Monday 28 December 2015

Pokok terbalik. Semua binatang jadi pening. Semua !

Bismillah

Tadi mak saya tunjuk satu artikel yang ditulis oleh seseorang yang...

Tidak dapat dinafikan,

Mempunyai pengetahuan yang luas.

Ada ramai pengikut.

Kata-katanya dapat mempengaruhi orang ramai.

Penulis yang terkenal.

Tapi sayangnya,

Dia menulis hanya mengguna akal semata.

Sedang yang diperkatakannya adalah tentang agama. Islam.

Benda yang agak bahaya. Apabila kita berbicara tentang sesuatu sedang kita bukan dari ahlinya.

Layakkah saya menulis artikel tentang systemic lupus erythematosus. Sedangkan saya baru dengar nama penuh penyakit tu dua hari lepas.

Layakkah saya berbicara tentang fiqah. Sedangkan benda basic pun menggagau cari kawan (ahli fiqah) yang tahu hukum.

Hmmmm.

Mungkin layak.

Itupun sekiranya saya betul betul faham dan yakin dan bahan rujukan yang digunakan memang sahih dari segi sanad, matan dan meyakini perawinya seorang yang amanah lagi jujur.

Tapi.

Perlu kita ingat, dalam agama, bukan semua. Saya ulang. Bukan semua perkara kita boleh berfikir dan bercakap berdasarkan akal fikiran yang teramatlah limited edition untuk kita faham kesemua ilmu Allah.

Pabila agama ditafsirkan oleh akal semata, kita akan lihat pohon dibawah sedang akar diatas.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment