Sunday 21 July 2013

Menegur orang biarlah berhikmah


Situasi : Di dalam kelas

Tipah yang memang terkenal dengan keanggunannya, mengenakan pakaian yang agak seksi, rambutnya dibiar terurai dibuai angin berjalan masuk ke dalam kelas. Suasana menjadi sedikit bising ditambah pula dengan siulan pemuda-pemuda menggamit keadaan.

Tiba-tiba seorang ikhwah bangun lantas menegurnya dari jauh...
"Tipah, kenapa pakai baju seksi-seksi datang ke kelas. Pakai la baju kurung. Kan sopan sikit".

Imam Syafie Rahimullah berkata : "Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu didepan khalayak ramai, maka dia sedang menghinamu".

Perkara diatas biasa terjadi, tapi dalam situasi yang berbeza. Mungkin niat orang yang menegur itu baik. Tapi bagaimana pula perasaan orang yang ditegur didepan kawan-kawan lain. Cuba kita letakkan diri kita ditempat Tipah. Mesti rasa malu ya amat, rasa geram, marah. Natijahnya hubungan sebagai kawan retak dan mungkin tidak dapat mengubah sedikit pun perasaan malu mengenakan pakaian sedemikian.

Seandainya kita nak menegur kawan kita, lebih elok kita berjumpa atau bersembang berdua dengan dia. Itu lebih memberi kesan kepada dirinya kerana itu menandakan kita prihatin dan sayang terhadapnya.

~ mana yang terlepas pandang, perbetulkanlah :)

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment