Sunday 14 October 2012

jantung boleh berfikir?

Bismillahirrahmanirrahim.....

kelmarin saya ada terbaca satu artikel menarik yang berkaitan dengan jantung. Satu penemuan baru yang memberi kefahaman kepada saya dengan lebih detail lagi tentang istilah arab 'al-qalb' yang bermaksud jantung.

kamus :-
1) Al-Qalb = jantung
2) Kibdah = hati

Perasaan gembira, sedih, marah, geram, dengki selalunya berhubung dengan hati. Malah banyak istilah yang diguna pakai untuk describe sesuatu situasi berkaitan dengan hati. contohnya "dari mata jatuh ke hati" dan "kamu sentiasa dihatiku".

Jantung merupakan organ pertama yang berfungsi ketika proses pembentukan janin iaitu seawal minggu ke-3@ke-4 selepas persenyawaan berlaku. Manakala otak pula berfungsi pada minggu ke-13@14 selepas persenyawaan. Ini menunjukkan bahawa jantung mampu berfungsi tanpa bantuan atau arahan dari otak. Dari sini dapat dirumuskan bahawa perasaan yang lahir dari hati (jantung) lebih tepat berbanding perasaan yang ditafsirkan oleh otak.

Kekeliruan istilah yang berlaku sedikit sebanyak mengganggu kita untuk memahami maksud sebenar sesuatu ayat. Contoh yang paling dekat adalah 'heart'. Heart yang bermaksud jantung seringkali diguna bagi menggantikan perkataan hati. You are in my heart, kalau ditranslate satu persatu, pasti berbunyi 'awak dijantungku'. Tetapi kita tak translate macam tu bukan? kita akan cakap 'awak dihatiku'.

Ini menunjukkan 'al-qalb' yang bererti jantung itu sebenarnya sudah ditranslate menjadi hati. Kerana itu, kalau anda membaca tafsir al-quran, Allah banyak menyebut perkataan 'qalb' yang bermaksud jantung. Tapi kalau dibaca tafsirnya, disebut hati...Anda boleh refer :-

* Surah Al-A'raf : 179
( Sesungguhnya Kami penuhkan neraka jahanam kebanyakannya dari manusia dan jin. Mereka mempunyai hati, namun tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah....... )

* Surah Al-Hajj : 46
( Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati didalam dada )

* Hadis Muttafaq A'laih
( Rasulullah s.a.w bersabda : didalam badan terdapat segumpal daging. jika ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. ia adalah hati )

Hati yang dimaksudkan adalah jantung. Jantung merupakan pusat untuk berfikir manakala otak merupakan tempat untuk berfikir. Jadi berhati-hatilah dengan signal atau perasaan yang lahir dari jantung anda. Boleh jadi ia lebih tepat berbanding dengan apa yang anda fikirkan :)

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment