Monday 29 July 2013

IRIS

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah 
&
Yang Maha Penyayang

Bookmark :)
Alhamdulillah, tamat sudah program Ijtima' Ramadhan Ikram Selangor atau nama singkatannya 'IRIS' yang diadakan di Masjid Shah Alam. Selama 24 jam mengikuti program ini, terasa ilmu yang disampaikan terlalu banyak untuk dicatit dan diingat. InsyaAllah hari ni saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat disana.

Diceritakan....suatu masa dahulu ketika dibawah pemerintahan khalifah Muhammad bin Harun Ar-Rasyid (baginda diberi gelaran Mu'tasim Billah) pada zaman bani Abbasiah, seorang wanita muslimah telah diganggu dan dimalukan oleh tentera Rom di Damsyik, Syria. Wanita itu kemudiannya menjerit "ya Mu'tasim, ya Mu'tasim, dimana engkau?" (wanita tersebut menjerit nama khalifah kerana yakin dengan sifat ar-rijal (kelelakian) yang ada dalam diri khalifah Al-Mu'tasim Billah yang akan datang menolongnya)

Berita tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan khalifah yang ketika itu sedang berada di Baghdad. Memandangkan keadaan tempat antara keduanya (Damsyik dan Baghdad) agak jauh, baginda telah mengutus surat amaran kepada ketua gereja dengan berkata "kepada anjing-anjing Rom, kalau kamu tidak menghentikan perbuatan biadap itu, saya akan datang kepada kamu dengan tentera-tentera kami dimana barisan hadapannya berada di pintu-pintu (Damsyik) dan barisan belakangnya berada disini (baghdad)!". 

Kata-kata baginda ini menunjukkan betapa ramainya tentera islam yang akan dikerahkan keluar untuk memerangi tentera Rom jikalau mereka tidak menghentikan perbuatan biadap mereka yang 'hanya' mengganggu seorang wanita muslimah di Damsyik. Namun amaran tersebut tidak diendahkan oleh tentera-tentera Rom. Khalifah  Al Mu'tasim Billah segera mengerahkan tentera-tentera islam keluar bagi memerangi mereka dan akhirnya kemenangan besar berpihak kepada tentera islam.

Sifat ar-rijal yang ditunjukkan oleh pemerintah dan tentera islam ini menyebabkan puak kuffar dahulu sentiasa berasa takut dan gerun dengan nama 'ISLAM'. Mereka tahu betapa sensitifnya umat islam terhadap perkara-perkara yang boleh merobek maruah seseorang dan mereka tahu kekuatan yang ada pada tentera islam.

Cuba kita bandingkan dengan keadaan sekarang. Rakyat di Syria, wanitanya, anak-anak kecil dibunuh dengan begitu kejam. Disembelih. Ditumbuk hingga terkeluar isi perut. Mungkin ada pihak yang mengatakan 
'apa beza dengan rakyat-rakyat di Palestin'. Betul, mereka juga diseksa, dibunuh tapi kebanyakannya menemui syahid akibat dibedil oleh meriam, terkena serpihan bom. Tidak dinafikan semua cara yang dilakukan oleh puak kuffar sangat sangat zalim. Tetapi di Syria, mereka disembelih! Literally kita kata sembelih. Cuba kita bayangkan sejenak. Perbandingan dibunuh dengan cara dibom vs disembelih, mana yang lebih perit? Pernah tengok kan lembu disembelih ketika hari raya korban? Cuba tukar gambaran lembu itu kepada manusia.

Persoalannya dimanakah ar-rijal yang kita harapkan? Ar-Rijal yang sanggup bertindak mengorbankan nyawa semata-mata demi mempertahankan maruah dan juga nyawa seorang wanita. Kalau dahulu pemimpin-pemimpin islam mengerahkan semua tenteranya menyerang puak yang berlaku biadap terhadap wanita, kenapa hari ini kebanyakan pemerintah, tentera dan rakyat islam mengambil tindakan berdiam diri? Mereka dibunuh! diseksa! dibakar! dirogol! Kerana semata-mata ingin mempertahankan hak mereka terhadap diri, harta dan negara mereka. Mana pergi nya sensitiviti umat islam hari ini?

Buya Hamka pernah berkata, "umat yang membiarkan wanitanya diganggu, adalah umat yang sudah tidak ada kelelakian padanya.Kapankan batang tubuhnya, takbirkan 4 kali, usungkan ke kuburan dan kebumikan kerana umat ini tidak patut wujud didunia ini".

Thauban r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"Sebentar lagi akan datang umat-umat yang berkerumun keatas kalian seperti kerumunnya orang-orang yang makan pada satu pinggan". Maka seorang sahabat bertanya, "apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?" Rasulullah s.a.w menjawab "bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih dilautan. Dan sesungguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-wahn didalam hati-hati kamu". Para sahabat bertanya apakah penyakit al-wahn itu? Baginda menjawab, cinta kepada dunia dan takut mati".
(riwayat Abu Daud)

Teringat juga sebuah kisah benar yang berlaku waktu zaman dahulu. Dikisahkan tentang seorang wanita yang mempunyai 4 orang anak lelaki. Beliau telah menghantar anak sulungnya untuk pergi berjuang bersama-sama tentera islam yang lain. Apabila tentera islam pulang, beliau mendapat berita bahawa anaknya telah meninggal ketika berperang. Beliau tidak merasa sedih bahkan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah berjaya menghantar anaknya menemui syahid. Perkara yang sama berlaku kepada anak yang kedua, ketiga dan keempat. Tetapi perkara pelik berlaku tatkala mendapat berita tentang pemergian anaknya yang keempat, beliau menangis tersedu sedan. Apabila ditanya mengapa beliau menangis, beliau menjawab "saya bukan sedih kerana anak yang keempat menemui syahid, tetapi yang membuatkan saya sedih adalah kerana saya tidak punyai anak lagi yang boleh dihantar untuk berjuang dan mendapatkan syahid"....SubhanAllah

Perhatikanlah...

Firman Allah S.W.T :
"Katakanlah jika bapa-bapamu,anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan rasul-Nya serta berjihad dijalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik"
(At-Taubah : 24)

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment