama-lamanya? Sampai bila? seratus tahun ke? sejuta tahun ke? Selama-lamanya tu sampai bila? Bilaaaa?

Percayalah, tanpa iman, mustahil kita dapat mempercayai kata-kata Allah ini.

Lihat bagaimana saidina Abu Bakar ketika ditanya oleh Rasulullah s.a.w, tentang keberangkatan baginda ke langit menaiki buraq bertemu dengan para malaikat dan seterusnya, adakah kamu percaya aku lakukan semua itu? 

Jawapan Abu Bakar "Ya ! aku percaya, Malah sekiranya perkara yang lebih luar biasa berlaku, aku tetap percaya, wahai pesuruh Allah"

Inilah tanda tahap keimanan seseorang. Kisah tentang peristiwa dalam kubur, alam barzakh, syurga, neraka, andai tidak disertai dengan iman, mustahil seseorang dapat mempercayai wujudnya semua ini.

Pendekatan dakwah

1) Dakwah bil haal - Tunjuk akhlak yang baik, tolong menolong, saling menghormati. 
2) Dakwah bil kitabah - Tazkirah melalui penulisan
3) Dakwah bil lisan - Nasihat dan kata-kata yang baik
4) Dakwah bil maal - Menggunakan harta. Ajak pergi makan, belanja, sedekah.
5) Dakwah bil khidmah - Aktiviti kemasyarakatan. Sukarelawan
6) Dakwah bil mukarranatul adyaan - Perbandingan antara agama. Tau basic agama lain supaya mudah berhujah.

Akh tersebut bicara lagi, 'kebanyakan kita bila sebut 'dakwah' je, terus rasa macam gerun. Macam dakwah tu berat sangat lah. Kenapa rasa berat sangat? 

~ Tak cukup masa lah. Mana sempat keluar berdakwah nehhh !
~ Tak cukup ilmu lagi. Ilmu pun baru seciput
~ Diri sendiri pun tak betul, macam mana nak berdakwah 
~ Saya banyak dosa
~ Tu semua kerja ustaz ! Tak perlulah nak menyebok jadi 'pembantu ustaz'

Dikisahkan....

Dulu, waktu zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang quraisy yang baru saja peluk agama islam dan dia hanya tahu kalimah 'Laa ilaha illallah'. Keesokan harinya, dia dengan berani dan terang-terangan, apabila jumpa je dengan orang yang masih belum peluk islam, akan terus menghunus pedang kearah orang tersebut sambil berkata "Qul ! Laa ilaha illallah" (katakanlah, tiada Tuhan selain Allah). Jalan lagi, jumpa lagi dengan non-muslim terus cakap "Qul ! Laa ilaha illallah". Sehinggalah beberapa ketika, oleh kerana beliau selalu sangat sebut kalimah tu, mereka terbuka hati untuk bertanya "baiklah wahai sifulan, apa yang ingin kamu sampaikan ni, apa tu Laa ilaha illallah?"

Nak tau tak apa jawapan beliau?

~ Mari ! aku bawa kamu jumpa Rasulullah s.a.w.

************************************

Jadi masih lagi ke nak beralasan 'tak cukup ilmu'? Masih relevant ke alasan itu?

Eheh, berdas-das tembakan terkena hari tu. Sakit kot akh fakha! Cukup cukup. T.T

Sebab tu kita kena gerak secara berjemaah. Ada orang mahir bab berhujah. Ada orang mahir bab penulisan.

Ada satu saidina umar sudah memadai bagi umat islam ketika itu. Tak perlu pun sepuluh saidina umar. Semua tahu kan karakter saidina umar macam mana. 

Kesimpulan keseluruhan topik hari tu, kita perlu balance kan antara kewajipan berdakwah kepada muslim dan non-muslim. Yang muslim, perlu diberitahu tentang cara kehidupan islam yang sempurna, dengan cara pakaiannya, pergaulannya, tentang tepati masa, dan lain-lain. Yang non muslim, kita kenal kan dengan Allah. Tuhan dan Pencipta kita semua.

~ Daurah maayu
~ Penyampai : Akh burhanuddin, Akh Fakharuddin dan beberapa ahli penal (tak sempat nak dengar sebab ada kenduri kahwin tengahari tu)
~ Penulisan diatas bukan lah kata kata sebijik sebijik panelis. Saya juga manusia. 'Nasia' lupa. 
~ Dan saya bukanlah sejenis mesin elektronik mahupun 'recorder' yang boleh merakam semua butir bicara dengan tepat.
~ Yang baik jadikan teladan. yang buruk jom pakat tinggalkan

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment