Friday 11 December 2015

Jom tutup syarikat


As at 11 December 2015.

Six companies choose to go for winding up instead of strike off and the luckiest person in the universe would be.....

Me. Myself :) / :(

Chosen to handle all these job.

Based on my experiences (tak de la lama mana pun, baru setahun), sebagai liquidator (kelas bawahan / buruh) ni, nak bubar kan syarikat klien bukannya susah pun.

Tapi !

Yang buat proses pembubaran ni mengambil masa sampai hampir 10 Tahun (maaf terpaksa hiperbola), disebabkan tersangkut dekat empat tempat.

Haa, empat tempat?

Ya. Empat tempat. Keadaannya seperti dibawah.

1) Difficult to pick up the phone
- Kalau boleh saya katakan, hari hari saya cuba menghubungi empat tempat ini. Tapi suuuuuuusah sangat keempat empat tempat ini mahu mengangkat ganggang talifon.

2) Keep passing the line
A : Selamat pagi. Boleh saya bantu?
Me : Beria explain nak apa....
A : Ok, sebentar saya pass kan talian ke pegawai berkaitan
Me : Setia menuggu
B : Selamat pagi. Boleh saya bantu
Me : Explain dengan penuh ketenangan. Persis radio kena rewind....
B : Oh, bukan saya yang handle syarikat ni. Nanti saya pass line ke pegawai berkaitan
Me : Yang sememangnya sudah terdidik. Masih setia menunggu
C : Selamat pagi. Boleh saya bantu?
Me : Rakaman suara buat kali ketiga. Explain benda yang sama.
C : Ooo, person incharge company ni cuti bersalin
Me : Errr, pegawai lain tak boleh ambil alih tugas beliau ke?
C : Maaf cik, tak boleh...
Me : ?????????

3) After waiting for an hour, suddenly the line went off
- Situasi yang tak banyak beza macam kat atas (no 2), tapi pengakhiran yang mengeciwakan setelah penantian mencecah 30 minit. Tengah dok pas pas line, tetibe.....
-----> Tetttttttttttt......

4) Need to understand how do they work
- Bukannya kita bagi surat kat tempat tu, lepastu kita boleh dapat apa yang kita nak. Kita kena buat surat lagi dan lagi dan lagi. Pernah saya cakap 'err saya dah hantar surat bulan lepas. Siap ada cop 'received' dari tempat anda. Boleh tak saya email je surat yang sama memandangkan saya ada buat dua copy.
- Tak boleh ! Kami di tingkat yang berasingan !

5) Took too long to reply your email
Me : Encik, hari tu cakap syarikat sekian sekian tiada tunggakan hutang dengan (tempat) encik kan. Jadi boleh tak saya dapatkan surat pengesahan.
Encik : Eh, saya dah pos dah dua minggu lepas.
Me : Tapi saya tak dapat lagi. (Maklum lah. Posmen, takut tersilap hantar tempat). Boleh tak encik email je saya surat tu.
Encik : Oh ok2.
Seminggu selepas, ulang benda yang sama. Dan encik berkata'ok2 saya email hari ni, email cik......kan'
Sebulan berlalu, ulang lagi benda yang sama. Kemudian encik berkata 'baik, saya email sekarang'
Bulan mengambang (Heyy encik bila nak email saya haaaaaaaaaa). 
Budi bahasa budaya kita. Jaga tu :) senyum kambing biri biri

Dan banyak lagi kalau nak suruh saya senaraikan. Tapi cukuplah setakat ni.

P/s : Banyak syarikat dah tutup. Bakal banyak pengangguran berlaku. Makin meningkatlah kadar jenayah. :( wal'iyazubillah

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment