Isu Syria masih terus dibicarakan. Lepas maghrib tadi, saya bersembang
dengan mak . Mak saya cerita tentang keadaan disyria yang semakin mengganas.
Puak syiah yang kehausan darah terus membunuh puak sunni. Berita terbaru kaum muslimat
dirogol beramai-ramai sehingga meninggal. Allah....ini sungguh kejam! Sangat
zalim!
Mak saya kata dia teringat satu ketika dulu dalam tahun 1980-an
@ 1990-an, di Bosnia berlaku peristiwa sama seperti apa yang sedang berlaku di
Syria sekarang. Ketika itu jiran-jiran yang dahulunya sangat baik sesama sendiri tiba-tiba bertukar wajah. Bayangkan jiran
kita sekarang, yang sangat baik, peramah, murah hati tiba-tiba datang ke rumah mahu
membunuh kita dan sanak saudara kita?Seakan tidak pernah mengenali antara satu
sama lain. Astaghfirullah...kenapa boleh jadi macam ni?
Sahabat, bangunlah! Jangan terlalu leka dan berasa selesa
hari ini...saya rasa sedih, sebak apabila berita tentang saudara kita yang
sedang terseksa disana dibincangkan, terdapat segelintir umat yang bertanya “jadi,
apa yang kita boleh buat? Pergi sana dan berperang?”
Allah..Allah..
Sahabat, jangan terlalu naif. Buka lah minda kalian. Terlalu
banyak cara yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka. Doa. Sedekah. Menghebahkan
berita tentang kesengsaraan mereka agar ia dapat menyuntik semangat kita untuk
bersatu!
Faktor utama umat islam lemah kerana rohani kita lemah. Hubungan kita dengan Allah lemah. Akhlak kita lemah. Semuanya kerana fikiran umat islam masih didominasi oleh puak kuffar. Di Malaysia, umatnya masih lagi berhibur, menyanyi, berjoget, minum arak, pergi disko, tak tutup aurat.
Sahabat jangan sekali-kali kita mencabar Allah. Apa yang Allah suruh lakukan, lakukanlah sebaik mungkin. Apa yang Allah larang, jangan sekali-kali kita lakukan. Susah ke nak ikut?
Ya, Allah. Pilihlah aku sebagai tentera-Mu. Amin....
~ masih lagi sedih dengan berita penindasan umat islam di seluruh dunia :(
~ masih lagi sedih dengan berita penindasan umat islam di seluruh dunia :(
Wallahu A’lam
No comments:
Post a Comment